Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

30 October 2015

Pertandingan Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Kebangsaan 2015: Kategori Sekolah Menengah


                                                          
Hari ini ialah hari saya dijadualkan bertanding pertandingan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling kebangsaan. Saya mendapat undi nombor 3 dan di sesi pagi. Perghhh...pembentangan di sebuah simposium untuk pertandingan di sebuah auditorium yang besar benar-benar membuatkan perut saya bergelora dari semalam. Alhamdulillah saya sampai juga ke peringkat akhir pertandingan ini. Setiap sekolah hanya dibenarkan seorang sahaja yang membentang manakala yang lain sebagai pemerhati. Di peringkat akhir ini hanya 5 sekolah yang terpilih yang perlu membentangkan di simposium. Berbeza dengan saringan awal dengan 12 negeri yang bertanding, pembentang hanya membentangkan di hadapan juri sahaja.

Terima kasih kepada boss boss saya iaitu pegawai JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Penolong Pengarah HEM Unit Kaunseling iaitu En Mohd Rofii dan Penolong Pengarah HEM Unit Disiplin iaitu En Fauzan , Pegawai Kaunseling PPW Pudu iaitu En Rohaidatul Akmal  dan rakan -rakan yang suka berdiri dan bertepuk tangan sebelum saya memulakan, dan setiap kali saya membuatkan pembentangan yang mereka rasa point yang menarik hahahaha. Ya saya tau mereka memberikan semangat kepada saya memandangkan dari 6 kategori yang dipertandingkan, inilah satu -satunya kategori yang layak ke saringan akhir mewakili WPKL.

Profesor Dr Zuria Mahmood selaku ketua juri, Dr Ramlan selaku pensyarah IPG, En Indran selaku pensyarah IAB dan En Yee selaku pensyarah IPG merangkap AJK PERKAMA. Dr Ramlan lebih berminat dengan jumlah sesi kaunseling yang dijalankan, En Indran lebih berminat bertanya mengenai teori yang digunakan dan perancangan strategik program manakala Dr Zuria memberikan kata-kata positif berminat dengan sistem mentoring yang dijalankan untuk program Zoom In Menangani Kehadiran Murid Ke Sekolah.

Model program yang saya jalankan baru berusia 9 bulan dan belum banyak impak yang dicapai dan belum mencecah KPI KPM 95% lagi untuk kehadiran murid ke sekolah. Berbanding dengan sekolah -sekolah lain yang meletakkan amalan mereka dari tahun lepas lagi agar mendapat impak yang tinggi. Walaubagaimanapun pembentangan yang dijalankan sepanjang hari ini benar-benar membuka mata saya mengenai perkhidmatan kaunseling di merata tempat di Malaysia untuk dijadikan panduan dalam mengendalikan program dan sesi kaunseling.


Di sini saya nak kongsikan abstrak negeri top 5 yang masuk ke peringkat akhir kategori amalan terbaik perkhidmatan kaunseling sekolah menengah peringkat kebangsaan 2015.

SMK Tenghilan, Sabah : i-10 PRS stands for 10 amazing annovative practices used by PRS of SMK Tenghilan, Sabah. i-10 PRS uses 8 remarkable PSM (Problem Solving Methodology) introduced by UMW Toyota Motor incorporated with National Blue Ocean Strategy (NBOS) in overcoming the school arising problem, "Non-Functional PRS at SMK Tenghilan" from identified 4 root causes. These i-10 PRS were practised bySMK Tenghilan PRS and succeeded in making this position as one of the competetive branding positions and proven to gave strong impact on students, school, community, state, JPN Sabah and KPM. This practice has gained a wide recognition in the district, as well as the national and international level. These recognition have attracted 62 stakeholders to cooperate with Counselling Unit through Corporate Social Responsibility valued more than RM480,000.00 to produce future generation with positive, dynamic and competitive characteristics.

SMK Seri Kota Paloh, Johor: Program Psikologikal Engagement
SMK Seri Kota Paloh berada pada kedudukan Band 6 dan tercorot di negeri Johor selepas keputusan SPM tahun 2013. Purata peratus kehadiran murid pada tahun 2013 hanyalah 85.23% dan pada 2014 pada 89.49%. Ponteng atau tidak hadir ke sekolah tanpa sebab berlaku apabila ibu bapa dan komuniti tidak menyedari kepentingan kehadiran ke sekolah sebagai agenda penting menghasilkan modal insan cemerlang pada masa hadapan. Sasaran meningkatkan 5% kehadiran murid ke sekolah dan impaknya kepada prestasi akademik. Program PRIME merupakan tulang belakang kepada penyelesaian masalah ini. dengan fokus kepada komunikasi berkesan dan membina kejelekitan antara ibu bapa, guru, murid dan komuniti setempat. Aktiviti PRIME telah melonjakkan kehadiran kepada 94.6% pada Ogos 2015. Keputusan SPM 2014 pada band 5. Program UBK dengan kerjasama JK HEM , warga sekolah, ibu bapa, PIBG dan KSIB memberikan impak yang meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.

SMK Paya Rumput, Melaka : Sentuhan Bonda 7 Cerdik
Mewujudkan iklim pendidikan positif di sekolah bagi melahirkan murid yang berdisiplin dan bersahsiah terpuji. Pendekatan REBT, Gestalt, Glasier, Maslow, pemusatan klien dan BF Skinner. Impak program ini berjaya meningkatkan kehadiran murid, mengawal disiplin murid, memupuk sahsiah murid terpuji, memaksimumkan potensi murid secara optimum merentas kokurikulum, sekaligus meningkatkan pencapaian akademik murid.

SMK Tambun, Perak: e-kehadiran dan e-bicara hati UBK dalam VLE
Program sebagai langkah awal untuk menarik minat murid ke UBK. Sesuai dengan pembelajaran maya abad ke 21dan bertepatan dengan PPPM anjakan ke 7. Bertujuan berkongsi emosi dengan murid melalui e-bicara hati dalam VLE di samping melawat laman kaunseling secara maya e-kehadiran.
menggunakan VLE Frog dan kaloborasi Google Doc, Google Forms,Flipsnack dan Padlets yang boleh menarik minat murid menggunakannya.. Murid boleh melayarinya di mana - mana sahaja. Pelajar berasa selamat kerana etika kerahsiaan dan meluahkan apa sahaja tanpa paksaan atau dorongan pihak ketiga. Dapatan menunjukkan impak yang positif kepada murid. Program ini sebagai medium untuk menarik minat murid menggunakan perkhidmatan kaunseling semaksima mungkin bukan sahaja tertumpu kepada akademik namun bermula dari emosi yang stabil dapat melahirkan murid yang sejahtera.

October will be always
My favourite month for a lifetime :)

3 comments:

Dr Ramlan Hamzah (Kaunselor Berdaftar) said...

Posting yang baik. Dapat memberi input kepada kaunselor dan bakal kaunselor. Tahniah.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Terima kasih Dr. Semoga dapat dijadikan panduan kpd kaunselor.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Terima kasih Dr. Semoga dapat dijadikan panduan kpd kaunselor.