9 November 2015

Ikon YAYA: Naib Johan Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan Kategori Sekolah Rendah 2015


Puan Naimah Bt Ahmadi dari SK Ledang, Johor  merupakan pemenang naib johan pertandingan amalan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan dan membentangkan mengenai projek Ikon Yaya. Bertitik tolak dari peratus kehadiran murid yang menurun sebanyak 0.09% pada tahun 2013 manakala salah laku disiplin meningkat pada 2014. Ikon Yaya yang bertemakan kartun menepati jiwa murid selari dengan objektif perkhidmatan B&K . Berdasarkan teori permodelan yang diasaskan Albert bandura, peniruan merupakan satu proses pembelajaran di mana melibatkan pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Persekitaran yang menarik dan penjenamaan semula bilik kaunseling telah dilaksanakan untuk meransang aktiviti pemerhatian murid, wujudnya program bertemakan Yaya untuk meransang proses penyimpanan murid seterusnya , sistem ganjaran yang dinamakan Kupon Yaya diwujudkan untuk meransang motivasi muird juga bertindak sebagai ganjaran setelah murid berjaya menampilkan tingkah laku dan sahsiah baik seperti mana yang dibawa oleh karaktor Yaya. Program ini berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid daripada 89.1 % (2013) kepada 90.4% (2014). 

Guru kaunseling ini berjaya mendapat kebenaran dari penerbit Ikon Yaya untuk menggunakan ikon ini di SK Ledang sehingga menyebabkan penerbit ini telah membawa ikon Yaya ke SK Ledang sewaktu perasmian bilik kaunseling SK Ledang yang baru.

The chance to be creator
Of my own world 
My own reality
Open eyes  to new beginnings every day 





 

Telegram Channel