15 November 2015

Anugerah Ikon HEM : Majlis Augerah Hal Ehwal Murid 2015 SMK Cheras


Majlis Anugerah HEM dijalankan pada 13 November 2015 setelah bertunda -tunda akibat masalah jerebu. Akhirnya diadakan juga majlis anugerah tersebut hari ini. Manakala anugerah untuk murid tingkatan 5 dijalankan serentak dengan Majlis Graduasi sebelum peperiksaan SPM. Majlis ini diadakan pada tarikh yang sama dengan  Majlis Penyampian Hadiah Unit HEM JPWPKL  yang bermula pada pukul 9.30 pagi. So apalagi tamat je Majlis Anugerah HEM di sekolah, maka kami terus rushing ke JPWPKL pula.

Tahun ini rezeki geng UBK mendapat anugerah tertinggi Majlis Anugerah HEM iaitu Anugerah Ikon HEM kerana kecemerlangan UBK pada tahun ini dalam membantu Unit HEM dalam pengurusan disiplin dan murid di sekolah. Antara pencapaian yang dicapai oleh UBK


1) Wakil PPW Pudu ke peringkat negeri pertandingan pengurusan kaunseling terbaik 
2) Wakil PPW Pudu ke peringkat negeri untuk amalan terbaik kaunseling 
3) Wakil JPWPKL ke peringkat kebangsaan untuk pertandingan pengurusan kaunseling terbaik
4) Wakil JPWPKL ke peringkat kebangsaan untuk pertandingan amalan terbaik kaunseling terbaik
5) Wakil JPWPKL - terpilih ke saringan terakhir peringkat kebangsaan top 5 pertandingan amalan terbaik kaunseling
6) Penghargaan sagu hati tempat ke 5 pertandingan amalan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan
7) Pertandingan pengurusan e- dashboard kaunselor wakil JPWPKL ke peringkat kebangsaan Kategori Sistem Maklumat Hari Psikologi KPM Kebangsaan: Johan pertandingan
8) Pertandingan Dikir Barat PPDa : Johan PPW Pudu
9) Pertandingan Dikir Barat Peringkat JPWPKL

Terima kasih kepada semua !

Police Evo
Again and again
I miss Trengganu very much
The city & the beach ...










 

Telegram Channel