Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

30 September 2015

UBK SMK Cheras Wakil JPWPKL Pertandingan Pengurusan Kaunseling Terbaik



Alhamdulillah memang rezeki kami pada tahun ini terpilih mewakili WPKL untuk pertandingan pengurusan kaunseling terbaik peringkat kebangsaan setelah pembentangan dijalankan di hadapan juri dan pegawai JPWPKL. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan pandangan untuk memastikan WPKL mendapat tempat dalam saringan kebangsaan KPM pada Oktober nanti.

Maklumat yang berguna oleh juri untuk dibaiki ialah:
  • Mengenai masa pembentangan 6 minit
  • Powerpoint yang lebih interaktif dan hyperlink
  • Mengaitkan perekayasaan UBK dan kerjasama disiplin
  • Graf yang lebih jelas dipamerkan terutama dengan impak
  • Mengurangkan tulisan dan lebihkan gambar yang menarik
  • Menterjemahkan data dalam bentuk graf
  • Impak yang lebih menyeluruh kepada warga sekolah lebih baik
  • Persembahan powerpoint perlu menyentuh point pemarkahan dan biarkan ditayang walaupun masa telah tamat terutama ketika sesi soal jawab
  • Mengaitkan teori sebagai asas 
  • Video atau ulasan pengiktirafan dari orang-orang tertentu/pihak autoriti/ mengenai keberhasilan perkhidmatan
  • Mendapatkan sijil untuk ditunjukkan dalam dokumentasi atau slaid

When your mental is too tired
Sleeping is a best solution 
Time to be a hyppo ...zzzzzzz




29 September 2015

Key In Pembelajaran Kendiri: SPLKPM


Hampir berbulan tidak membuka SPLKPM, dan apabila diingatkan oleh setiausaha LDP untuk key in bahagian kursus luar KPM dan swasta, saya tertarik dengan layout baru SPLKPM dan menambahkan aktiviti kendiri. Walaupun ia tidak dikira bilangan hari berkursus seperti tahun -tahun lepas, tetapi dikira sebagai markah merit.Yang menariknya ada penambahan pada program kesukarelaan namun apabila dikey in catatan 1 point sahaja walau 1 atau lebih hari. Penulisan artikel atau jurnal mempunyai direkodkan sebagai 12 point wow...memang berbaloi manakala kajian tindakan 6 point.

Petikan di bawah yang saya copy paste dari SPLKPM

Penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi membolehkan pengguna merekodkan aktiviti PPB menerusi aplikasi SPLKPM.

Ianya melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:
1. Aktiviti PLC
2. Aktiviti Bimbingan dan Pementoran (B&P)
3. Penyelidikan & Kajian Tindakan
4. Penulisan dan pengkaryaan di Luar Bidang Tugas
5. Program sandaran dan sangkutan Organisasi Luar KPM
6. Sumbangan Lain Bukan Profesional/ Aktiviti Kesukarelaan
7. Peningkatan Akademik

Proses daftar aktiviti PPB dilaksanakan menerusi modul individu dan disokong oleh SULDP/ Pegawai Latihan di organisasi masing-masing.

Aktiviti PLC : didaftarkan oleh Ketua Kumpulan
Aktiviti B&P : didaftarkan oleh Mentor
Aktiviti 3 - 7 : didaftarkan oleh individu menerusi modul - 'Pembelajaran Kendiri'

Pada masakini aktiviti PPB yang dinyatakan di atas masih belum dikira sebagai 'Bilangan Hari Berkursus'. Namun maklumat tersebut akan diambil kira dalam pengiraan Mata Kredit.


Tough day
With multiple task
Keep calm & sleep 2 am ...ahaks!

28 September 2015

Pemurnian bahan pertandingan pengurusan kaunseling terbaik JPWPKL

Pagi ni sekolah ditutup dan semua orang bercuti tetapi saya dan Padali ke Asrama 1Malaysia untuk projek memurnikan bahan pembentangan dan dokumentasi pertandingan pengurusan kaunseling terbaik. Laluan mudah bagi kami apabila hanya kami yang wakil untuk pertandingan pengurusan terbaik. Ini bermakna tiada pesaing langsung. Dan menambah menariknya hingga kepala saya berdenyut apabila pegawai PPD dan JPN berminat dgn inovasi e dashboard untuk menyertai pertandingan amalan terbaik program kaunseling. Wah dari dua pertandingan yg kami sertai iaitu satu di bawah BPSH dan satu lagi di bawah Bpsk dan sekarang permintaan menjadikan 3 kategori pertandingan. Persoalan yg perlu ditimbang tara yg manakah perlu ditarik ke pertandingan amalan terbaik samaada projek Zoom atau inovasi edashboard. Para penilai meminta projek Zoom sebagai amalan terbaik manakala saya lebih berminat untuk menjadikan edashboard sebagai amalan terbaik memandangkan projek inovasi ini boleh berdiri dengan sendirinya dan meningkatkan peluang kejayaan untuk dua kategori pertandingan. Orait jumpa lagi 30 September untuk penilai dari pegawai JPN dan PPW memilih secara muktamad siapa yang patut terpilih.

Sign of stress
Headache !!

27 September 2015

Majlis Perlantikan Dan Penghargaan Pengawas Pusat Sumber Dan AJK Koperasi



Pada 18 September 2015, Majlis Perlantikan Dan Penghargaan Pengawas Pusat Sumber Dan AJK Koperasi telah dijalankan di Dewan Sekolah. Tahniah kepada para pengawas pusat sumber dan AJK Koperasi yang baru dilantik. Terima kasih kepada semua AJK Koperasi Ting 5 dan ahli pengawas pusat sumber tingkatan 5 yang berkhidmat untuk sekolah. Semoga menjalankan tugas dengan lebih berdedikasi.

Selamat bercuti warga sekolah
Selamat pulun projek geng kaunselor sekolah :)











26 September 2015

e-intervensi dan e-temujanji kaunseling UBK SMK Cheras


Hari ini saya nak mempromosikan inovasi baru perkhidmatan UBK SMK Cheras iaitu online intervensi dan online temujanji kaunseling khusus untuk warga SMK Cheras sahaja. Sistem online yang dibangunkan oleh Cikgu Padali untuk memudahkan murid menjawab inventori dan memudahkan guru kaunseling juga membuat analisa sebelum perjumpaan sesi kaunseling diatur. Melalui blog ubksmkcheraskl.blogspot.com  ada button sebelah kanan untuk diklik. Melalui inovasi ini, murid boleh membuat temujanji melalui online sahaja dan klik pada button guru kaunseling mana yang ingin mereka jumpa untuk berbincang masalah. Manakala e-intervensi ada 6 intervensi yang boleh digunakan iaitu Senarai Semak Kendiri, IMK, Pra Post Kembali Ke Sekolah, Pra Post Jati Diri, Minda Sihat dan Inventori Personaliti  sahaja yang  boleh online. Melalui intervensi ini, murid boleh melakukannya di rumah sahaja dan berbincang dengan guru kaunseling hasil intervensi tersebut. Oleh kerana ini merupakan satu inovasi baru, maka saya hanya dapat mengetahui keberkesanan dan kelemahan sistem ini mungkin di akhir tahun. Oleh itu, saya mengalu-alukan warga SMK Cheras dan exstudent untuk melayari blog UBK SMK Cheras dan mencuba intervensi tersebut. Jika berminat untuk mengetahui keputusan hasil dari intervensi tersebut, bolehla whatsapp cikgu-cikgu kaunseling ye atau walk in ke bilik kaunseling :)


Alor Pongsu - Kajang
From angin kampung and enjoy outdoor
Back to jerebu and perintah berkurung :(


Blog UBK SMK Cheras
Online temujanji klien

Online intervensi klien
Button Online intervensi klien
Online inventori IMK
Online senarai semak kendiri

25 September 2015

Kajian Tindakan Pendekatan Kaunseling Melalui Projek Zoom Galakan Murid Hadir Ke Sekolah

Hari ini saya ingin berkongsi kajian tindakan yang saya jalankan pada bulan Januari hingga Mei 2015 mengenai projek Zoom yang saya jalankan terhadap murid tingkatan lima. Memandangkan saya merupakan penyemak kepada kajian tindakan yg dijalankan oleh guru guru kaunseling Zon Pudu, maka saya berniat untuk menerbitkan hasil hasil kajian tindakan dalam bentuk buku kajian tindakan terbitan JK Guru Kaunseling Pudu. Untuk permulaan saya berkongsi kajian tindakan yang dijalankan oleh saya terlebih dahulu. Segala komen dan cadangan yang membina bolehla diutarakan untuk penambahbaikan. Terima kasih


KAJIAN TINDAKAN
PENDEKATAN PSIKOLOGI MELALUI PROJEK ZOOM
MENGGALAKKAN  MURID TINGKATAN LIMA HADIR KE SEKOLAH


1.0           Refleksi Yang Lalu

Peratus kehadiran pelajar ke sekolah bagi tahun 2014 untuk tingkatan 5 adalah rendah sekitar . Dari analisis data kehadiran murid sewaktu mereka berada di tingkatan 4 2013, satu penemuan yang mengejutkan apabila kehadiran murid sewaktu mereka di tingkatan 4 lebih baik dari kehadiran mereka di tingkatan lima 2014. Pihak sekolah perlu mengadakan tindakan segera bagi murid Tingkatan 5 2015 ini kerana kehadiran murid sewaktu di Tingkatan 4 2014 tidak memberansangkan.
                             JADUAL DATA KEHADIRAN Murid TING 4/2013 DAN TING 5/2014

2013
2014
2013
2014
2013
2014
2013
2014
2013
2014

JAN
JAN
FEB
FEB
MAC
MAC
APR
APR
MEI
MEI
S 1
98.8
98
100
96.6
98.7
96.7
97.6
93.2
95.6
95.6
S 2
99
92.9
94
90.5
89
90.6
89.3
88
88.4
89.1
S 3
97
97.5
97.5
92.4
96.8
96.6
97.2
95.4
94
95.6
K 1
96.9
93.7
95.7
91.7
93.2
94.1
92.1
89.7
87.2
91
K2
98.2
96.6
99.1
92.7
96.3
94.3
94.7
96.4
91.0
96.3
K3
96
83.5
91
74.5
90
79.10
82
71.2
90
79.4
K 4
91.7
80.7
84.1
78.2
80.1
81.4
77.3
79.8
74.8
76.6
K 5
83.1
87.5
76.8
66.2
74.3
79.3
78.3
78.1
74.2
71.6
V 1
90.4
91.2
90.1
79.9
86.8
79.8
84.4
77.1
80.2
80.7
V 2
94
89.5
94
78.9
86
87.8
80.2
77.6
77.8
75.1
V 3
86
95.5
86.7
88
78.7
86.4
72
81.8
63.8
86.9

2.0     Fokus Kajian
Fokus kajian ialah terhadap murid sesi pagi Tingkatan 5 tahun 2015

3.o     Objektif Kajian
           
Objektif Umum

            Agar dapat meningkatkan kadar kehadiran murid Tingkatan Lima ke sekolah
             berbanding tahun  2014

            Objektif Khusus:

1)    Agar murid bermotivasi untuk hadir ke sekolah bagi meningkatkan peratus kehadiran murid kelas masing- masing ke sekolah bagi memperolehi anugerah inisiatif program Zoom .
2)    Agar guru selaku mentor bermotivasi untuk menggalakkan komitmen pelajar ke sekolah melalui inisiatif anugerah mentor yang diwujudkan.
3)    Agar murid yang berisiko tidak hadir ke sekolah mudah di saring untuk program Hati Ke Hati dan Lawatan Ke Rumah.

4.0     Kumpulan Sasaran
          Semua murid Ting  5 2015 SMK Cheras

5.0     Perlaksanaan Kajian
5.1     Tinjauan Masalah
                   
5.2     Analisis Tinjauan Masalah
1.       Analisis kehadiran murid ke sekolah melalui buku kehadiran murid Tingkatan 4 tahun 2014
2.       Analisis kehadiran murid ke sekolah melalui buku kehadiran murid Tingkatan 5
          2015

5.3     Tindakan Yang Dijalankan
Tindakan 1 :
Menyediakan soal selidik punca ketidakhadiran pelajar ke sekolah
       
        Analisa punca utama tidak hadir sekolah bagi 50 orang responden yang menerima
surat buang sekolah, amaran tiga dan amaran kedua pada tahun 2014.

BIL
ISU
BILANGAN
1
Masalah kesihatan
0
2
Masalah keluarga
5
3
Masalah kewangan
2
4
Pengaruh kawan untuk pergi ke tempat lain
20
5
Bosan/ tidak minat belajar
15
6
Masalah dengan guru
0
7
Masalah pelajaran : tidak faham / tidak siap kerja sekolah
5
8
Masalah dengan kawan
2
9
Masalah pengangkutan
0
10

Hal – hal lain : Sila nyatakan
0

Dari analisis soal selidik, didapati pengaruh kawan untuk pergi ke tempat lain sewaktu hari bersekolah diikuti dengan faktor bosan dan tidak minat belajar merupakan faktor utama murid tidak ke sekolah.

Tindakan 2 : Menjalankan aktiviti Hati Ke Hati
Mengadakan sesi kaunseling kepada murid yang masih lagi meneruskan tingkah
laku yang tidak sihat iaitu ponteng sekolah dan mengenal pasti faktor yang lebih
menarik mereka untuk tidak ke sekolah.

Tindakan 3.  Mengadakan lawatan ke rumah
          Mengadakan lawatan ke rumah bagi kes yang mana murid tidak dapat dikesan
          punca ponteng sekolah, tidak dapat menghubungi ibu bapa melalui telefon dan
          tiada komunikasi antara ibu bapa penjaga murid dengan pihak sekolah. Kes
          lawatan ke rumah akan dikongsikan bersama murid lain di tapak perhimpunan
          agar warga sekolah mengetahui bahawa guru serius untuk menangani masalah
           ini hingga ke rumah.

Tindakan 4: Mempromosikan insentif kepada warga sekolah mengenai insentif bulanan dan insentif terbaik penggal persekolahan pertama. Kelas yang berjaya mencapai target sasaran 90% akan menerima sijil penghargaan dan kelas yang mencapai 95% akan dibawa satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah seperti lawatan ke kolej dan lawatan ilmiah yang lain. Manakala kelas yang sentiasa menunjukkan peningkatan akan memperolehi juga intensif anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

Tindakan 5 : Mengadakan intensif bulanan terhadap mentor kelas iaitu guru
kelas dan guru mentor kedua melalui anugerah sijil Zoom Cemerlang bagi kelas yang
memperolehi kehadiran cemerlang ke sekolah sebanyak 90% sebulan dan anugerah
sijil Zoom Harapan bagi yang memperolehi kedatangan kelas yang semakin
meningkat. Mentor juga berpeluang untuk mengikuti lawatan bersama murid kelasnya yang dibiayai secara percuma untuk aktiviti luar bilik darjah.

5.4     REFLEKSI KAJIAN

Setelah menjalankan 5 tindakan di atas, data di bawah menunjukkan peratus kehadiran murid ke sekolah bagi semua kelas tingkatan lima.
Data peratus kehadiran murid ke sekolah mengikut kelas
TING
JAN
FEB
MAC
APRIL
MEI
5S1
99.2
93.8
96
94
87
5S2
98.1
89.7
94.9
95.4
91.7
5S3
98.1
89.7
97.4
96.8
98.8
5K1
97.1
86
90.7
92.5
89.1
5K2
95.5
82/1
94.3
91.5
85.9
5K3
96.7
80.8
87.5
81.9
69.8
5K4
93.4
74
86.9
79
68
5K5
92
72
87


5V1
94.6
86.4
89.1
87.3
88.9
5V2
93.7
88.0
84.3
75.3
77.3


Data peratus kehadiran murid ke sekolah dari Januari hingga Mei
TING
JAN
FEB
MAC
APRIL
MEI
5
97.64
80.21
89.81
87.34
80.21

Dari data peratus kehadiran pelajar di atas menunjukkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah yang semakin merosot dan tidak konsisten ke sekolah pada penggal pertama.

Perbandingan  peratus kehadiran pelajar ting 5 tahun 2014 dan ting 5 2015


JAN-MEI 2014
JAN-MEI 2015



S 1
96
94
S 2
90
94
S 3
96
96
K 1
92
91
K2
95
90
K3
78
84
K 4
79
82
K 5
77
82
V 1
82
89
V 2
88
83

Berdasarkan perbandingan peratus kehadiran kelas didapati peningkatan terhadap 5 kelas terutama kelas  5S2, 5K3, 5K4, 5K5 dan 5V1 , satu kelas tidak berubah iaitu 5S3 dan penurunan peratus kehadiran terhadap 4 buah kelas tingkatan 5 iaitu 5S1,5K1 dan penurunan kehadiran yang paling ketara pada kelas 5K2 dan 5V2.

DATA KEHADIRAN PELAJAR TING 4 TAHUN 2014 dan TING 5 2015

Perbandingan data menunjukkan sikap yang positif apabila peratus kehadiran pelajar bagi semua kelas meningkat dan ada yang konsisten kecuali satu kelas sahaja iaitu kelas 5S1. Ini menunjukan pelajar yang sama dari kelas tersebut sewaktu di tingkatan 4 menunjukan perubahan yang positif.

2014
2015
2014
2015
2014
2015
2014
2015
2014
2015


JAN
JAN
FEB
FEB
MAC
MAC
APR
APR
MEI
MEI
S 1
97.8
99.1
94.6
93.8
96.3
96
95.4
94
96.9
87
S 2
94.8
98.1
93.3
89.7
96.4
94.9
92.2
95.4
88.2
91.7
S 3
100
98.1
93.6
89.7
95.4
97.4
96.8
96.8
97.4
98.8
K 1
92.8
97.1
84
86
86
90.7
86
92.5
88
89.1
K2
94.7
95.5
86.1
82.1
92.6
94.3
87.3
91.5
88.9
85.9
K3
87.8
96.7
78.5
80.8
82.1
87.5
80.1
81.9
80.2
69.8
K 4
76
93.4
62
74
68
86.9
69
79
67
68
K 5
83
92
71.1
72
85.7
87
78.2
79
77.9
79
V 1
94.9
94.6
82.3
86.4
89.2
89.1
87.4
87.3
86.6
88.9
V 2
97.7
93.7
77
88
79
84.3
60
75.3
81.4
77.3












Ini kerana kadar peratus kehadiran ke sekolah bagi tahun 2014 bagi tingkatan 5 adalah lebih rendah dari kehadiran ke sekolah bagi ting 4 tahun 2013. Ini menunjukkan motivasi pelajar ke sekolah sentiasa perlu digerakkan kerana walaupun mereka berada di tingkatan 5 , motivasi itu tidak dapat dinaikkan jika tiada ransangan luaran dan dalaman.
  

Perbandingan data kehadiran ke sekolah bagi pelajar sewaktu mereka berada di tingkatan 4 dengan kini berada di tingkatan 5 jelas menunjukkan sikap yang positif apabila peratus kehadiran pelajar bagi semua kelas meningkat dan ada yang konsisten kecuali satu kelas sahaja iaitu kelas 5S1. Ini menunjukan pelajar yang sama dari kelas tersebut sewaktu di tingkatan 4 menunjukan perubahan yang positif.
Ini kerana kadar peratus kehadiran ke sekolah bagi tahun 2014 bagi tingkatan 5 adalah lebih rendah dari kehadiran ke sekolah bagi ting 4 tahun 2013. Ini menunjukkan motivasi pelajar ke sekolah sentiasa perlu digerakkan kerana walaupun mereka berada di tingkatan 5 , motivasi itu tidak dapat dinaikkan jika tiada ransangan luaran dan dalaman.

6.0   Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
            Kajian seterusnya ialah zoom buku register kelas masing-masing untuk mengenalpasti faktor utama yang menyebabkan murid tidak hadir dan memeriksa buku register kelas untuk mengenal pasti keakuran guru kelas terhadap prosedur mengeluarkan surat amaran dipatuhi.


 There is no such thing as an ending
Just a new beginning
Be thankful for the hard times