Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

14 December 2015

Keputusan peperiksaan PT3 dan hubungannya dengan ujian psikometrik

Hari yang mendebarkan bagi murid PT3 yang memperolehi keputusan akademik masing-masing. Tahniah diucapkan kepada Ain Zafira yang memperolehi 9A tetapi 1C . Murid terbaik untuk PT3 sekolah yang menyaksikan tahun ini tiada murid yang mendapat straight A tetapi peningkatan kelulusan yang lebih baik berbanding tahun lepas.

Sebagai kaunselor, kami melayan pertanyaan dari ibu bapa mengenai aliran mata pelajaran elektif yang sesuai berdasarkan keputusan peperiksaan dan psikometrik anak masing -masing. Begitu banyak sijil yang diperolehi hari ini menyebabkan ibu bapa pada masa kini tidak memahami dengan lebih lanjut mengenai peranan pelbagai sijil yang diperolehi pada hari ini iaitu sijil PT3, sijil psikometrik, sijil PAJSK, dan sijil PBS.

Soalan lazim yang ditanya:

 1) Apakah maksud indeks perbezaan pada IMK(Inventori Minat Kerjaya)?
Indeks perbezaan menunjukkan semakin tinggi indeks, semakin jelas kecenderungan minat yang ditunjukkan oleh murid tersebut iaitu semakin tulen. Jika rendah indeks perbezaan maka  minat murid tersebut tidak begitu jelas

2) Apakah maksud kod 3 mata Holland pada IMK? Bagaimana IMK membantu dari aspek pemilihan elektif?
Kod mata yang pertama menunjukkan kecenderungan minat murid tersebut terhadap minat kerjaya tersebut. Kod 3 mata ini penting untuk menunjukkan minat murid terhadap sesuatu minat kerjaya. Pembelajaran yang akan diambil pada ting 4 disesuaikan dengan IMK. Contohnya kod mata IAR maknanya kecenderungan minat pada investigatif. Murid yang mempunyai I dihadapan dan indeks perbezaan yang tinggi menunjukkan minatnya terhadap sains. Jika pencapaian akademik Sains PT3 juga mendapat skor yang baik sekurang-kurangnya C dan keatas maka dia boleh melanjutkan ke aliran Sains. Jika minat dan pencapaian murid membolehkan murid itu memasuki aliran mata pelajaran yang kongruen iaitu sepadan, maka kepuasan dan motivasi pembelajaran murid ini lebih baik dan seronok kerana ia berusaha untuk mencapai cita-citanya dengan kursus yang sepadan.

3) Bagaimanakah Inventori Kecerdasan Pelbagai membantu murid memilih mata pelajaran elektif yang sesuai?

IKP menunjukkan kecerdasan murid di dalam sesuatu bidang melalui pengesanan ringkas dari respon IKP yang dijawab murid. Contohnya jika murid mempunyai skor yang tinggi untuk visual ruang menunjukkan kecerdasannya dalam menganggarkan sudut , ruang dan sebagainya. Jika murid mendapat skor rendah di bawah 30% , tetapi dipaksa mengambil jurusan lukisan kejuruteraan dengan kod mata Holland juga tiada ciri I atau A, maka murid ini akan menghadapi masalah jika dipaksa meneruskan kursus lukisan kejuruteraan tersebut.

Buatlah pilihan yang bijak
Agar tidak menyesal kelak

Best student PT3
Contoh 5 sijil yang diperolehi sewaktu keputusan PT3

No comments: