Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

6 December 2015

Pindaan Had Umur Semakin Naik Bagi Kemudahan Cuti Belajar Peringkat Ijazah Lanjutan KPM

Surat Siaran yang disiarkan pada 1 Desember 2015 di laman web KPM mengenai pindaan had umur bagi pemohon kemudahan cuti belajar termasuk HLP bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah lanjutan di bawah KPM huhu benar-benar menangkap mata saya al maklumlah tahun depan umur mencecah 40an. Permohonan ijazah kedoktoran dari maksimum umur 43 tahun naik ke 45 tahun. Ijazah Sarjana dari had umur maksimum 45 tahun ke 50 tahun. Tak banyak masa dah yang tinggal. Terima kasih KPM !! Semoga dipermudahkan jika memang ada rezeki saya menyambung pengajian ijazah kedoktoran (Ph.D). Graduate Master Of Psycology In Education/ Sarjana Psikologi Pendidikan pada tahun 2003 hampir 12 tahun yang lalu menyebabkan saya perlu mengasah kembali kemahiran menulis saya setiap hari dan kemahiran meningkatkan ilmu ilmiah. Blog adalah platform terbaik saya mengekalkan momentum kemahiran menulis.  


Biar putih tulang
Jangan putih mata
#gegarvaganzanaseerwahab

No comments: