14 November 2015

Majlis Hi Tea 2015 Dan Perlantikan JK Kelab Ceria 2016/2017

Tengah hari ini saya menghadiri hi tea sekolah dengan tema baju emerald green. Satu-satunya baju emereld green yang saya ada ialah baju kurung yang saya pakai kerap di sekolah maka hentam sahajalah malas nak beli lain. Majlis ini merupakan majlis terakhir anjuran Kelab Guru 2014/2015 yang akan meletakkan jawatan dan diganti dengan majlis perlantikan AJK Kelab Guru 2016/2017. Majlis ini juga meraikan Cikgu Shaliza yang akan berpindah ke tempat lain. Satu-satunya geng cikgu sesi pagi yang tinggal di Kajang dan bersama-sama 15 tahun di SMK Cheras tetapi dapat berpindah ke Selangor. Geng roger-roger saya ketika trafic jem pagi dah takda huhuhu sorang-sorang dapat berpindah ke Selangor. Majlis berjalan lancar dan tahun ini juga yang bestnya kami 3 sekawan saya, Afiqah dan Rozi dapat cabutan bertuah..huhu terima kasih boss cabut undi nombor saya.
Yang menjadikan cerita hi tea ni lebih menarik apabila jawatankuasa Kelab Guru 2016/2017 dilantik, nama 3 kaunselor naik sebagai AJK untuk Kelab Guru tahun depan. Senarai nama yang dipersetujui hasil undian sewaktu mesyuarat guru terakhir dan nama yang dicadangkan oleh pengetua. Tak taulah nama saya adalah nama yang diundi atau nama yang dicadangkan oleh pengetua.  Saya kongsikan disini senarai yang baru iaitu

Pengerusi : Pn Norliza Rafie
Timbalan Pengerusi : Puan Noraida
Setiausaha : Cik Hamizah
Penolong Setiausaha : Cik Laila Azwa
Bendahari : Cik Wong Mun Yee
Naib Bendahari : Pn Siti Hajar
AJK Kebersihan & Keceriaan : En Azrin/ Puan Murniyati/ Cik Jamaliahazmirakarimah
AJK Ekonomi: Cik Noraini Jamaluddin/ Pn Zahirah/ Pn Raudzah
AJK Biro Profesionalisme : Pn Nurhaiza/ Pn Rozinani/ Pn Sharin Hanum
AJK Kebajikan : Pn Tengku Laila Sari/ Pn Kavitha/Pn Haliza Halid
AJK Keselamatan : En Balasegar/ En Abdul Azis Arbi
Wakil Staf : Pn Sabariah Bt Sahabudin

Excuses are no! no! no!
Have a goal, accept responsibility
And take action!


Cabutan bertuah..rezeki kami bertiga
Terima kasih AJK Kelab Guru 2014/2015
 

Telegram Channel