Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

8 December 2015

Kertas Kerja Karnival Kenali Malaysia 2016 : Program PIBK


Kertas kerja yang saya draf untuk Kelab Guru menjalankan karnival pada tahun hadapan. Minggu lepas selepas bermesyuarat untuk mendapatkan gambaran perlaksanaan Karnival bagi menambahkan dana sekolah, saya mula membuat dfar untuk kertas kerja ini yang akan dibentangkan pada mesyuarat PIBG 2016 yang pertama sama ada dilaksanakan pada tahun hadapan atau 2017. Maklumlah projek mega sekolah, akan diputuskan sewaktu mesyuarat nanti. Kertas kerja ini telah disiapkan dengan senarai penuh AJK Kecil tetapi bagi post entri ini di blog, saya tidak kongsikan maklumlah apabila perlaksanaan program ini berjalan barulah nama AJK Kecil ini diumumkan . 


KERTAS KERJA
KARNIVAL KENALI MALAYSIA 2016


1.0       PENGENALAN
          Karnival Kenali Malaysia ialah karnival yang akan dijalankan di atas inisiatif Kelab Guru dan PIBG SMK Cheras. Karnival yang diperkenalkan dengan objektif yang jelas bagi menyahut aspirasi sistem dan aspirasi murid di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). PPPM pada tahun 2016 merupakan gelombang kedua PPPM di bawah Rancangan Malaysia ke 11 yang bermula pada tahun 2016 hingga 2020.  Gelombang kedua PPPM ialah melonjakkan aspirasi pendidikan di mana 6 aspirasi murid yang penting antaranya ialah mengenai  identiti nasional yang mana setiap kanak-kanak tanpa mengira agama, etnik atau status sosioekonomi akan berasa bangga dikenali sebagai anak Malaysia. Selaras dengan kepelbagaian bangsa di SMK Cheras sendiri, maka karnival ini dijalankan untuk memupuk integrasi kaum khususnya dan komuniti kawasan perumahan sekitar SMK Cheras amnya . Karnival ini juga diharapkan dapat mencapai antara 5 aspirasi sistem pendidikan Malaysia yang disarankan . Salah satunya iaitu mengenai perpaduan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada murid dengan menghargai kepelbagaian. Justeru itu dalam mencari dana untuk pihak sekolah, tema Karnival Kenali Malaysia dipilih kerana ia merupakan program yang dapat menyahut aspirasi tersebut  disamping mencari dana untuk sekolah. Diharapkan dengan kerjasama PIBG, komuniti, agensi kerajaan dan swasta dapat membantu pihak sekolah merealisasikan program ini.

2.0       MATLAMAT

Karnival Kenali Malaysia SMK Cheras adalah untuk menambah dana Kelab Guru agar dapat menjalankan pelbagai aktiviti untuk peningkatan profesionalisme warga guru dan untuk kelab serta persatuan bagi menambahkan tabungan kelab dan persatuan bagi menjalankan aktiviti ko-kurikulum murid.

3.0     OBJEKTIF
Karnival Kenali Malaysia SMK Cheras ini dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif  berikut
3.1  Menambah dana tabung Kelab Guru serta tabungan Kelab dan Persatuan SMK Cheras
3.2  Menaik taraf dan menceriakan bilik guru.
3.3 Memupuk semangat usahawan dalam kalangan murid di samping menjalankan aktiviti amal bagi membantu pihak sekolah meningkatkan dana.
3.4 Mencari dana bagi meningkatkan profesionalisme guru dan staf SMK Cheras melalui aktiviti latihan dalam perkhidmatan.
3.5 Menggalakkan warga SMK Cheras dan komuniti mengetahui kepelbagaian budaya di Malaysia dan seterusnya hormat menghormati antara kepelbagaian budaya di Malaysia amnya dan di SMK Cheras khususnya.
3.6  Mewujudkan kerjasama antara warga SMK Cheras, PIBG dan masyarakat setempat.


            4.0            TARIKH DAN MASA :

 8.00 pagi

            5.0            TEMPAT

SMK Cheras


6.0       TETAMU KEHORMAT

Yang Berhormat Datuk Seri Syed Ali Alhabshee


            7.0            PENGISIAN PROGRAM

            ATUR CARA MAJLIS
             Majlis Perasmian

7.30 pagi                    :  Pendaftaran
8.30 pagi                    :  Ketibaan Tetamu Kehormat
                                     
8.45 pagi                    :  Nyanyian Lagu Negaraku
                                    :  Bacaan Doa
                                    :  Ucapan Penasihat Karnival Kenali Malaysia:
                                      
                                     :  Ucapan Pengerusi PIBG
                                     
                                    :  Ucapan Tetamu Kehormat

                                    :  Persembahan Kebudayaan

         10.00 pagi                      :  Majlis Bersurai
                                             : Minum pagi


        AKTIVITI  KARNIVAL

NAMA

TEMPAT
MASA
AKTIVITI
Pertandingan Battle Of The Band
Dewan
11.00 pagi – 4.00 petang
Pn Norlali Bt Ani
         Mengadakan pertandingan selepas Majlis Perasmian
         
Pertandingan Info Hunt
Padang
 11.00 pagi –
 1.00 T/Hari
Pn Noraida Bt Mohamad
Jualan Gerai

Padang
8.00 pagi – 4.30 petang
Cik Hamizah Bt Mat Aris
Jualan Perkhidmatan

Dataran Perhimpunan
8.00 pagi- 4.30 petang
Pn Kavitha a/p Chelliah


       
            8.0       AHLI JAWATANKUASA  INDUK

Penaung                      :           

Penasihat                    :           Puan Kamariah Bt Abu
                                               Pengetua SMK Cheras

Pengerusi                    :         
                                              Yang Dipertua PIBG SMK Cheras

Timbalan  Pengerusi 1 :       Dato’ Dass a/l Jasudass
                                               Naib Yang Dipertua PIBG SMK Cheras

Timbalan Pengerusi 2  :         Puan Norliza Rafie
                                                Pengerusi Kelab Guru SMK Cheras
           
 Setiausaha                   :        Puan Noraini Bt Jamaluddin
 Naib Setiausaha         :        Puan Nurhaiza Bt Che Mat
 Bendahari                  :        Cik Wong Mun Yee                
                         

 AHLI  JAWATANKUASA PELAKSANA ( KETUA )

1
AJK Jemputan Dan Sambutan
Pn Rozinani Awang
2
AJK Jualan Kupon
Puan Siti Hajar Bt Hamzah
3
AJK Buku Program & Sijil
Puan Laili Azwa
4
AJK Dokumentasi Dan Penilaian
Puan Rozita Musa
5
AJK Publisiti Dan Backdrop
En Abdull Azis Bin Arbi

6
AJK Hiasan Dan Persiapan Tempat Perasmian
Puan Murniyati Masari
7
AJK Cenderamata Dan Hadiah
Puan Zahirah Bt Abdul Halim
8
AJK Sumbangan Dan Penajaan
Puan Raudzah Bt Ab Rahman
9
AJK Pendaftaran & Buku VIP
Puan Haliza Halid
10
AJK Juruacara Majlis
Puan Haslina Rahim
11
AJK Siaraya
En Balasegar A/L Muniandy
12
AJK Jamuan
Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh

13
AJK Persembahan
Puan Norlaili Bt Ani
14
AJK Majlis Perasmian
Pn Sharin Hanum Bt Ab Rahman
15
AJK Peralatan Dan Kelengkapan
En Azrin Bin U Mat
16
AJK Teknikal
En Mohd Nidzam
17
AJK Disilplin Dan Keselamatan
En Mohd Noor Bin Mat Deris
18
AJK Lalulintas
En Jasvir Singh a/l Bikar Singh
19
AJK Kebersihan Dan Keceriaan
Puan Sakinah
20
AJK Pertandingan Info Hunt
Puan Noraida Bt Mohammad

21
AJK Gerai Jualan
Cik Hamizah Bt Mat Aris

22
AJK Jualan Perkhidmatan
Pn Kavitha a/p Chelliah

23
AJK Battle Of The Band
Puan Norlaili Bt Ani

24
AJK Pertolongan Cemas
Puan Tipah Bt Ngah

25
AJK Urusetia
Pn Nurhaiza Bt Che Mat

                           
SENARAI BIDANG TUGAS
1
Setiausaha

Cik Noraini Jamaluddin
-          Merangkap penyelaras program yang merancang perjalanan program
-          Mengenal pasti keperluan untuk program berjalan lancar
-          Mengenal pasti slot untuk aktiviti karnival yang akan dijalankan

2
Naib Setiausaha

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
-          Menyediakan kertas kerja Karnival Kenali Malaysia
-          Merangkap AJK Perhubungan untuk berurusan dengan pihak polis, RELA, komuniti
-          Menyediakan surat menyurat yang diperlukan oleh AJK
3
AJK Jemputan Dan Sambutan

Pn Rozinani Awang

-          Mengedarkan surat jemputan kepada tetamu dan sekolah yang terdapat di PPW Pudu
-          Membantu AJK Jualan Kupon untuk menjual kupon di sekolah PPW Pudu
-          Menyambut ketibaan tetamu

4
AJK Jualan Kupon

Puan Siti Hajar Bt Hamzah

-          Merancang strategi penjualan kupon
-          Memaklumkan dari semasa ke semasa kemajuan jualan kupon
5
AJK Buku Program & Sijil

Puan Laili Azwa Bt Tamrin

-          Menyediakan buku program untuk VIP dan tetamu
-          Menyediakan sijil penghargaan kepada para penaja, agensi. dan AJK

6
AJK Dokumentasi  Dan Penilaian
Puan Rozita Bt Musa (Ketua)

-        Menyediakan 3 set dokumentasi mengikut format
-             Mengatur AJK yang dapat membantu untuk fotografi
-             Mengedarkan penilaian program terhadap AJK, para pengunjung dan warga sekolah.
-          Mengedarkan borang post mortem  kepada AJK

7
AJK Publisiti Dan Backdrop
En Abdull Azis Bin Arbi

-          Merancang strategi publisiti
dengan akhbar, radio atau kain rentang di kawasan strategik
-        Menjemput pihak akhbar untuk liputan dan menyediakan press kit
-          Memasang kain rentang untuk karnival
8
AJK Keceriaan Dan Hiasan Pentas Tempat Perasmian

Puan Murniyati Bt Masari

-        Menyediakan hiasan dan persiapan tempat perasmian

9
AJK Cenderamata Dan Hadiah

Puan Zahirah Bt Abdul Halim


-        Menyediakan cenderamata untuk VIP
-        Menyediakan hadiah untuk pertandingan yang dianjurkan

10
AJK Sumbangan Dan Penajaan

Puan Raudzah Bt Ab Rahman

-        Memohon sumbangan dari  agensi penajaan yang berpotensi untuk memberikan penajaan
-        Mengedarkan surat permohonan dan follow up
-        Memberikan surat penghargaan kepada agensi setelah mendapatkan sumbangan
11
AJK Pendaftaran & Buku VIP

Puan Haliza Halid

-        Menyediakan meja kaunter pendaftaran
-        Menyediakan borang pendaftaran untuk guru, ibu bapa, pengunjung, peserta pertandingan dan agensi yang bertugas
-        Mengedarkan buku program
12
AJK Juruacara Majlis

Puan Haslina Rahim

-        Menyediakan skrip juruacara perasmian
-        Menyediakan
13
AJK Siaraya

En Balasegar A/L Muniandy

-        Memastikan PA Sistem berfungsi dengan baik
14
AJK Jamuan

Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh



-        Menyediakan jamuan kepada VIP
-        Memastikan AJK yang terlibat dan murid yang membantu mendapatkan makanan

15
AJK Majlis Perasmian
Puan Sharin Hanum Bt Ab Rahman


-        Merancang aturcara dan bentuk perasmian dan sambutan yang sesuai untuk perasmi majlis
-        Memastikan perjalanan program perasmian berjalan lancar
-        Pembaca doa menyediakan skrip bacaan doa
-        Bekerjasama dengan AJK sambutan

16
AJK Persembahan/ Kebudayaan

Puan Umi Salbiah Bt Abd Rahman


-        Merancang bentuk persembahan yang sesuai sewaktu majlis perasmian
-        Mengatur persembahan untuk karnival
17
AJK Peralatan Dan Persiapan Tempat

En Azrin Bin U Mat

-        Memastikan peralatan yang diperlukan dapat disediakan
-        Memastikan persiapan tempat perasmian
18
AJK Lalu Lintas

En Jasvir Singh a/l Bikar Singh

-        Memastikan pihak trafik dan keselamatan menjalankan tugas untuk kelancaran lalu lintas
19
AJK Teknikal
En  Mohd Nidzam B Mohd Yusoff


-        Menyediakan pelan tapak untuk aktiviti karnival dan menyerahkan salinan kepada AJK Urusetia
-        Menentukan kedudukan yang sesuai untuk aktiviti dijalankan
-        Mengenal pasti pelan pemasangan elektrik di tempat yang diperlukan
-        Bekerjasama dengan AJK Persiapan Tempat
20






AJK Urusetia

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

-        Membuka kaunter urusetia sepanjang karnival berlangsung berdekatan dengan pintu masuk untuk membantu masalah yang timbul sewaktu karnival.
-        Melayan pertanyaan dan aduan
-        Menyediakan borang aduan

21
AJK Disiplin & Keselamatan
En Mohd Noor Bin Mat Deris

-        Memastikan disiplin warga sekolah dan pengunjung ditahap terkawal
22
AJK Kebersihan
Puan Sakina Bt Mat Sahid

-        Memastikan kebersihan kawasan sebelum dan selepas program dijalankan
-        Mengenal pasti lokasi terbaik untuk meletakkan tong sampah
-        Mengenalpasti tandas yang boleh digunakan oleh para pengunjung dan melabelkannya
23
AJK Pertolongan Cemas

Puan Tipah Bt Ngah

-        Membuka bilik rawatan untuk kes kecemasan
-        Menyediakan pasukan PBSM yang dapat membantu untuk rawatan
24
AJK  Pertandingan

Puan Noraida Bt Mohamad @ Abdullah


-        Penyelaras aktiviti Info Hunt
-        Merancang aktiviti dan membuat jemputan pertandingan
-        AJK Aktiviti akan memaklumkan kepada AJK Teknikal dan AJK Peralatan
senarai keperluan
-        Membuat hebahan untuk mempromosikan aktiviti dan pertandingan
-        Memaklumkan kepada AJK Hadiah keperluan hadiah dan pemenang.
-        Memaklumkan kepada Juruacara senarai pemenang


25
AJK Gerai Jualan Makanan

Cik Hamizah Bt Md Aris

-        Penyelaras gerai jualan
-        Menyediakan borang pendaftaran untuk organisasi yang berminat untuk membuka gerai jualan
-        Memastikan keperluan dan peralatan Gerai Jualan untuk dimaklumkan kepada AJK Teknikal dan AJK Peralatan
-        Membuat hebahan mengenai aktiviti jualan

26
AJK Battle Of The Band
Pn Norlaili Bt Ani

-        Penyelaras aktiviti
-        Merancang aktiviti dan membuat jemputan pertandingan
-        AJK Aktiviti akan memaklumkan kepada AJK Teknikal dan AJK Peralatan
senarai keperluan
-        Membuat hebahan untuk mempromosikan aktiviti dan pertandingan
-        Memaklumkan kepada AJK Hadiah keperluan hadiah dan pemenang.
-        Memaklumkan kepada Juruacara senarai pemenang
-         
27
AJK Jualan Perkhidmatan

Puan Kavitha a/p Chelliah



-        Penyelaras aktiviti
-        Merancang aktiviti dan membuat jemputan penyertaan
-        AJK akan memaklumkan kepada AJK Teknikal dan AJK Peralatan
senarai keperluan
-        Membuat hebahan untuk mempromosikan aktiviti dan pertandingan.

                                                                                                                    
                                       9.0       ANGGARAN KEWANGAN

BIL
JUALAN/SUMBANGAN/TAJAAN

1
        Jualan kupon pada murid
RM 20 x 1,100 = RM 22,000
2
       Jualan kupon kepada staf dan guru
RM 20 x 120    = RM   2,400
3
      Jualan kupon kepada ibu bapa
RM 20  x 500   = RM  10,000
4
 Jualan kupon kepada sekolah PPW Pudu
RM 40  x   50   = RM    2,000
5
Sumbangan Syarikat Keselamatan, Pengusaha Kantin, Syarikat Pembersihan
                            RM   5,000
6
Sumbangan Syarikat/Agensi Korporat, Swasta dan Persendirian       
                               RM   20,000
7
Iklan buku cenderamata                                                   
                               RM     3,000
JUMLAH PENDAPATAN
                               RM 64,400

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)
CATATAN
   1
Jamuan perasmian dan penaja
  RM  1,000
RM 15  x   40
   2
Jamuan petugas
   RM  1,400
RM 7    x 200
 3
Buku cenderamata
           RM   1, 350
RM 5    x 270
 4
Cetakan kupon
           RM   2,000
RM 1    x 2000 buku
5
Hadiah pertandingan dan cenderamata
           RM   8,000
6
Cabutan bertuah
           RM   1,000
7
Publisiti
   RM    2,000
8
Kos jualan gerai
    RM  25,000
JUMLAH PERBELANJAAN
            RM 41,750.

ANGGARAN PENDAPATAN BERSIH     RM 64,400.00 – RM 41,750.00 =   RM 22,650.00



10.0    PENUTUP

          Diharapkan agar karnival ini dapat direalisasikan dan berjalan lancar.                       Pihak urusetia berharap agar karnival ini dapat mencapai sasaran dana                                        yang diharapkan. Kerjasama semua pihak diperlukan bagi mencapai                                           objektif.



          Disediakan oleh,                                                        Diluluskan oleh,


          Nurhaiza Bt Che Mat                                                 Kamariah Bt Abu
         Naib Setiausaha                                                                 Pengetua
          Karnival Kenali Malaysia                                          SMK Cheras
       SMK Cheras, KL

                                                  
Movie time; Krampus
Kids enjoy the visual
Ibu enjoy 'sound' of the music














No comments: