10 October 2015

Program Kecergasan Sekolah : Hari Sukan Negara 2015


                                             


Program Kecergasan Peringkat Kebangsaan anjuran KPM sempena Hari Sukan Negara 2015 disambut hari ini 10 Oktober 2015 selaras dengan pengisytiharaan oleh Perdana Menteri  bahawa Hari Sukan Negara akan diraikan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Pelaksanaan dasar 1M 1S menerusi PPPM 2013-2025 disemua sekolah menitikberatkan pembabitan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Inisiatif program ini dapat menyokong dasar yang mewajibkan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah selain dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka.

Pada program hari ini pihak sekolah menjalankan aktiviti senam robik, permainan bola sepak, bola jaring, bola keranjang dan ping pong. Waa aktiviti menarik untuk guru -guru perempuan ialah berzumba :)
hari ini saya bertugas mengawasi murid lelaki dengan sukan bola sepak dan berlawan antara rumah sukan. Yeah..pasukan bola sepak Perdana selaku  naib johan bola sepak. Congrats !!

Movieton..
When your mental need
 REST







 

Telegram Channel