25 October 2015

Sarawakian Food To Taste

Kesempatan ke Sarawak membuatkan saya teruja untuk merasa pelbagai jenis masakan dan makanan orang Sarawak. Antara makanan yang sempat kami rasai untuk program selama 5 hari di Sarawak ialah makanan seperti seafood bakar..wahh sayur midin mmg the best. Sayur ni mmg boleh didapati di Sarawak. Ikan bakar dengan menu Sarawak mmg boleh ditelan oleh saya berkali kali. Mee kolok antara makanan rasmi di sini. Mee seperti maggi dan boleh direbus atau digoreng. Seawal sarapan pagi Mee Kolok ini boleh dimakan. Saya merasa yg direbus dan saya merasa juga mee kolok yang digoreng tetapi saya lebih suka makan mee kolok yang digoreng. Lebih lazat rasanya. Orang kata kalau ke Sarawak mesti cuba laksa Sarawak yg berbeza pesnya. Orait bagi penggemar laksa bolehla memburu laksa Sarawak ini, saya bukanlah penggemar laksa tetapi bagi saya laksa Sarawak ini memang agak sedap apabila saya mencuba beberapa sudu dan pelbagai jenis pes masakan Sarawak ada dijual untuk dibawa balik bagi penggemar laksa Sarawak. 

Menu Sarawak tidak mempunyai rasa yg pedas, sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja tetapi bagi penggemar masakan pedas tentu tidak puas menikmati masakan tersebut. 

Orait kek lapis Sarawak semestinya dicuba dan wajib dibeli sebagai buah tangan. Kek lapis Sarawak sangat sedap dan ada bermacam-macam kedai yang menjualnya. tapi the best yang kawan -kawan yang pernah posting di Sarawak mencadangkan Kedai Mira di Waterfront dan pembungkusan juga dijalankan untuk dibawa menaiki kapal terbang.


Thank you sis Ema
Open table for my birthday :)
Happy family gathering lalala


Sup Mee Kolok
Lempeng sagu
Biji sagu
 
Laksa Sarawak dan Mee Kolok
Laksa Sarawak
Mari makan umai dan pansoh
Di Top Spot Food Court, Kuching tempat popular
Pansoh makanan dalam buluh
Umai obor -obor 

Mee Kolok Goreng

Sup Mee Kolok

Nasi Ayam Penyet RJ

Nasi ayam penyet restoren RJ
Kek lapis Sarawak di Waterfront, Kuching
Nampak macam tapai pulut tapi sebenarnya nasi yang diletakkan ragi
Udang butter
Pucuk midin


Seafood di Top Spot Food Court, Kuching




Mee Tsunami

Nasi goreng ikan masin terubuk

Jom makan di seberang. Menaiki sampan penambang di Waterfront, Kuching

Duta lempeng sagu ..yuhuu Rozi haha 
 

Telegram Channel