Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

25 December 2015

Kertas Kerja Program Juara Permata SPM 2016

KERTAS KERJA
PROGRAM JUARA PERMATA
SMK CHERAS 2016

1.0     PENGENALAN
                    Program Juara merupakan program wajib yang dilaksanakan atas inisiatif dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendiri untuk semua sekolah di Kuala Lumpur dengan sasaran murid tingkatan lima bagi SPM. Objektif yang jelas di mana dengan adanya program ini maka setiap sekolah dapat melonjakkan kecemerlangan akademik dalam SPM dengan berfokuskan kepada murid yang berpotensi cemerlang dalam SPM yang akan digilap oleh pihak sekolah dengan strategi tertentu agar meningkatkan bilangan murid mendapat semua A dalam keputusan SPM. Program ini diilhamkan pada tahun 2015 dengan modus operasi dengan kerjasama murid Juara Permata sendiri dengan menjalankan kumpulan belajar terancang dalam kalangan mereka dengan pemantauan dari guru. Program Juara Permata telah berjalan di sekolah hampir 8 tahun dengan modus operasi yang berbeza. Kumpulan murid cemerlang ini dikenali sebagai murid Permata. Pada tahun ini, 40 orang murid yang terpilih melalui peperiksaan akhir tahun tingkatan empat 2015 membentuk kumpulan Juara Permata. Diharapkan kumpulan ini dapat dibimbing oleh mentor dan AJK yang terlibat dalam program peningkatan akademik sekolah selaku ikon kepada murid lain dan guru muda dalam kalangan rakan sebaya mereka.

2.0     OBJEKTIF
1)    Agar murid berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik masing – masing dengan teknik belajar yang betul.
2)    Agar murid bekerjasama dalam satu pasukan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sekolah.
3)    Agar murid  dapat membantu rakan sebaya dalam masalah pembelajaran.

3.0     SASARAN
          40 orang murid Tingkatan 5
         
4.0     TARIKH
          Januari – November 2016

5.0     MATLAMAT
          Bagi keputusan SPM sebenar:
Pelajar memperolehi maksimum semua A dan minimum 6A  bagi mata pelajaran peperiksaan SPM

6.0     AHLI JAWATANKUASA
          AJK Induk
          Pengerusi             : Puan Hajah Kamariah Bt Abu
          Naib Pengerusi   : Encik Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
          Setiausaha           : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK                        : Puan Che Ma Rabitah Bt Hj Kamaruddin
                                         : Puan Sharin Hanum Bt Abdul Rahman
                                         : Puan Tan Nyok Moi
                                         : Puan Noor Aini Bt Ibrahim
                                         : Puan Nor Ashikin Ho Bt Abdullah
                                         : Puan Looi Lin Eng
                                       

7.0     PELAN TINDAKAN PROGRAM UNTUK 2016
TARIKH
AKTIVITI

TINDAKAN
Januari
Pemilihan ahli Juara Permata

Puan Tan Nyok Moi
6  Januari 2016
Taklimat kepada ahli  terpilih
-        Agihan mentor
-        Pembentukan kumpulan belajar

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
20 Januari
2016
Perjumpaan dengan ahli Permata
-        Mengedarkan surat perjumpaan ibu bapa
-        Mengedarkan manual buku log Juara Permata


Puan Nurhaiza Bt Che Mat
29 Januari
2016
Penetapan Matlamat ahli Juara Permata


Puan Nurhaiza Bt Che Mat
5 Februari 2016
Perjumpaan ibu bapa Juara Permata


Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Feb - Okt
-Program Mentor Mantee Permata bermula
-Program kumpulan belajar berkumpulan mengikut jadual
- Projek Guru Muda

Puan Sharin Hanum Bt Abdul Rahman
1-11 Mac 2016
Ujian Intervensi
Pn Tan Nyok Moi
28 Mac 2016
Anugerah Akademik Juara Permata
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
29 – 30 Mac 2016

Penerokaan Kerjaya
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
19 April 2016
Perjumpaan Juara Permata
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
3-6 Mei 2016
Speed Up
Puan Che Ma Rabitah Haji Kamarudin
9-24 Mei 2016

Bulan peperiksaan Intensif
Puan Tan Nyok Moi
24 Jun 2016
Perjumpaan Ibu Bapa Juara Permata
Post Mortem Kemajuan Murid
Pengetua
Pn Sharin Hanum
Pn Nurhaiza

27 Jun 2016
Anugerah Hadiah Galakan
Puan Nurhaiza Bt Che Mat

12 Julai 2016
Perjumpaan Juara Permata
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
8 Ogos 2016
Hala Tuju Murid Juara Permata
En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
15 – 19 Ogos 2016
Ujian Percubaan SPM
Pn Tan Nyok Moi
6 – 30 Sept 2016
Speed Up
Puan Che Ma Rabitah Hj Kamarudin
9 Sept 2016
Analisa Penetapan Matlamat bersama
pentadbir
Pengetua
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
20 Sept 2016
Anugerah Intensif Juara Permata
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
22 Sept 2016

Post Mortem Peperiksaan Percubaan Juara Permata Bersama Guru Mata Pelajaran
Puan Che Ma Rabitah Haji Kamarudin
-Guru Mata Pelajaran
4-27 Oktober 2016
Speed Up
Puan Che Ma Rabitah Haji Kamarudin
4 Oktober 2016
Motivasi Pecutan Akhir SPM
En Che Mohamad Padali B Che Mat
24 Oktober 2016
Perjumpaan Juara Permata
-        Persiapan Psikologi dan Fizikal Menghadapi Peperiksaan
Puan Nurhaiza Bt Che Mat



8.0     ANGGARAN  KEWANGAN
Pendapatan
Bil
Sumber Kewangan
Kos
Jumlah
1
PCG Kaunseling
Buku log
RM 2.00  x 40 orang= RM 80.00
2
PIBG
Jamuan makan
RM 3.50  x 40 orang= RM140.00
3
Koperasi
Anugerah Insentif
RM 200   x 3 kali      = RM 600.00
4
PCG Kaunseling
Penerokaan Kerjaya
                                    RM 300.00
5
PCG Kaunseling
Hala Tuju Murid Selepas SPM
RM 120   x 1 kali      = RM 120.00
6
PCG Kaunseling
Motivasi
RM 120 x 1 kali       = RM  120.00

Jumlah

                                   RM1,340.00

Perbelanjaan:
Bil
Butiran
Kos
Jumlah
1
Manual buku log
RM 2.00  x 40 orang
RM      80.00
2
Perjumpaan Ibu Bapa
RM 3.00  x 40 orang
RM    120.00
3
Anugerah Hadiah Galakan
RM 200   x 3 kali
RM    600.00
4
Penerokaan Kerjaya

RM    300.00
5
Hala Tuju Murid Selepas SPM
RM 120   x 1 kali
RM    120.00
6
Motivasi
RM 120   x 1 kali
RM    120.00

Jumlah

RM 1,340.00


9.0     PENUTUP
          Diharapkan agar program Juara Permata ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari mentor, ibu bapa dan mantee itu sendiri bagi mencapai kecemerlangan akademik murid.

Disediakan oleh,                                                        Diluluskan oleh,

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                               (Kamariah Bt Abu)



 Hospital Kajang
 Wad Pediatrik
 Semoga cepat sembuh Shamina.






8 comments:

rossaAzizi said...

Assalamualaikum cikgu haiza...tk sebab sudi share kk juara...mohon izin untuk guna...tapi boleh sy tahu speed up tu apa yer?

Nurhaiza Che Mat said...

Ya anda boleh copy paste. Speed up adalah strategi panitia dibwh tanggungjawab setiausaha kurikulum untuk menyediakan modul. Utk murid juara permata ini modul pembelajaran ialah modul cemerlang mengikut mata pelajaran. Murid akan belajar mengikut modul ini untuk melonjak markah yg telah dikenalpasti oleh panitia mata pelajaran kelemahan murid tersebut dlm bab dan bentuk soalan

Anonymous said...

Cikgu rakan sya ingin memasuki kelas akaun tetapi dalam keputusan PT3 math dapat F.Cikgu rasa adakh dia dpt memasuki kelas akaun

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Agak sukar laluan ke kelas akaun jika gagal Math

Anonymous said...

Salam sejahtera cikgu..Baru² ni saya telah mendapat resukt pt3.saya memperoleh 2A3C1D1E2F..2F ialah Sains & Math.Manakala utk kod holland pula saya memperoleh S:22 K:18 I:15.Saya tdk pasti berapa aliran yg sekolah saya menawarkan utk saya.Mohon penjelasan Cikgu..TQ Cikgu☺

Anonymous said...

Terima kasih cikgu kerana telah memberi penjelasan yng jelas dan sya memohon maaf kerana telah menanyakan soalan dalam 2 kali๐Ÿ˜…๐Ÿ˜ƒ

Anonymous said...

cikgu i gt 4AS In PT3 ITS ACTUALLY IN BM LISAN ENGLISH LISAN GEO N TAMIL AND MOREOVER I M FAIL IN MATHS N I GT E IN SCIENCE I KNOW THAT IM NT QUALIFIED TO SCIENCE CLASS N I M NT SO INTEREST IN MATHS... ACCOUNTS ALSO I REALLY CANT TAKE ...AFTER MY SPM I WANTED TO STUDY EITHER PHOTOGRAPHY OR MUSIC...SO I HVE TO TAKE PERDAGANGAN RITE AFTER I TAKE PERDAGANGAN IF I WANNA GO TO UNIVERSITY IS IT POSSILE???THIS IS MY QUESTION I HOPE ULL ANSWER ME AS SOON AS POSSIBLE COZ I M SO CONFUSED

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Of course you can proceed to the university with perdagangan for your package SPM. After SPM if you pass SPM with minimum 3 credit and hopefully pass your Math you can further your study in photography or music. For music, if you already have a basic and any kind of music it will give you merit to further your study in music in college and even at university