23 October 2015

Trip Guru Kaunseling to Jong Crocodile Farm and Zoo, Muzium Kucing

Hari ini kami berempat sepakat ke tempat tempat menarik sekitar Kuching yang bersifat ilmiah untuk menambahkan pengetahuan sempena lawatan kami di Kuching. Sepatutnya hari ini ialah temujanji kami bersama pensyarah Psikologi UNIMAS untuk mendapatkan maklumat mengenai pembentangan yang dijalankan sewaktu Hari Psikologi Kebangsaan KPM yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan pembentangan kajian. Namun demikian kekangan masa menyebabkan temujanji itu terpaksa ditunda kerana pensyarah tersebut mengendalikan kursus TOT.

Oleh itu kami ke  Jong's Crocodile Farm and Zoo di Jalan Samarahan Serian lebih kurang 45 minit memandu dari bandar Kuching iaitu jalan yang sama melalui UNIMAS.  Bayaran masuk ialah RM 22.00. Tempat memelihara buaya yg mana kami dapat melihat dengan lebih dekat mengenai ciri-ciri buaya. Yang bestnya cara bagaimana buaya diberi makan oleh penjaga disini. Melihat buaya yang makan dengan lahap sekali dan melonjakkan badannya ke atas untuk mengambil.makanan mendapat sorakan penonton. Selain dari tempat utama memelihara pelbagai spesies buaya di tempat yg agak besar, tempat ini juga memelihara pelbagai jenis haiwan lain seperti ular, musang, pelbagai burung dan kolam ikan arapaima gigas.

Kemudian di sebelah petang, kami ke Muzium Kucing di Dewan Bandaraya Kuching Utara di Samariang. Dengan tiket masuk hanya RM3 kerana membawa masuk telefon berkamera, kami dapat mengetahui sejarah bandaraya Kuching dan pelbagai jenis pameran berkaitan dengan kucing. Setelah itu kami ke Waterfront Kuching untuk mencuci mata huhuhu shopping tikar Sarawak yang boleh dipos terus ke rumah. Perkhidmatan whatsapp direct ke pekedai juga ada. Dengan bayaran pos sebanyak 1 kg bersamaan dengan RM 7.50 maka harga tikar perlu dicampur dgn bayaran pos.

10 Muharram 
Hari Ashura'

Add caption


Gambar hadapan
                                      
Buaya di dalam ladang buaya
Proses memberi makanan kepada buaya

Selamat datang

Suasana ladang buaya
Replika di hadapan ladang buaya
Taman teratai
Kelawar
Taman Burung


Kemudian kami ke Muzium Kucing di Dewan Bandaraya Kuching Utara di Samariang. Dengan tiket masuk hanya RM3 kerana membawa masuk telefon berkamera, kami dapat mengetahui sejarah bandaraya Kuching dan pelbagai jenis pameran berkaitan dengan kucing.
Setelah itu kami ke Waterfront Kuching untuk mencuci mata huhuhu shopping tikar Sarawak yang boleh dipos terus ke rumah. Perkhidmatan whatsapp direct ke pekedai juga ada. Dengan bayaran pos sebanyak 1 kg bersamaan dengan RM 7.50 maka harga tikar perlu dicampur dgn bayaran pos.


Add caption

Muzium Kucing






 

Telegram Channel