Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

22 December 2015

Oppm: One Page Project Manager HEM, Kurikulum, Sarana, Kokurikulum, Fizikal Sekolah 2016

Hari ini 22 Disember 2015 iaitu mesyuarat pengurusan sekolah bagi 2016 dijalankan. Kami bermesyuarat mengenai agihan tugas guru-guru terlebih dahulu dalam 3 bidang utama iaitu kurikulum, HEM dan kokurikulum. Dari 8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Pukul 2 petang kami mesyuarat pengurusan pengurusan sekolah bagi tahun 2016 dan pengetua mengedarkan perancangan pengurusan di peringkat pentadbiran untuk dilaksanakan oleh penyelaras dan setiausaha bidang masing- masing. hari ini saya nak berkongs mengenai OPPM pengetua untuk pentadbiran sekolah 2016 yang melibatkan tugas guru bimbingan dan kaunseling. Sedar tak sedar pukul 5.00 petang mesyuarat bersurai. 


Pengurusan HEM di mana 9 tugasan utama melibatkan guru kaunseling berdasarkan OPPM yang di draf oleh saya pada entri blog sebelum ini

Di bawah kurikulum , guru kaunseling bertanggungjawab terhadap program Juara Permata
Di bawah kokurikulum, guru kaunseling bertanggungjawab merancang kem kepimpinan dan hubungan persahabatan dengan sekolah lain
Di bawah pengurusan fizikal, guru kaunseling bertanggungjawab merancang pendidikan menjaga harta benda awam bagi mencegah vandalism
Dalam aktiviti sarana, guru kaunseling bertanggungjawab terhadap program sarana sekolah terutama perancang utama Penetapan Target, Minggu Kerjaya, Merdekaraya,

Laugh when you can
Apologize when you should
And
Let go of what you can't change

No comments: