Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

2 December 2015

Isu Perkhidmatan Guru Kaunseling Disember 2015

                                  
1) Menyediakan pelan strategik UBK dan mengaitkan dengan 6 aspirasi murid dan 5 aspirasi sistem berdasarkan gelombang kedua PPPM 2016 -2020. Fokus kepada 4 bidang utama perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berdasarkan buku panduan pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang terkini. Format cadangan rancangan tahunan juga perlu difokuskan kepada 4 bidang tersebut iaitu peningkatan disiplin murid, pembangunan sahsiah, psikososial dan perkembangan kerjaya murid.
2) Program orientasi murid tingkatan 1 dijalankan oleh UBK dan persiapan seperti penyediaan modul, jadual orientasi dan membuat aktiviti susulan kepada AJK dijalankan pada bulan Disember 2015
3) Pengedaran psikometrik ting 3 sewaktu markah PT3 dikeluarkan pada 14 Disember 2015 nanti
4) EPRD KPM sedang mengumpul data jejakan murid lepasan SPM tahun 2013 dan 2014 bagi menghasilkan set data bersiri murid lepasan SPM. Objektif kajian bagi membangunkan pelan strategik hala tuju murid lepasan SPM. Guru kaunseling WPKL diminta memuat turun dari email sekolah templet data yang perlu dilengkapkan. Tarikh penghantaran pada 15 Disember 2015 bagi WPKL.
5) Surat Siaran Pelaksanaan PBPPP Menggantikan Penilaian Prestasi Sedia Ada di KPM telah diterima pada 20 November 2015. Oleh itu, dengan rasminya guru kaunseling juga dinilai dengan PBPPP pada 2016  walaupun pada tahun ini penilaian guru bimbingan dan kaunseling telah mengguna pakai PBPPP sebagai instrumen penilaian prestasi mulai April 2015.
6) Kekosongan jawatan kaunselor organisasi di PPW WPKL. Bagi guru kaunseling yang berminat sila menghantar resume kepada Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling WPKL iaitu Cik Rosnah Abdullah di email rose_jit03@yahoo.com sebelum  7 Disember 2015
7) Pihak KPM mewajibkan semua guru membuat pendaftaran id dan password di dalam sistem SSO (Single Sign On) yang mana sistem ini akan digunapakai sepenuhnya pada tahun 2016.
8)Kepada murid lepasan PT3  ting 3 yang berminat ke Kolej Vokasional dan SM Teknik masih boleh memohon secara online melalui pautan https://sptv.moe.gov.my/index.cfm. Masukkan nombor MyKad / kad pengenalan untuk mengakses borang permohonan.Tarikh tutup permohonan ke program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016 ialah 20 Disember 2015 pukul 11:59 malam.Sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia di nombor telefon 03-88845154.
9) Borang UPU untuk 2016/2017 belum dijual lagi setakat Disember 2015 ini tidak seperti tahun - tahun sebelumnya yang menyebabkan murid dan ibu bapa sudah mula bertanya.Borang UPU akan dijual pada 8 Januari 2016 di BSN.
10)  Tarikh permohonan SBP 2015 bagi Tingkatan 4 (Empat) akan dibuka mulai 1 Disember 2015 sehingga 30 Disember 2015Borang Permohonan SBP 2016 Tingkatan  4 Online
boleh dibuat dilaman https://sst1.moe.gov.my/ atau  http://www.moe.gov.my/

Syarat Umum Kemasukan SBP 2016
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan
Syarat Minimum Kemasukan SBP 2016 Tingkatan 4
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
  • Memperoleh 7A atau 6A (termasuk Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan PT3 2015.
  • Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masing-masing ditaksir secara ujian bertulis dan ujian lisan.
  • Aktif dalam kokurikulum

A bad day
Not
A bad life :(

No comments: