19 October 2015

Pertandingan Pengurusan Kaunseling dan Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan di BPSH, KPM


     
Cuti jerebu lagi dan hari pertandingan on macam biasa. 
Dah 5 kali cuti jerebu dan memang bertindan dgn hari hari pertandingan.
Hari ini saya dengan Padali sahaja yang ke BPSH, KPM untuk pembentangan pertandingan. Saya pembentang untuk pertandingan amalan terbaik zoom dan Padali membentangkan mengenai pertandingan kategori pengurusan perkhidmatan kaunseling terbaik. Kami wakil WPKL mendapat susunan terakhir pembentang untuk hari ini. Sebanyak 8 buah negeri yg membentangkan projek mereka hari ini diikuti dengan 8 lagi negeri esok. Saya, Padali dan Selva sahaja pembentang dari WPKL.
Satu pengalaman yg bermakna apabila dapat berjumpa dengan guru kaunseling dari merata negeri dengan pelbagai projek samaada excoursemate, excollegemate dan exuniversity.
Bahan dan peralatan yang dibawa:
1. Bawa Laptop sendiri
2. Sediakan 3 salinan bahan dokumentasi.
3. Semua bahan dokumentasi serta 'power point'  dimasukkan dlm CD/DVD
4. Masa pembentangan 15 min (manfaatkan sebaiknya mengikut skema penilaian) 5 min Q&A drp panel juri
Pembentangan dijalankan secara kuarantin dengan pembentang bersama 3 hakim setiap bilik. Terdapat 4 bilik iaitu bilik pembentangan kategori amalan terbaik kaunseling sekolah menengah,  kategori  amalan terbaik kaunseling sekolah rendah, kategori pengurusan kaunseling, kategori disiplin. Yang penting bagi pertandingan amalan terbaik ialah impak yg memberikan markah terbesar. Setiap kategori akan memilih 5 amalan terbaik dan 5 pengurusan terbaik ke peringkat akhir pertandingan kebangsaan yg akan dijalankan pada minggu hadapan.

Jerebu datang lagi
KPM umum sekolah tutup lagi..

 

Telegram Channel