Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

11 December 2015

Prosedur Standard (SOP) Penyerahan Slip Penyata Keputusan Psikometrik Ting 3

                   

Murid tingkatan 3 dengan rasminya akan menerima keputusan PT3 mereka pada hari Isnin ini. KPM memaklumkan agar penyerahan slip penyata keputusan psikometrik tingkatan 3 pada tahun 2015  ini diserahkan serentak dengan pelaporan PBS yang lain sewaktu keputusan PT3diumumkan secara rasmi pada 14 Disember 2015.

Susulan itu, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah menetapkan SOP penyerahan slip penyata keputusan psikometrik 2015 kepada guru kaunseling sekolah seluruh Malaysia.

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera.
Mohon kerjasama semua Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri untuk memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah di bawah pentadbiran tuan puan untuk memberitahu Prosedur Standard (SOP) penyerahan Slip Penyata Keputusan Psikometrik (PPsi) PBS murid Tingkatan 3 yang akan diserahkan pada 14 Disember 2015 bersama slip penyata keputusan 3 komponen PBS yang lain iaitu Pentaksiran Sekolah(PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK) dan Pentaksiran Pusat(PT3) antara SOP penyerahan ini ialah :
1)Penyerahan slip psikometrik bersama slip keputusan yang lain itu diserahkan oleh guru tingkatan masing-masing. 
2)Memastikan keberadaan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah semasa majlis penyerahan slip keputusan tersebut.
3) Guru Bimbingan dan Kaunseling berada di dalam kesediaan jika ada keperluan murid dan ibu bapa/penjaga memerlukan bantuan di dalam pelaksanaan Psikometrik. 

Sekian.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia.
11 Disember 2015



Di bawah ini disediakan contoh slip penyata keputusan psikometrik ting 3 murid sekolah saya. Bagi skor IKP seperti yang boleh dirujuk di bahagian belakang slip sebagai panduan, kekuatan murid ini kepada EKS ekstrovert dan ITE interpersonal. 

Interpersonal
Kecerdasan yang membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta memberi motivasi kepada orang lain. Kecerdasan interpersonal yang baik memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Sebab itu mereka mampu berasa sensitif dan memhami emosi, perasaan , fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Murid -murid ini belajar berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya.

Eksistensial


Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Individu ini mampu menelaah milai-nilai yang berkembang di tengah kehidupan masyarakat, sama ada tradisional atau nilai baru yang sedang berkembang



Manakala skor keputusan IMK cenderung kepada investigatif, konvensional dan enterprising. 
Di bawah ini merupakan tafsiran bagi IMK murid tersebut berdasarkan keutamaan susunan minat. 

Investigatif: Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.


Konvensional : Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.  

Enterprising : Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan. perniagaan dan keusahawanan. Wujud suasana pengaruh, memimpin, mengarah dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.



Gabungan dari IMK dan IKP di atas menunjukkan murid ini cenderung untuk masuk ke aliran sains sama ada sains tulen kerana naturalisnya juga agak tinggi atau lukisan kejuruteraan kerana visual ruangnya juga agak tinggi. Selain itu, pakej mata pelajaran sains dan perakaunan. Jika mencapai keputusan PT3 yang baik dalam Matematik atau Sains murid ini akan cenderung memilih aliran sains. Manakala jika kekuatan Matematiknya lebih baik dari Sains dalam pencapaian PT3, murid ini cenderung ke arah pakej mata pelajaran elektif Prinsip Akaun, Matematik tambahan , Ekonomi dan sebagainya.

Psikometrik merupakan panduan yang boleh menyakinkan murid bahawa mereka memilih aliran elektif yang betul bersesuaian dengan keputusan PT3 dan minat mereka untuk memilih pakej matapelajaran elektif yang betul sebagai syarat untuk kemasukan ke universiti bagi kursus tertentu.

Good night
Johor Bahru

Contoh slip penyata keputusan psikometrik ting 3 di SMK Cheras
Penyataan pada slip psikometrik yang dicetak dibahagian belakang slip

No comments: