Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

16 November 2015

Ganjaran Kehadiran Terbaik 2015: Lawatan Ke Zoo Negara Untuk Ting 3A


                                       

Hari ini saya membawa murid kelas tingkatan 3A ke Zoo Negara iaitu tempat lawatan pilihan mereka kerana kelas mereka merupakan kelas yang memegang rekod kehadiran terbaik tahun 2015 bagi projek Zoom In bersama kelas 5S3 . Tetapi kelas 3A memilih lawatan selepas peperiksaan PT3 dan hari ini saya membawa 29 murid dan 2 guru dari kelas tersebut iaitu guru kelas dan guru mentor. Zoo Negara telah banyak yang berubah dari kali terakhir 2 tahun lepas saya kunjungi. Banyak rekabentuk dan susunatur yang lebih sedap mata memandang. Dengan rombongan sekolah, bayaran pakej RM9 untuk seorang murid dan RM11 untuk pakej jika lawatan menonton panda. Manakala guru dengan bayaran RM16 untuk kiraan 10 orang murid maka bayaran seorang guru ialah RM11 dengan pakej normal dan RM 16 dengan pakej menonton panda.

Masuk ke tempat panda memerlukan satu team untuk berkumpul sebelum dibenarkan masuk. Kami perlu menunggu 20 minit diluar terlebih dahulu. kemudian 20 minit lagi menunggu di barisan tempat beratur dan 20 minit sahaja dibenarkan berada di dalam tempat panda diletakkan. Hari ini kami tidak bernasib baik kerana hanya 1 panda sahaja yang berada di dalam tempat tersebut tetapi kami mendapat kerjasama yang baik dengan kumpulan murid tadika yang masuk sekali bersama kerana mereka tidak membuat bising. Oleh itu kami berada di dalam tersebut selama 20 minit dan dapat melihat aksi panda tersebut yang tidak tidur sahaja.

Yang tak bestnya animal show tidak dapat diadakan iaitu pertunjukan ikan lumba-lumba kerana tempat tersebut dalam renovation tetapi hanya mini show sahaja yang diadakan. Bagi lawatan dalam zoo hari ini, di samping murid menonton haiwan yang terdapat di sana, saya memberikan mereka tugasan untuk menjadikan aktiviti bermaklumat.

INFO HUNT 1
1) Anda dikehendaki ke stesen Macaca fascicularasis dan mengambil nota yang disediakan mengenai spesies ini.
Tugasan: Mengambil gambar semua ahli kumpulan anda berlatarbelakangkan Macaca fascicularasis
2) Anda dikehendaki mengambil gambar 3 orang ahli kumpulan anda yang sedang mengajuk pergerakan Spheniscidae berlatarbelakangkan stesen Spheniscidae
3)Elephas ialah nama saintifik bagi haiwan ini. Cari sudut terbaik untuk anda mengambil gambar lakonan sedang membelai haiwan ini.
4) 4 orang peserta kumpulan sedang selfie dengan famili ochotonidae atau leporidae
5)Di Stesen Giraffa camelopardalis , anda dikehendaki mengambil nota dan semua ahli kumpulan lelaki bergambar bersama papan tanda haiwan ini dan berlatarbelkangkan haiwan ini.
6) Kira bilangan sangkar buaya dan di salah satu sangkar buaya kamu dikehendaki mengambil gambar buaya yang sedang membuka mulutnya.
7) Pilih satu stesen haiwan yang kamu paling suka. Ambil gambar kamu berlatar belakangkan haiwan tersebut dan buat aksi menunjukkan anda memang suka haiwan tersebut. Sila nyatakan nama saintifik haiwan tersebut
8) Pilih satu stesen haiwan yang paling anda takuti dan ambil latar belakang 4 orang ahli kumpulan yang takut dengan haiwan tersebut. Sila nyatakan nama saintifik haiwan tersebut

INFO HUNT 2
1) Anda dikehendaki ke stesen haiwan dari genus Panthera dan mengambil nota yang disediakan mengenai spesies ini.
Tugasan: Mengambil gambar semua ahli kumpulan anda berlatarbelakangkan Panthera
2) Anda dikehendaki mengambil gambar 3 orang ahli kumpulan anda yang sedang mengajuk pergerakan Pongo mygmaeus berlatarbelakangkan stesen Pongo mygmaeus
3)Equus Burchelli ialah nama saintifik bagi haiwan ini. Cari sudut terbaik untuk anda mengambil gambar lakonan sedang membelai haiwan ini.
4) 4 orang peserta kumpulan sedang selfie dengan burung dari genus Pavo.
5)Di Stesen Hippopotamus amphibius , anda dikehendaki mengambil nota dan semua ahli kumpulan lelaki bergambar bersama papan tanda haiwan ini dan berlatarbelakangkan haiwan ini.
6) Kira bilangan sangkar ular dan di salah satu sangkar ular kamu dikehendaki mengambil gambar ular yang sedang melingkar.
7) Pilih satu stesen haiwan yang kamu paling suka. Ambil gambar kamu berlatar belakangkan haiwan tersebut dan buat aksi menunjukkan anda memang suka haiwan tersebut. Sila nyatakan nama saintifik haiwan tersebut
8) Pilih satu stesen haiwan yang paling anda takuti dan ambil latar belakang 4 orang ahli kumpulan yang takut dengan haiwan tersebut. Sila nyatakan nama saintifik haiwan tersebut

 INFO HUNT 3
1) Anda dikehendaki ke stesen Giraffa  camelopardalis dan mengambil nota yang disediakan mengenai spesies ini.
Tugasan: Mengambil gambar semua ahli kumpulan anda berlatarbelakangkan Giraffa  camelopardalis
2) Anda dikehendaki mengambil gambar 3 orang ahli kumpulan anda yang sedang mengajuk pergerakan Spheniscidae berlatarbelakangkan stesen Spheniscidae
3)Paspalum conjugatum ialah nama saintifik bagi haiwan ini. Cari sudut terbaik untuk anda mengambil gambar lakonan sedang membelai haiwan ini.
4) 4 orang peserta kumpulan sedang selfie dengan spesies ALDABRAN (GEOCHELANO GIGANTAE)
5)Di Stesen Famili Cacatuidae, anda dikehendaki mengambil nota dan semua ahli kumpulan lelaki bergambar bersama papan tanda haiwan ini dan berlatarbelkangkan haiwan ini.
6) Kira bilangan sangkar monyet dan di salah satu sangkar monyet kamu dikehendaki mengambil gambar monyet yang sedang membuka mulutnya.
7) Pilih satu stesen haiwan yang kamu paling suka. Ambil gambar kamu berlatar belakangkan haiwan tersebut dan buat aksi menunjukkan anda memang suka haiwan tersebut. Sila nyatakan nama saintifik haiwan tersebut
8) Pilih satu stesen haiwan yang paling anda takuti dan ambil latar belakang 4 orang ahli kumpulan yang takut dengan haiwan tersebut. Sila nyatakan nama saintifik haiwan tersebut


Coffee maker for me
Lucky draw no 31
Thank you Kelab Guru :)



No comments: