Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

16 December 2015

Sejauh mana profesionalisme guru kaunseling di sekolah?

Isu yang diviralkan mengenai kenyataan oleh T. Kamalanathan Timbalan Pendidikan KPM mengenai  mengenai penempatan satu kaunselor profesional di setiap sekolah berikutan kes pelajar tertekan dan membunuh diri bulan lalu. Dinyatakan bahawa kementerian sedang mencari kaunselor yang mempunyai kemahiran kaunseling.

Menarik isu ini dibahaskan dalam whatsapp group dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling kerana guru kaunseling yang ditempatkan di sekolah terutama di sekolah menengah majoritinya ialah guru kaunseling sepenuh masa yang berkelulusan kaunseling. Sejauh manakah guru kaunseling yang berada di sekolah ketika ini adalah profesionalisme?


Berdasarkan taklimat dari Profesor Emeritus Dato' Dr Amir Bin Awang, K.B, P.A pada Seminar Lembaga Kaunselor 2014.

Saya ingin berkongsi mengenai etika dan profesionalisme kaunselor:

ETIKA
Etika ialah satu set garispanduan bagi seseorang profesional yang bertujuan untuk

-membantu seseorang profesional bertindak secara baik atau betul
- mengelak daripada bertindak secara buruk atau salah
-digubal berdasarkan nilai profesional dan nilai masyarakat

Ia merupakan obligasi, tanggungjawab dan hak seseorang profesional dan kliennya. Ia bersifat dinamik
Kod etika perlu sentiasa disemak, ditambahbaik dan disesuaikan dari semasa ke semasa.


PROFESIONALISME

  • Ciri dan semangat, perwatakan, kaedah serta amalan yang membezakan seseorang profesional dengan yang bukan profesionalisme.
  • menguasai dan menghayati satu set ilmu khusus dan satu set kemahiran khusus
  • mempunyai satu set etika
  • satu falsafah hidup, sikap dan tatacara tindakan
  • peruntukan undang-undang dan peraturan badan yang mengawalselia
  • satu set prinsip moral yang digubal oleh APA iaitu  autonomy mempunyai ketentuan kendiri, nonmaleficence- mengelak dari melakukan kecederaan dengan membenarkan klien membuat keputusan sendiri dari konsultasi as long as klien tidak terseksa. beneficence  bertindak bagi membantu perkembangan orang lain, justice berlaku adil, fidelity beramanah semua janji ditunaikan. vercity  kebenaran atau siddiq

Dalam mengamalkan kod etika kaunseling, berpandukan kepada Niat, Keikhlasan dan Ihsan.
Fungsi kaunseling 5M - mencegah/mengembang/memulih/melerai krisis/mengendalikan perundingan

Anda dalam dilemma?
Rujuk kepada kod etika badan profesional
Merujuk kepada rakan profesional dalam bidang yang sama
Merujuk kepada rakan profesional bidang yang berlainan
Merujuk kepada penyelia


Sila klik link berikut mengenai profesionalisme pendaftaran guru kaunseling dengan Lembaga Kaunselor http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/guru-kaunseling-perlu-berdaftar-1.256752

Berdasarkan Presiden lembaga Kaunselor Malaysia iaitu Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din menegaskan mengenai kepentingan guru kaunseling mendaftar dengan Lembaga Kaunselor kerana sebagai pengamal kaunseling profesional, perlu berdaftar dengan lembaga Kaunselor Malaysia, badan yang tertakluk di bawah Akta Kaunselor 1998 atau Undang-Undang Malaysia Akta 580. Lembaga Kaunselor akan menentukan kelayakan seseorang guru kaunseling untuk didaftarkan.  Seksyen 22 dan 23 Akta Kaunselor 1998 jelas menyebut bahawa seseorang yang menjalankan amalan kaunseling wajib berdaftar dengan Lembaga Kaunselor.
Ini kerana banyak kes guru kaunseling gagal melaksanakan tanggungjawab mereka secara berkesan hanya disebabkan mereka tidak mendaftar sebagai kaunselor berdaftar dan tidak memiliki sijil amalan. Contohnya bagi murid kes rogol, guru kaunseling tidak boleh dirujuk untuk mengesahkannya kerana tidak mempunyai sijil dan tidak dapat memberi keterangan di mahkamah bagi membantu kliennya serta gagal memberi perlindungan.
Mengikut peraturan JKM sendiri, untuk menjaga dan melindungi yang menjadi mangsa di rumah perlindungan, ia perlu dirujuk kepada pihak profesional terlebih dahulu untuk mengesahkannya.  Namun apabila guru kaunseling tidak mempunyai sijil amalan, dia tidak boleh menjalankan prosedur tersebut dan terpaksa mengambil kaunselor dari luar iaitu dari JKM sendiri.
Di sekolah, hanya kaunselor yang boleh menggunakan profesionalisme mereka untuk melindungi pelanggan mereka di sekolah. Pentadbir seperti pengetua hanya sebagai pentadbir dan tidak mempunyai lesen profesionalisme , sedangkan guru kaunseling yang berdaftar dan berlesen mempunyai kuasa memberi perlindungan tertentu kepada murid. Guru kaunseling berdaftar terlindung dari segi undang-undang sebagai satu pendekatan psikososial bagi membantu menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dilalui secara lebih baik dan berkesan.

Profesionalkah anda rakan -rakan kaunselor sekelian? Pertahankan profesionalisme anda jika anda yakin anda seorang yang profesional dalam kerjaya anda walau suara-suara sinis mula berlegar-legar di telinga anda :)

keep your best wishes
Close to your heart
And watch what happens




No comments: