Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

9 December 2015

Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Guru SMK Cheras 2016

Antara kertas kerja yang saya siapkan untuk membantu Kelab Guru menaiktaraf Bilik Guru SMK Cheras. Hari terakhir sekolah, semua guru diarahkan mengosongkan tempat masing- masing kerana bilik guru akan disusun semula dan pelan bilik guru dirombak bagi menyusunatur semula kedudukan meja dan bilik guru dan memasukkan almari-almari untuk memuatkan lagi buku-buku murid yang perlu diletakkan. Sehingga kini bilik guru dalam proses penyusunan, mengecat, diselenggara untuk kemudahan guru.


KERTAS KERJA
PROGRAM MENAIKTARAF BILIK GURU
 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS

1.0       PENGENALAN
               SMK Cheras merupakan sebuah sekolah yang dipilih oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk model kelas abad ke 21 pada tahun 2015. Sebagai satu-satunya sekolah perintis dalam pengajaran dan pembelajaran kelas abad ke 21 di Wilayah Pudu, warga SMK Cheras telah berusaha menaiktaraf bilik – bilik darjah dan bilik khas seperti bilik komputer, bilik media, dan bilik – bilik khas yang lain untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran kelas abad ke 21 dengan usaha dari murid dan guru-guru SMK Cheras sendiri sejak awal tahun 2015. Usaha ini dijalankan dengan kos yang hampir kesemuanya dibiayai melalui dana sekolah dan inisiatif kewangan dari guru –guru sendiri. Namun demikian untuk tahun 2016, Kelab Guru ingin membuat perubahan pada bilik guru pula agar lebih kondusif, sesuai dengan watak dan kriteria di bilik guru itu sendiri untuk sekolah perintis kelas abad ke 21. Memandangkan bilik guru SMK Cheras kali terakhir dibesarkan pada tahun 2010 untuk menampung 110 orang guru di bilik guru, rombakan pelan kedudukan dirombak semula untuk memberikan ruang kepada kedudukan guru-guru pelatih yang berkhidmat di sekolah, menambahkan almari untuk guru-guru meletakkan buku-buku latihan murid sebagai perabot di bilik guru. Kelab Guru juga berusaha untuk menukar 30% meja guru di bilik guru yang masih lagi menggunakan meja guru zaman 1990an. Kelab Guru bermuafakat bahawa menaiktaraf kelas dan bilik khas patut didahulukan kerana melibatkan kepentingan murid pada tahun 2015. Oleh itu untuk tahun 2016, fokus untuk keperluan guru pula di bilik guru. Kelab Guru percaya bahawa dengan adanya penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan di bilik guru maka keseronokan dan motivasi bekerja dengan suasana teraputik akan lebih meningkat kerana bilik guru ialah bilik untuk guru bukan sahaja membuat tugasan bahkan ia juga bilik perjumpaan antara ibu bapa dan guru serta pelawat luar yang keluar masuk ke sekolah.

2.0       OBJEKTIF
1)         Agar dapat menaiktaraf bilik guru ke bilik khas sesuai dengan sekolah abad ke 21
2)         Agar dapat membeli meja – meja guru yang baru untuk kemudahan guru bagi             
            menggantikan meja yang telah uzur dan rosak.
3)         Agar dapat menambahkan almari – almari untuk kegunaan guru dan membaiki almari             yang rosak


3.0       TARIKH
            20 November – 31 Disember 2015

4.0       AHLI JAWATANKUASA
Penasihat                    :           Puan Kamariah Bt Abu (Pengetua)
Pengerusi                    :           Pn Norliza Bt Rafie
Naib Pengerusi           :           Pn Noraida Bt Mohamad @Abdullah
Setiausaha                  :           Cik Hamizah Bt Md Aris
Naib Setiausaha          :           Pn Laili Azuwa Bt Tamrin
Bendahari                    :           Cik Wong Mun Yee
Naib Bendahari           :           Puan Siti Hajar Hamzah
AJK                             :           Puan Sharin Hanum Bt Abd Rahman
Biro Profesionalisme   :           Puan Nurhaiza Bt Che Mat
                                                Puan Rozinani Bt Awang
Biro Keceriaan            :           En Azrin B U Mat
                                                Puan Murniyati Bt Masari
                                                Cik Jamaliah Azmirakarimah Bt Mohd Ali
Biro Ekonomi               :           Cik Noraini Bt Jamaluddin
                                                Puan Raudzah Bt A.Rahman
                                                Puan Zahirah Bt Abdul Halim
Biro Kebajikan             :           Puan Tengku Laila Bt Tengku Jusoh
                                                Puan Kavitha a/p Chelliah
                                                Puan Haliza bt. Halid
Biro Keselamatan        :           En Abdull Azis Bin Arbi
                                                En Mohd Nidzam Bin Mohd Yusoff
                                                En Bala Segar a/l M. Muniandy                                 

5.0       ANGGARAN KEWANGAN
            Sumber Kewangan
            Kelab Guru                                                                  RM 2,000
            Sekolah: penyelenggaraan                                        RM 2,000
           
            Jumlah                                                                                                RM 4,000

            Perbelanjaan
            Cat                                                                                RM    500
            Kertas dinding                                                             RM    500
            Almari                                                                           RM 6,000
           
            Jumlah                                                                                                RM 7,000

            Kurang RM 3,000

6.0       PENUTUP
            Kelab Guru berharap agar permohonan kami untuk mendapatkan dana dari pihak tuan                dapat dipertimbangkan dengan sebaiknya dan diluluskan. Dengan adanya dana                          tambahan maka projek menaiktaraf bilik Guru dapat dijalankan sebelum bermulanya             penggal persekolahan 2016 yang baru.

            Disediakan oleh,                                                                                 Diluluskan oleh,

            (Nurhaiza Bt Che Mat)                                                                        (Kamariah Bt Abu)
            Ketua Biro Profesionalisme                                                                 Pengetua                                 Kelab Guru SMK Cheras


Happy Birthday Acik Ina
Semoga panjang umur



No comments: