13 October 2015

Program Pengantarabangsaan Lawatan Toyota Higashi High School Jepun Ke SMKC


                                 

Hari ini program pengantarabangsaan Jepun iaitu lawatan murid dari Toyota Higashi High School Jepun ke sekolah. Jalinan hubungan yang terjalin hampir 7 tahun atau lebih.. dimana setiap tahun murid dan guru dari sekolah ini akan membuat lawatan ke Malaysia dan singgah di sekolah saya untuk aktiviti selama 4 jam. Oleh kerana dewan digunakan untuk peperiksaan PT3 maka kami menggunakan Dataran Perhimpunan dan persiapan seperti menyambut menantu dengan khemah dan pintu gerbang perkahwinan..ahaks.
Saya bertugas selaku penolong penyelaras memantau perjalanan program berjalan lancar. Hasilnya selepas tamat sahaja program....kaki memang perghhh mcm selesai acara walkathon :)

Sebanyak 6 buah bas dengan diketuai oleh pengetua iaitu Mr Imai Kiyoshi yang boleh berbahasa Inggeris. 240 murid dan 18 guru dan pegawai pengiring mengikuti rombongan ini.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan oleh pihak sekolah ialah:
demo membuat batik
demo melukis seni reka tanda
demo menjahit
demo memasak kuih tradisional
demo mengaji dan sembahyang di surau
permainan congkak
permainan ting ting
permainan ceper
permainan sepak takraw
persembahan multimedia
persembahan silat
persembahan tarian
persembahan sapelele

Doa akhir tahun Maal Hijrah 1436H
Semoga Allah mengampuni dosa dosaku

                                      
Acara memukul drum Jepun

Aktiviti persembahan
Aktiviti di bilik lukisan
Aktiviti persembahan multimedia
Aktiviti di surau sekolah
Aktiviti permainan sepak takraw
Aktiviti ting-ting
Aktiviti melukis batik
Aktiviti mewarna batik
Rombongan Toyota Higashi Jepun
Rombongan pasukan sekolah Jepun
Pemandu pelancong
Pasukan sambutan
Pasukan pemandu pelancong
Barisan murid menunggu tetamu
Aktiviti bermain congkak
Aktiviti di bilik seni reka tanda
Memonton persembahan multimedia
Aktiviti di bilik jahitan
Murid-murid Jepun memakai pakaian tradisional Malaysia
Menikmati makanan di bilik makan sekolah
Aktiviti di bilik muzik
Selamat berangkat


Terima kasih
Hidangan makan di bilik makan
 

Telegram Channel