4 November 2015

Program Selepas PT3: Info Hunt Anjuran UBK

Hari ini giliran UBK menganjurkan slot untuk PT3. Maka hari ini kami sepakat untuk mengadakan aktiviti info hunt dan menggunakan kepakaran murid PRS dan Ahli Kelab Kerjaya untuk mengadakan aktiviti Info Hunt sebagai fasilitator. Dengan menggunakan 7 checkpoint, murid perlu menyelesaikan tugasan kemahiran penyelesaian masalah menggunakan aktiviti KBAT dalam kumpulan. Sebanyak 14 buah kumpulan telah dibina dengan setiap kumpulan terdiri dari 8 hingga 9 orang ahli. Nampak gayanya murid sangat seronok dengan ativiti berjalan sana sini dan dalam kerjasama kumpulan.

Sebanyak 100 markah untuk setiap tugasan dan pecahan markan berdasarkan tugasan yang berjaya disiapkan sebanyak 50 markah, disiplin 25 markah dan kerjasama 25 markah. Murid membuat sorakan kumpulan sebelum tugasan diberikan.

Aktiviti yang tidak berjaya diselesaikan akan didenda dengan tugasan yang lain pula seperti menyanyi, membina huruf dari anggota kumpulan dll. Kemudian barulah petunjuk ke checkpoint yang berikutnya diserahkan.

NAMA KUMPULAN : __________________________
Checkpoint
Tugasan
Disiplin
Kerjasama
Markah
Tandatangan

1






2






3






4






5






6






7






Jumlah









Special delivery
Tikar Sarawak :)



 

Telegram Channel