6 October 2015

Pertandingan Inovasi Psikologi Kaunseling Peringkat Kebangsaan 2015


Kami mencabut undi yang ke 3 untuk membuat pembentangan pertandingan inovasi psikologi kaunseling peringkat kebangsaan 2015. Hanya pasukan yang membentang sahaja yang dibenarkan berada di dalam bilik pertandingan. Sesi pembentangan hanya 10 minit sahaja. Pada minit ke 7 satu loceng dibunyikan dan dan 10 minit loceng dibunyikan dua kali. Waaaa..kami terbabas lebih 10 minit. Sesi soal jawab sahaja berlalu hampir 10 minit dengan soalan bertalu dari 3 juri dan ada soalan dari juri awam. Juri awam seramai hampir 3 orang juga. Markah berdasarkan 40% juri awam dan 60% juri pertandingan. Pecahan yang agak banyak juga bagi juri awam. Kami mengedarkan buku manual, pamplet dan buku maklumat mengenai inovasi kami kepada setiap hakim. Pengalaman yang sangat berharga menyertai pertandingan ini kerana saya dapat meninjau mengenai inovasi dari negeri lain yang sangat menarik dan hebat untuk diaplikasikan kepada klien. Berada bersama -sama dengan peserta pertandingan yang majoritinya ialah kaunselor organisasi, maka pelbagai terapi dan modul bahan bercetak dapat saya pelajari sebagai nilai tambah dalam mengendalikan kes klien di sekolah. Pada waktu tengah hari, sesi penyampaian sijil secara ringkas disampaikan oleh pengarah BPSK iaitu Dr Ruziati. Sekarang kami berdebar menunggu keputusan yang akan diumumkan pada minggu ini juga, jika terpilih top 3 kami akan ke Sarawak pula pada 20 - 22 Oktober 2015 untuk penyampaian hadiah dalam Hari BPSK. Semoga ada rezeki kemenangan untuk kami. Namun demikian menyertai pertandingan ini sahaja telah meningkatkan lagi profesionalisme kami dalam perkhidmatan kaunseling. Terima kasih kepada Ketua Sektor Psikologi Kaunseling JPWPKL yang memberi peluang kepada kami. Terima kasih kepada KLCA kerana menaja poster, banting dan pamplet kami. 



Sesi pembentangan

Bersama Ketua Sektor BPSK JPWPKL dan KON

Taklimat oleh penyelaras pertandingan kepada semua peserta

Ruang pameran dan pembentangan kami


Bersama wakil Sabah

Terima kasih Dr Ruziati



 

Telegram Channel