Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

17 October 2015

Penulisan Dokumentasi Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling Terbaik WPKL 2015


Penulisan dokumentasi untuk pertandingan pengurusan kaunseling terbaik yang dibentangkan oleh saya pada pertandingan pengurusan kaunseling peringkat JPWPKL. Saya share untuk peserta  pertandingan yang akan datang.



PENGURUSAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
SMK CHERAS

1.0     Keberhasilan dalam bidang
          1.1     Peningkatan Disiplin (Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah)
Objektif
1) Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah melalui perlaksanaan program Zoom Kehadiran Ke Sekolah 
2) Mengenal pasti keberkesanan program peningkatan kehadiran murid ke sekolah melalui kajian tindakan yang dijalankan

Pengurusan Perkhidmatan
1) Mengadakan program hati ke hati : Soal Selidik Dan Sesi Kaunseling
2) Program Anugerah Insentif:
·       Sijil anugerah kepada mentor dan kepada wakil kelas kerana kehadiran terbaik  90% ke atas secara bulanan.
·       Sijil anugerah mentor dan kelas kehadiran harapan iaitu tiga bulan   semakin  meningkat kehadiran kelas
·       Hadiah lawatan untuk murid tingkatan lima yang mempunyai kehadiran terbaik
·       Hadiah bagi kelas yang mempunyai kehadiran murid bagi penggal pertama terbaik dan kelas yang berpotensi semakin meningkat terbaik
3) Talian Kasih: Menghubungi ibu bapa
4) Cakna : Lawatan Ke Rumah

Nilai Tambah
Hadiah lawatan ditaja oleh PIBG dan IPTS
Anugerah sijil yang diserahkan setiap bulan dalam perhimpunan kepada 3 pihak iaitu ketua kelas bagi mewakili kelas, guru tingkatan dan juga mentor kedua iaitu guru pembantu guru tingkatan.
Impak
1) Meningkatkan kehadiran murid berbanding tahun lepas.
2) Meningkatkan motivasi guru tingkatan untuk memotivasikan murid
    dalam kelasnya melalui sijil anugerah bulanan kepada guru kelas
    juga.
Penglibatan Komuniti
Penyelaras tingkatan, guru kelas dan guru mentor kedua
Kerjasama PIBG dan IPTS

               1.1     Peningkatan Disiplin (Menurunkan salah laku murid di sekolah)
Objektif
1) Menurunkan salah laku lewat  dalam kalangan murid sekolah

Pengurusan Perkhidmatan
Sistem operasi lewat ke sekolah pada tahun ini ditambah baik dengan
·       Menyediakan kertas kuning borang pengesanan hadir lewat ke sekolah dengan tandatangan oleh guru kaunseling atau pihak pengurusan
·       Menyediakan sistem buku log untuk merekodkan nama murid dengan betul berdasarkan tingkatan oleh pengawas dengan pemantauan guru disiplin untuk dendaan.
·       Setiap bulan, kehadiran lewat akan di key in ke dalam sistem oleh guru kaunseling sendiri untuk memudahkan tindakan seterusnya iaitu sesi kaunseling atau surat amaran dikeluarkan oleh PK HEM

Nilai Tambah
Sistem buku log dan key in data dalam sistem maklumat salah laku khusus untuk lewat
Impak
1) Menurunkan kes lewat berulang pada murid yang sama
2) Menurunkan kes lewat ke sekolah selepas pukul 7.45 pagi

Penglibatan Komuniti
Guru disiplin

          1.2     Pemantapan Sahsiah
Objektif
1) Meningkatkan sahsiah murid Cina dan India melalui slot setiap pagi
    Jumaat sebulan sekali
2) Meningkatkan sahsiah murid yang berisiko agar mematuhi peraturan
    sekolah melalui aktiviti kesenian PPDa bersama guru kaunseling
Pengurusan Perkhidmatan
1) Mengadakan ceramah dan aktiviti untuk slot sahsiah Moral berkaitan
    dengan pemantapan disiplin melalui jemputan ceramah luar atau
    aktiviti bersama murid.
2) Melatih dan menyaring murid murid yang berisiko tinggi menyertai aktiviti PPDa di bawah pemantauan guru kaunseling.
Nilai Tambah
1) Slot 30 minit khusus untuk UBK sebulan sekali pada hari Jumaat pukul 7.30 pagi hingga 8.00 pagi bagi meningkatkan interaksi antara guru kaunseling dengan pelajar Moral.
2) Memilih murid-murid yang berisiko tinggi dalam salah laku mengikuti aktiviti kesenian dikir barat PPDa
Impak
1) Meningkatkan klien dalam kalangan murid Cina dan India untuk sesi kaunseling secara sukarela pada tahun ini.
2) Mengurangkan salah laku murid berisiko tinggi melalui pendekatan psikologi melalui aktiviti kesenian dan melatih mereka mengikut peraturan sehingga mendapat tempat dalam pertandingan dikir barat PPDa mewakili Zon ke pertandingan JPWPKL.
Penglibatan Komuniti
Guru –guru Cina dan India
Guru Dikir Barat dan guru PPDa






          1.3     Perkembangan Kerjaya   
Objektif
1) Meningkatkan pengetahuan murid mengenai kerjaya melalui aktiviti pendidikan kerjaya

Pengurusan Perkhidmatan
1) Aktiviti menarik melalui Kelab Kerjaya dan perjumpaan ahli Kelab Kerjaya

Nilai Tambah
Menggalakkan murid menyertai pertandingan
Impak
1) Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat WPKL yang berakhir pada tahun 2012 menunjukkan SMK Cheras sentiasa mendapat johan atau naib johan folio kerjaya dan mendapat tempat untuk pertandingan EAK, sketsa kerjaya dan media maklumat kerjaya. Di peringkat Zon sehingga 2013, SMK Cheras kerap mendapat sekolah terbaik Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya sewaktu Karnival Kaunseling Kerjaya dianjurkan.
2) Mendapat anugerah Kelab Teraktif Kelab Kerjaya dan semua guru kaunseling mendapat pengiktirafan guru penasihat terbaik selama 3 tahun.
Penglibatan Komuniti
Guru Pendidikan Seni, Penyelaras Kokurikulum


          1.4     Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Objektif
1) Mengurangkan kes kemurungan murid Tingkatan 4 SMK Cheras
2) Menangani masalah kes histeria di sekolah dengan bantuan guru
     kaunseling

Pengurusan Perkhidmatan
1) Mengadakan aktiviti Minda Sihat
2) Memastikan SOP untuk kes histeria dipatuhi
Nilai Tambah
1) Kerjasama dengan Klinik Kesihatan Cheras bagi memudahkan prosedur rujukan dan menjalankan intervensi
2) Guru kaunseling menjalani latihan khas untuk menangani masalah histeria di sekolah
Impak
1) Penurunan kes murid mempunyai DASS teruk dari 50 kes ke 20 sahaja.
2) Kes histeria yang dapat ditangani oleh guru kaunseling sebanyak 12 kes pada tahun ini berbanding 0 pada tahun lepas kerana sebelum ini pihak sekolah lebih mempercayai guru Pendidikan Islam untuk membantu menangani histeria berbanding tahun ini semua kes dirujuk kepada guru kaunseling terlebih dahulu.
Penglibatan Komuniti
Guru Kesihatan, Klinik Kesihatan Cheras, Guru Kebajikan, Guru Pendidikan Islam

                   
2.0     Koleksi Kajian Ilmiah Dan Penulisan Ilmiah
Bil
Tajuk
Tahun
Impak

1
Keberkesanan Program Zoom Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah
2015



Menggunakan pendekatan psikologi dengan ganjaran dan insentif menarik kepada murid yang hadir ke sekolah berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah berbanding tahun lepas

2
Faktor – faktor yang Mempengaruhi Kelewatan Murid Ke Sekolah Waktu Pagi Persekolahan: Pendekatan Kaunseling Kelompok dan Peneguhan Tingkah Laku
2014
Murid yang lewat hanya mencatat nama dalam buku log di pondok pengawal sahaja dan tiada pemantauan dan hukuman yang konsisten. Melalui kajian tindakan, kelewatan murid menurun kerana adanya tindakan. Oleh itu sekolah memperkenalkan sistem untuk menangani masalah murid lewat ke sekolah dengan lebih sistematik melalui pengurusan borang datang lewat yang ditandatangani oleh guru kaunseling dan buku log dan dendaan diawasi oleh guru disiplin dan pengawas sekolah. Dendaan dan data lewat dikemaskini untuk surat amaran.
3
Penulisan Ilmiah Artikel Melindungi Masa Instruksional Guru Kaunseling
2014
Relief diberikan maksimum 8 masa seminggu dan kelas gabungan relief untuk sesi bimbingan
4
Projek Minda Sihat Selaku Sekolah Perintis di Zon Pudu : Satu Kajian Kes

2013
Klinik Kesihatan Cheras membenarkan murid berada di bawah kawalan guru kaunseling terlebih dahulu dan hanya dirujuk ke doktor jika kes yang memerlukan bantuan pakar.
5
Gerak Gempur Buku Rekod Kawalan Kelas
2013
Format buku kawalan kelas yang baru dan penambahbaikan pada format buku kawalan kelas yang memasukkan hukuman dan tindakan terhadap murid ponteng kelas dan pengagihan buku kawalan kelas ditukar baru secara bulanan dan melantik guru pengawasan buku kawalan kelas dan hukuman segera berjaya menurunkan kadar ponteng kelas.
6
Keberkesanan Buku Kawalan Kelas Dalam Mengawal Kadar Ponteng Kelas 2012
2012
Format buku kawalan kelas perlu diubah kerana buku kawalan yang ditukar setahun sekali menyebabkan kekerapan kehilangan buku dan format borang hanya memerlukan tandatangan kehadiran guru dalam kelas sahaja. Melalui kajian tindakan 2012, format buku kawalan kelas akan ditukar yang memasukkan elemen nama murid tidak hadir, ruangan murid yang ponteng dan ruangan tindakan susulan disiplin.

3.0     Kreativiti Dan Inovasi Perkhidmatan Kaunseling
Bil
Tajuk Inovasi
IMPAK
1
Penggunaan Media Sosial Melalui Penggunaan Blog dan Facebook UBK SMK Cheras

UBK SMK Cheras adalah yang pertama di Zon Pudu yang mempunyai blog sendiri dan diktiraf nazir dan memberikan skor 6 skpm pada UBK pada tahun 2012
2
Sudut Dan Laluan Minda Sihat

Laluan  Minda Sihat diadakan di tempat yang strategik iaitu laluan ke kantin dan pintu pagar sekolah dari blok akademik yang mempamerkan mengenai teknik relaksasi dan teknik menangani stres yang boleh diamalkan pelajar.
Wakaf Minda Sihat di hadapan UBK sering menjadi tumpuan murid untuk duduk mengulangkaji atau berehat kerana keceriaan Taman Minda Sihat
3
Blog guru kaunseling Nurhaiza Che Mat
Menjadi rujukan kepada guru kaunseling seluruh negara khususnya dan kepada orang ramai mengenai perkhidmatan kaunseling yang disediakan di sekolah.

4.0     Sumbangan Dan Kepakaran
Bil
Kepakaran
Sumbangan

1
Kaunselor berdaftar
Semua guru kaunseling SMK Cheras ialah kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia

2
Puan Nurhaiza Che Mat berkhidmat selama 15 tahun sebagai guru kaunseling dan mendapat latihan lanjutan dalam menghadapi bencana dan menangani kes histeria di sekolah. Sering menjadi rujukan kepada guru kaunseling dari sekolah lain dalam menangani sesuatu isu di sekolah.
·       Pengerusi Guru Kaunseling Zon Pudu
·       AJK Guru Kaunseling WPKL
·       Ketua Smart Support Team Zon Pudu
·       Ahli Flying Skuad Zon Pudu
·       Ketua Unit Kaunseling SMKC
3
En Che Mohamad Padali Bin Che Mat bertugas selama 8 tahun sebagai guru kaunseling dan mendapat latihan dalam menghadapi kes histeria dan dilatih dalam pembinaan modul menangani masalah salah laku dan pendidikan pencegahan dadah. Sering dijemput sebagai penceramah dan fasilitator sama ada di sekolah atau di luar untuk modul salah laku murid dan kepimpinan.
·        Naib Pengerusi Kuala Lumpur Counselor Association
·        Jurulatih Utama PPSDM Zon Pudu
·        Ketua Flying Skuad Zon Pudu
·       AJK Tugas Khas JK Guru Kaunseling Pudu
4
Puan Rozinani Awang selaku guru kaunseling sesi petang dan bertugas di sekolah selama 10 tahun dan merupakan guru kaunseling berdaftar dengan Lembaga Kaunselor.
·       Ahli Lembaga Kaunselor Berdaftar
5
Puan Raudzah Bt Ab Rahman merupakan guru kaunseling baru di sekolah ini dan baru setahun bertugas di SMK Cheras.
·       Ahli Lembaga Kaunselor
         Berdaftar


5.0     Pengiktirafan dalam perkhidmatan
Bil
Nama

Peringkat
Tahun



1
Anugerah Pingat Perak Bilik Kaunseling Tercantik
PPW
2014
2
Anugerah Sekolah Terbaik Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Zon Pudu
Zon Pudu
2013 dan
2012
3
Anugerah Guru Cemerlang Pengurusan HEM
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Sekolah
2014
4
Anugerah Guru Cemerlang Pengurusan PPDa
En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
Puan Rozinani Bt Awang
Puan Raudzah Bt Ab Rahman
Sekolah
2014
5

Anugerah Persatuan Terbaik (Kelab Kerjaya)


Sekolah

2013
2012




     






6.0     Jaringan Dan Jalinan Dengan Hubungan Luar
Bil
Agensi
Aktiviti

1
Klinik Kesihatan Cheras
UBK menjalinkan kerjasama sejak 2012 dalam projek Minda Sihat dan Kesihatan Remaja hingga kini dan mendapat sumbangan kepakaran kemahiran dan khidmat nasihat dari pakar klinik setiap tahun. Sekurang-kurangnya usahasama dijalinkan sebanyak 5 projek dalam setahun.

2
Yayasan Pendidikan Cheras
Menjalinkan pelbagai projek pendidikan dan aktiviti kaunseling dengan kerjasama dan sumbangan kewangan dari YPC sejak 2002 apabila mendapat status anak angkat YPC.
Puan Nurhaiza Che Mat merupakan AJK Biro Pendidikan YPC manakala En Che Mohamad Padali merupakan AJK Penceramah Tetap YPC
3
Management And Science University
Menjalinkan kerjasama dalam bentuk kemahiran soft skill kepada murid dan kerjaya dengan sekurang-kurangnya 4 projek setahun bersama MSU.


Selamat Hari Lahir Aqil
Semoga cepat sembuh
Semoga ibu Aqil tabah
Semoga segalanya berjalan lancar
Aamin..















































<a

No comments: