16 October 2015

LADAP: Memasak Cream Puff Oleh Guru MPV Khairul Akhmar

Hasil cream puff peserta
Hari ini merupakan hari lipas kudung saya dengan aktiviti pengurusan persiapan akhir dan raptai Majlis Anugerah HEM dan Kokurikulum, pentadbiran psikometrik IKP, pengurusan persiapan ke Sarawak minggu depan dan kemuncaknya ialah bila paip air bilik UBK rosak dan membanjiri bilik UBK kami hingga bilik UBK bertukar rupa menjadi tunggang langgang akibat menyelamatkan dokumen penting dan carpet - carpet. Satu satunya aktiviti penyegar minda dan fizikal saya hari ini ialah aktiviti LADAP memasak cream puff :)
walaupun dah terlewat bila saya sampai dah pukul 1.40 tengah hari. Dapat gak coaching one to one dari
Aktiviti yang dijalankan oleh panitia MPV Katering dan Penyajian iaitu Cikgu Khairul Akhmar. Memandangkan subjek ini tiada ahli panitia lain, seperti orang mengantuk disorongkan bantal apabila dijemput untuk menghadiri LADAP yang dijalankan oleh panitia ini. Aktiviti memasak dalam keadaan santai dan bergelak tawa. Cikgu Khairul ini apabila post gambar makanan atau apa sahaja aktiviti memasak bersama muridnya atau di rumahnya dalam group wasap dah sedap mata kami memandangnya belum lagi memakannya hahaha. Sebab itulah walau kerja berderet deret , menjadi anak muridnya walau dalam aktiviti LADAP adalah impian setiap cikgu di sekolah ini yang memang suka dengan aktiviti makan - makan.

Berkongsi dapur dengan Rozi, kami menjalankan aktiviti bersama di bawah pengawsan Chef Khairul dan pembantunya.

Bahan puff : 100 ml air, 45g mentega pelangi, 65g tepung gandum, telur 2 biji, esen vanilla setengah penutup

Bahan cream : 3 sudu besar gula, 2 sudu besar tepung kastard, 1 setengah cawan susu segar, esen vanilla dan mentega

Jom masak !!

Thank you PIBG for 1k
Thank you KLCA for 1k
Thank you Koperasi for 1k
Sarawak....full sponsor :)
Memasak adunan puff




                                        



                                 
 

Telegram Channel