20 October 2015

Hari Psikologi KPM di Kuching, Sarawak

Sekolah masih ditutup untuk cuti jerebu dan kami geng guru kaunseling SMK Cheras pula meneruskan program dengan KPM ke Sarawak untuk menghadiri Hari Psikologi KPM. Program ini di atas jemputan untuk Anugerah Inovasi Psikologi Kaunseling KPM yang telah dipertandingkan pada 5 hingga 6 Oktober 2015 yg lalu di Puterajaya. Mendapat 3 tempat teratas membolehkan kami untuk menerima anugerah di Sarawak. Menaiki flight Air Asia di KLIA2 kami bersyukur tiba dengan selamat dalam keadaan berjerebu dan sekolah di Kuching juga ditutup. Flight di Subang telah dibatalkan hari ini mujur kami mengambil flight dari KLIA2. Sampai sahaja di Sarawak kami menyewa kereta untuk kemudahan pergerakan di sini.
Kami terus ke JPN Sarawak dan dapat menyaksikan pameran hasil pertandingan dan pelbagai jenis gerai pameran psikologi kaunseling. Gerai jualan juga ada dipamerkan. Sasaran kami mendengar kajian tindakan yang dijalankan atau artikel jurnal mengenai perkhidmatan psikologi kaunseling dari pelbagai latar belakang kaunselor seluruh Malaysia samaada kaunselor di KPM, JPN, sekolah, matrikulasi atau IPG. Malah pensyarah universiti berkaitan kursus kaunseling juga membentangkan kajian mereka yg sangat memberikan input yg baru kepada pengetahuan kaunseling.
Bilik pembentangan dibahagikan kepada 3 bilik untuk mendengar pembentangan kajian tindakan. 

AK 5204
Safe journey





l
 

Telegram Channel