7 November 2015

Super VAKS: Johan Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan





Satu amalan kaunseling terbaik yang diamalkan di SK Seksyen 1, Bandar Kinrara, Selangor  mengenai SUPER VAKS iaitu sistem program ransangan Visual, Audio dan Kinestetik ditambah aspek Spiritual. Sekolah ini mengamalkannya sama ada di tapak perhimpunan malah ada guru yang mengamalkannya di dalam kelas sebelum memulakan aktiviti sama ada guru Islam atau bukan Islam. 

Langkah penting dalam sistem VAKS ialah:
1) Mulakan dengan doa dengan memohon keberkatan dan kebaikan yang berpanjangan. 
2) Bernafas dengan menarik nafas sebanyak 3 kali untuk menenangkan diri
3) Rapatkan kedua-dua belah tangan. Buat bentuk 8 melintang (infiniti) dan pandang ibu jari tersebut sambil menyebut kata-kata positif: Visual
4) Picit kedua -dua belah telinga dari atas ke bawah sambil menyebut kata-kata positif:  Audio
5) Angkat kaki kanan sentuh tangan kiri , kemudian angkat kaki kiri sentuh tangan kanan samabil menyebut kata-kata positif: Kinestetik
6) Tangan kanan diletakkan di dada di sebelah kiri sambil menyebut kata-kata positif dan diakhiri dengan doa

Dari sesi soal jawab dengan juri, pembentang memaklumkan bahawa ia sesuai untuk diamalkan oleh semua bangsa kerana masing - masing berdoa mengikut agama masing- masing malah guru Cina di sekolah ini juga mengamalkan super VAKS sebelum memulakan aktiviti. Teknik VAKS ini meningkatkan fokus murid sebelum memulakan aktiviti di sekolah. 

Travel Kajang - Alor Pongsu
Give a break to myself
Happy holiday Cherasian
 

Telegram Channel