31 March 2015

Bengkel Minda Sihat Bersama Klinik Kesihatan Cheras

Bengkel Minda Sihat Bersama Klinik Kesihatan Cheras

Hasil dari saringan DASS yang dijalankan pada 9 Februari 2015, seramai 54 orang pelajar yang terlibat dengan bengkel hari ini . Ahli PRS Ting 4 seramai 10 orang juga dilibatkan dengan bengkel ini sebagai kemahiran untuk membantu mereka.

Bengkel ini dijalankan oleh Dr Nazeerah bersama empat orang staf dari Klinik Kesihatan Cheras yang turut sama membantu menjayakan program ini.

Slot pertama aktiviti relaksasi bersama ahli PRS Ting 5 dengan muzik. Kemudian disusuli dengan aktiviti game penyelesaian masalah dengan mewujudkan 5 stesen untuk penyelesaian masalah. Aktiviti berhenti rehat sebelum Dr Nazeerah menyambung ceramah Minda Sihat dan pembentangan setiap kumpulan mengenai teknik penyelesaian masalah yang digunakan berdasarkan masalah yang diberi. Akhir sekali ialah teknik relaksasi oleh doktor fisiologi. Sebelum bersurai, majlis penutup yang ringkas dijalankan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penyampaian cenderamata kepada semua yang terlibat dari Klinik Kesihatan Cheras.

Takziah Emy,semoga hatimu kuat
Semoga roh arwah dicucuri rahmat
GBK Pudu berdoa,kuatkan semangat




Terima kasih Dr Nazeerah
Terima kasih staf Klinik Cheras
Pemenang pertandingan slot Minda Sihat
Pembentangan kumpulan




Teknik relaksasi

Permainan penyelesaian masalah
Station game info hunt
Station info Minda Sihat
Ceramah Minda Sihat

30 March 2015

Majlis Persaraan Guru Kaunseling PPW Pudu

Majlis Persaraan Guru Kaunseling PPW Pudu

Hari ini merupakan hari lahir Pn Helena yg ke 60 tahun dan majlis persaraan diadakan di SMK Taman Connought. Sejak saya menjadi guru kaunseling di PPW Pudu sejak tahun 2000, Pn Helena antara guru kaunseling senior yg masih bertahan di Zon Pudu dan hubungan yg terjalin selama 15 tahun merapatkan kami. Saya menghadiri majlis persaraannya di SMK Taman Connought pada pukul 12.30 tengah hari dan disambut baik oleh barisan pentadbir. Pn Hasiah Azis Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum sekolah ini, memang guru kaunseling juga sebelum dinaikkan pangkat dan pertemuan semula dengan senior senior guru kaunseling memang menggamit memori lama. Selaku pengerusi guru kaunseling Zon Pudu saya bertuah mendapat Naib Pengerusi iaitu Pn Kang yg mudah untuk berurusan ke sana ke mari bersama saya. Majlis berjalan lancar dan saya pula yg sayu melihat seorang demi seorang guru kaunseling senior meninggalkan Zon Pudu. Kini hanya tinggal 2 orang sahaja guru kaunseling senior di PPW Pudu yg masih bersama saya dari tahun 2000. Semoga Pn Helena sentiasa ceria dan menyumbang bakti walaupun telah bersara. Terima kasih kerana membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami ahli guru kaunseling Zon Pudu.


Good bye tension
Welcome pension 
 -Quote from Pn Helena Tong -


  

  



29 March 2015

Freemarket Lembah Subang

Freemarket Lembah Subang

Bonding day with sisters. Dah lama tak hang out dengan kakak dan adik saya. Adik saya aktif dengan beberapa NGO dan pernah mendapat sukarelawan terbaik untuk Yayasan SALAM manakala kakak saya aktif dengan NGO di kawasan Klang. Manakala saya dengan dunia kaunseling sekolah saya. Oleh itu inisiatif kakak saya untuk menggabungkan kami dalam satu objektif yg sama. Disamping meneruskan minat kesukarelawan dapat juga menjalankan aktiviti bersama adik beradik. Cuma saya tidak biasa memberitahu kepada public sesuatu yg berunsur sukarelawan di luar mungkin saya dah terbiasa dengan dunia kaunseling yg perlu menjalankan sesuatu yg berunsur kebajikan dalam diam. Tetapi lain dengan kakak saya yg mempunyai minda marketing yg tinggi. Objektif yg sama dengan pandangan yg berbeza. Dia melihat sesuatu perkara yg baik harus dimaklumkan kpd public dengan niat jika ada orang lain yg berminat dengan aktiviti kesukarelawan cuma kurang masa untuk aktif tetapi boleh menyumbang dari segi barang keperluan dan wang maka ia dialu alukan. Lama kelamaan saya merasakan ia satu kebenaran memandangkan blog saya juga tidak pernah saya kongsikan kepada orang lain walau saya menulis entri setiap hari sama ada dalam bentuk draf dan di post kemudian. Bulan lepas baru saya nekad untuk publish ke public dan mendapat respond yg baik sebagai sumber rujukan orang lain. Ada sahaja yg ingin menyumbang dan ia membantu kepada aktiviti kesukarelawan kakak dan adik saya dan tempias kepada saya juga dalam membantu keluarga di sekolah yg kurang bernasib baik.
Hari ini kami berkesempatan menyertai freemarket dan saya memang suka mengheret antara anak saya untuk bersama. Mengedarkan pakaian dalam masa 30 minit habis dan nasi lemak dan air mineral pula hanya 10 minit sahaja.

Taman Tasik Shah Alam
Sesi berangan 3 beradik 




Setting tempat dulu


Baju terakhir








Jom balik

28 March 2015

Congrats PRS! : Majlis Anugerah Cemerlang

Congrats PRS! : Majlis Anugerah Cemerlang

Majlis Anugerah Cemerlang yg diadakan pada hari Sabtu 28 Mac 2015. Saya bertugas selaku Ketua AJK Dokumentasi manakala Padali Pengurus Aturcara Pentadbiran membolehkan kami ke hulu hilir dalam dewan dan mengambil gambar dalam jarak yg dekat untuk mengambil gambar pelajar PRS yg cemerlang dalam akademik. Tahniah semua.

A patient heart that listens
Follow your heart...
Hidayat : Anugerah Khas Pengetua
Fudzla : anugerah pelajar terbaik MPV bagi SPM
Ainatul, Aimuni dan Hidayat pelajar cemerlang SPM
Ainatul, Aimuni, Hidayat dan Izzati : anugerah cemerlang peperiksaan  Ting 5
Hashim dan Nurin : Anugerah pelajar terbaik ting 3/2014
Haiqal, Irdina, Nurin dan Ain: Anugerah pelajar terbaik Ting 2/2014 dalam mata pelajaran
Anugerah pelajar terbaik ting 2/2014
Anugerah pelajar terbaik ting 1/2014

27 March 2015

Program Kolaborasi SMK Cheras di SM Agama WPKL

Program Kolaborasi SMK Cheras di SM Agama WPKL

Berakhir seminggu berkampung anak -anak Permata di SMAWPKL ini, semoga ilmu dan budaya yang baik dari SMAWPKL ini dapat digunakan dan diamalkan dalam kehidupan seharian mereka di sekolah nanti. Teknik belajar yang baik dapat diaplikasikan di dalam kelas di SMK Cheras dan berkongsi ilmu yang baik dengan pelajar -pelajar lain di SMK Cheras. 

Begitu baik layanan diberikan dari pihak pentadbir apatah lagi dari rakan rakan sebaya mereka. Semua cerita yang baik baik sahaja dikongsikan kepada cikgu mahupun dari guru yang mengajar mereka dalam tempoh seminggu ini. Cara percakapan, budaya majlis penutup selepas tamat majlis, budaya mengucapkan salam apabila diperkenalkan sesorang kepada pelajar, dan budaya mengucapkan selamat tinggal kelihatan sudah sebati dengan mereka walau seminggu di sini.

Majlis penutup yang ringkas dan bermakna dijalankan dibilik VIP sekolah ini dihadiri bersama Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan YDP PIBG sekolah ini. PK 1 menitipkan nasihat yang bermakna kepada semua anak permata SMK Cheras dan diharapkan silaturrahim ini tidak terputus pada hari terakhir ini.

Terima kasih SMAWPKL



Bergambar kenangan dengan barisan pentadbir SMAWP

Penolong Kanan 1 menyampaikan ucapan



Penyampaian cenderahati dari SMAWPKL
Bertukar cenderamata SMKC dan SMAWPKL
Masa untuk pulang

Ramainya hantar Haiqal ke kereta cikgu

 

Telegram Channel