Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

31 October 2015

Senarai Pemenang Pertandingan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Dan Disiplin Di Sekolah Peringkat Kebangsaan 2015


Hari yang ditunggu - tunggu! mendapat top 5 saringan kebangsaan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling menengah dah cukup baik bagi mengutip pengalaman di peringkat akhir bagi mendapatkan gambaran tips pertandingan untuk dipraktikkan menjadi amalan yang baik di sekolah. Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dan menyokong kami hingga sampai ke peringkat akhir walaupun mendapat sagu hati iaitu tempat ke lima.

Disini saya kongsikan senarai pemenang untuk dijadikan penanda aras dan lawatan ke sekolah sekolah tersebut.

Senarai penuh nama pemenang:

Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling (Sekolah Rendah)
1) SK Seksyen 1 , Bandar Kinrara, Selangor - Sistem Program Ransangan Visual Audio Kenestetik Visual (Super VAKS)
2) SK Ledang, Johor - Ikon Yaya
3) SK Bukit Rambai, Melaka. - Teknik AZAN : Meningkatkan Persediaan Minda Dalam Menghadapi Peperiksaan
4) SK Convent, Teluk Intan, Perak - Program 6S ( Senyum, Sopan, Salam, Susun, Senyap, Sanggul)
5) SK Puterajaya Presint 2, Putrajaya - Junior Merit Dimerit

Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling (Sekolah Menengah)
1) SMK Seri Kota. Kluang, Johor- Program Psikologikal Engagement (PRIME)
2) SMK Tenghilan, Sabah - i10 PRS
3) SMK Paya Rumput, Melaka - Sentuhan Bonda: 7 Cerdik
4) SMK Tambun, Ipoh , Perak - e-kehadiran dan e-bicara hati dalam VLE Frog
5) SMK Cheras - Program Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah

Pertandingan Amalan Terbaik Disiplin (Rendah)
1) SK Bukit Gemuruh, Pahang : Yea Ce'en
2) SK Muzaffar Shah, Johor : Good Act
3) SJK (C) Kuala Kemaman , Terengganu: Program Honey Bee
4) SK Pangkal Nering, Kelantan : 'Jalinan Kasih'
5) SK (P) Methodist, Melaka: Datanglah Sayang

Pertandingan Amalan Terbaik Disiplin ( Menengah)
1) SMK Kota Masai 2, Johor - Pemantauan Total
2) SMK Hang Kasturi, Melaka - Foto Graviti
3) SMK Sultan Ismail, Terengganu- Amalan Cakna Sayang
4) SMK Bandar Machang, Kelantan: - Kekemasan Diri Gaya @ Fesyen Potongan Rambut Lelaki
5) SMK Pokok Sena, Kedah: Kesan Intervensi Kelompok Ke Atas Harga Diri Pelajar Salah Laku Disiplin

Pertandingan Pengurusan Kaunseling Terbaik
1) SK RPS Kemar , Gerik, Perak
2) SMK Bukit Rahman Putra, Selangor
3) SK Taman Pelangi Indah, Johor.
4) SMK Dato' Lela Pahlawan,  Kedah
5) SK Permatang Tok Mahat, Pulau Pinang
6) SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Hj Sail, Negeri Sembilan

Pertandingan Pengurusan Disiplin Terbaik
1) SMK Putrajaya Persint 16, Putrajaya
2) SMK Bandar Kota Tinggi, Johor
3) SMK Sultan Ismail 2, Terengganu

Graduation day Farietz
Congrats :) 
Sorry dear...










30 October 2015

Pertandingan Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Kebangsaan 2015: Kategori Sekolah Menengah


                                                          
Hari ini ialah hari saya dijadualkan bertanding pertandingan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling kebangsaan. Saya mendapat undi nombor 3 dan di sesi pagi. Perghhh...pembentangan di sebuah simposium untuk pertandingan di sebuah auditorium yang besar benar-benar membuatkan perut saya bergelora dari semalam. Alhamdulillah saya sampai juga ke peringkat akhir pertandingan ini. Setiap sekolah hanya dibenarkan seorang sahaja yang membentang manakala yang lain sebagai pemerhati. Di peringkat akhir ini hanya 5 sekolah yang terpilih yang perlu membentangkan di simposium. Berbeza dengan saringan awal dengan 12 negeri yang bertanding, pembentang hanya membentangkan di hadapan juri sahaja.

Terima kasih kepada boss boss saya iaitu pegawai JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Penolong Pengarah HEM Unit Kaunseling iaitu En Mohd Rofii dan Penolong Pengarah HEM Unit Disiplin iaitu En Fauzan , Pegawai Kaunseling PPW Pudu iaitu En Rohaidatul Akmal  dan rakan -rakan yang suka berdiri dan bertepuk tangan sebelum saya memulakan, dan setiap kali saya membuatkan pembentangan yang mereka rasa point yang menarik hahahaha. Ya saya tau mereka memberikan semangat kepada saya memandangkan dari 6 kategori yang dipertandingkan, inilah satu -satunya kategori yang layak ke saringan akhir mewakili WPKL.

Profesor Dr Zuria Mahmood selaku ketua juri, Dr Ramlan selaku pensyarah IPG, En Indran selaku pensyarah IAB dan En Yee selaku pensyarah IPG merangkap AJK PERKAMA. Dr Ramlan lebih berminat dengan jumlah sesi kaunseling yang dijalankan, En Indran lebih berminat bertanya mengenai teori yang digunakan dan perancangan strategik program manakala Dr Zuria memberikan kata-kata positif berminat dengan sistem mentoring yang dijalankan untuk program Zoom In Menangani Kehadiran Murid Ke Sekolah.

Model program yang saya jalankan baru berusia 9 bulan dan belum banyak impak yang dicapai dan belum mencecah KPI KPM 95% lagi untuk kehadiran murid ke sekolah. Berbanding dengan sekolah -sekolah lain yang meletakkan amalan mereka dari tahun lepas lagi agar mendapat impak yang tinggi. Walaubagaimanapun pembentangan yang dijalankan sepanjang hari ini benar-benar membuka mata saya mengenai perkhidmatan kaunseling di merata tempat di Malaysia untuk dijadikan panduan dalam mengendalikan program dan sesi kaunseling.


Di sini saya nak kongsikan abstrak negeri top 5 yang masuk ke peringkat akhir kategori amalan terbaik perkhidmatan kaunseling sekolah menengah peringkat kebangsaan 2015.

SMK Tenghilan, Sabah : i-10 PRS stands for 10 amazing annovative practices used by PRS of SMK Tenghilan, Sabah. i-10 PRS uses 8 remarkable PSM (Problem Solving Methodology) introduced by UMW Toyota Motor incorporated with National Blue Ocean Strategy (NBOS) in overcoming the school arising problem, "Non-Functional PRS at SMK Tenghilan" from identified 4 root causes. These i-10 PRS were practised bySMK Tenghilan PRS and succeeded in making this position as one of the competetive branding positions and proven to gave strong impact on students, school, community, state, JPN Sabah and KPM. This practice has gained a wide recognition in the district, as well as the national and international level. These recognition have attracted 62 stakeholders to cooperate with Counselling Unit through Corporate Social Responsibility valued more than RM480,000.00 to produce future generation with positive, dynamic and competitive characteristics.

SMK Seri Kota Paloh, Johor: Program Psikologikal Engagement
SMK Seri Kota Paloh berada pada kedudukan Band 6 dan tercorot di negeri Johor selepas keputusan SPM tahun 2013. Purata peratus kehadiran murid pada tahun 2013 hanyalah 85.23% dan pada 2014 pada 89.49%. Ponteng atau tidak hadir ke sekolah tanpa sebab berlaku apabila ibu bapa dan komuniti tidak menyedari kepentingan kehadiran ke sekolah sebagai agenda penting menghasilkan modal insan cemerlang pada masa hadapan. Sasaran meningkatkan 5% kehadiran murid ke sekolah dan impaknya kepada prestasi akademik. Program PRIME merupakan tulang belakang kepada penyelesaian masalah ini. dengan fokus kepada komunikasi berkesan dan membina kejelekitan antara ibu bapa, guru, murid dan komuniti setempat. Aktiviti PRIME telah melonjakkan kehadiran kepada 94.6% pada Ogos 2015. Keputusan SPM 2014 pada band 5. Program UBK dengan kerjasama JK HEM , warga sekolah, ibu bapa, PIBG dan KSIB memberikan impak yang meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.

SMK Paya Rumput, Melaka : Sentuhan Bonda 7 Cerdik
Mewujudkan iklim pendidikan positif di sekolah bagi melahirkan murid yang berdisiplin dan bersahsiah terpuji. Pendekatan REBT, Gestalt, Glasier, Maslow, pemusatan klien dan BF Skinner. Impak program ini berjaya meningkatkan kehadiran murid, mengawal disiplin murid, memupuk sahsiah murid terpuji, memaksimumkan potensi murid secara optimum merentas kokurikulum, sekaligus meningkatkan pencapaian akademik murid.

SMK Tambun, Perak: e-kehadiran dan e-bicara hati UBK dalam VLE
Program sebagai langkah awal untuk menarik minat murid ke UBK. Sesuai dengan pembelajaran maya abad ke 21dan bertepatan dengan PPPM anjakan ke 7. Bertujuan berkongsi emosi dengan murid melalui e-bicara hati dalam VLE di samping melawat laman kaunseling secara maya e-kehadiran.
menggunakan VLE Frog dan kaloborasi Google Doc, Google Forms,Flipsnack dan Padlets yang boleh menarik minat murid menggunakannya.. Murid boleh melayarinya di mana - mana sahaja. Pelajar berasa selamat kerana etika kerahsiaan dan meluahkan apa sahaja tanpa paksaan atau dorongan pihak ketiga. Dapatan menunjukkan impak yang positif kepada murid. Program ini sebagai medium untuk menarik minat murid menggunakan perkhidmatan kaunseling semaksima mungkin bukan sahaja tertumpu kepada akademik namun bermula dari emosi yang stabil dapat melahirkan murid yang sejahtera.

October will be always
My favourite month for a lifetime :)

29 October 2015

Simposium Amalan dan Perkhidmatan Kaunseling Terbaik Peringkat Kebangsaan 2015


Hari ini saya ke Institut Aminuddin Baki di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan dengan team UBK. Bertolak seawal pukul 8 pagi sambil berharap undian tidak jatuh hari ini memandangkan saya masih cuba mengawal gemuruh saya membayangkan bertanding dan membentangkan di sebuah auditorium yang besar. Feeling lain antara membentangkan untuk perkongsian seperti seminar dengan feeling untuk bertanding ni..huhu. Mujurlah undian saya kena pada esok hari. Hari ini ialah pembentangan amalan terbaik kaunseling dan disiplin untuk sekolah rendah. 

Sampai di sana dah siap pelbagai pameran dari negeri yang bertanding seumpama pameran kerjaya pula dengan masing masing membawa bahan yang bukan remeh temeh persediaannya. Maka hari ini selain dari mendengar pembentangan simposium dapatlah juga membelek perkhidmatan kaunseling dari negeri lain sama ada dari kawasan orang asli, kawasan pendalaman, kawasan bandar dengan sekolah kluster atau kawasan kampung. Semuanya memberikan panorama yang berbeza mengenai perkhidmatan kaunseling bergantung kepada keperluan di setiap sekolah tersebut. Setap kontijen negeri menghantar antara 10 hingga 12 orang untuk menyertai simposium yang ulung kali diadakan. Hari ini agenda saya melawat pameran yang diadakan untuk mengetahui dengan lebih dekat.


Control your minds
To keep fit
To keep calm













28 October 2015

Audit SPSK 4.0 2015 : Pengurusan bimbingan dan kaunseling PK 08

Hari ini ialah hari pemantauan kualiti spsk 4.0 di sekolah. Sebagai penyelaras PK08 iaitu penyelaras perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, saya memastikan penilaian dipatuhi mengikut garis panduan yang diberikan. bagi PK08 antara penilaian yang diberikan pemantauan ialah

1) Objektif Kualiti: Prosedur ini bertujuan untuk memastikan 100% murid mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling daripada guru bimbingan/kaunselor dalam perkhidmatan B&K/Kemahiran Belajar/Bimbingan Kerjaya/ Pembangunan Diri Dan Motivasi Murid, melainkan dalam hal-hal yang bukan dalam kawalan pihak sekolah.

2) Mengarahkan semua GBK untuk mengisi borang biodata setahun
3) Memaklumkan kepada semua GBK untuk melaksanakan perkhidmatan B&K : Surat Siaran
4) Menyediakan takwim tahunan perkhidmatan bimbingan
5) Membentangkan takwim tahunan dalam mesyuarat bukti melalui minit mesyuarat dan takwim tahunan
6) Memaklumkan kepada Guru kelas ,guru-guru serta murid bagi melaksanakan perkhidmatan bimbingan melalui borang kebenaran
7) Melaksanakan perkhidmatan bimbingan mengikut masa, tarikh dan tempat yang ditetapkan
a) Menyediakan bahan/instrumen
b) Borang penilaian Murid
melalui bukti buku rekod perkhidmatan GBK, bahan/instrumen/borang kaunseling individu, borang rujukan, borang penilaian dan buku daftar perkhidmatan

Tahniah kepada semua penyelaras PK apabila sekolah berjaya mendapat markah 95.1 untuk markah audit SPSK hari ini :)

dan tahniah pada UBK kerana mendapat 100 peratus menepati pemgurusan spsk :)

If there is no struggle
There is no progress


Audit SPSK : Puan Pengetua bersama pegawai SPSK




27 October 2015

Dashboard e-kaunselor sekolah: Johan Inovasi Sistem Maklumat Hari Psikologi KPM Kebangsaan




Dashboard e-kaunselor sekolah
KERTAS KONSEP INOVASI
SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH

PENGENALAN PROJEK
Projek Inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur yang bertajuk SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH ini merupakan satu sistem pengurusan kaunseling di atas talian. Setiap bidang kerja kaunselor sekolah boleh dilakukan secara atas talian dengan menggunakan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH. Maksud DASHBOARD dalam projek ini merupakan satu paparan utama setiap bidang kerja kaunselor sekolah. e-KAUNSELOR membawa maksud dalam projek ini, seorang pengamal kaunseling di sekolah  menggunakan teknologi terkini secara atas talian untuk menguruskan setiap bidang kerjanya.
SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH dicipta apabila pasukan kaunselor SMK Cheras, Kuala Lumpur merasakan terbeban dan menghadapi masalah apabila terlalu banyak tugas menganalisis setiap data dari setiap bidang kerja yang dilakukan oleh kaunselor sekolah sekarang. Hasil dari pemantauan dan pemerhatian kami, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh para kaunselor sekolah sedekad ini. Antara masalah yang dihadapi ialah melaksanakan tugas yang sama untuk beberapa kali, kesuntukan masa untuk menjalankan tugas hakiki iaitu menjalankan sesi kaunseling dan sebagainya.
SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH direka khas untuk para kaunselor sekolah dengan mengecilkan skop tugas secara berpusat. Sistem ini direka dengan membentuk tiga modul sistem untuk bidang tugas kaunselor. Antara modul yang direka ialah MODUL e-KAUNSELING, e-PELAPORAN dan e-PENGURUSAN. Setiap modul yang direka mempunyai fungsi masing-masing mengikut bidang kerja para kaunselor. MODUL e-KAUNSELING berfungsi sebagai penyimpanan rekod sesi dan perkhidmatan kaunseling secara pengkalan data (database) melalui medium atas talian. Dalam modul ini juga ia boleh menjana data secara automatik bagi menunjukkan hasil secara data dari perkhidmatan yang dijalankan.
MODUL e-PELAPORAN pula berfungsi sebagai penyimpanan data pelaporan yang mengikut kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Setiap data pelaporan juga mempunyai sistem janaan secara automatik di atas talian. Manakala MODUL e-PENGURUSAN pula berfungsi sebagai STOR atau FOLDER bagi menyimpan bahan atau fail seperti kertas kerja, pelaporan program dan sebagainya secara atas talian. Dengan adanya modul ini, dapat menyenangkan para kaunselor untuk mengakses segala bidang kerja berkaitan kaunseling di mana-mana sahaja dan dengan apa jua peralatan komputer mahupun telefon pintar. 
Diharapkan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH ini dapat membantu para kaunselor dalam memudahkan proses kerja sebagai pengamal kaunseling sekolah dan seterusnya dapat memantapkan lagi profesion kaunselor selari dengan kemajuan teknologi terkini.

OBJEKTIF PROJEK
1.     Dapat memudahkan pengamal kaunseling dalam menjalan bidang kerja sebagai kaunselor sekolah.
2.     Dapat memperkenalkan kepada pengamal kaunseling tentang pengurusan bidang kerja kaunseling secara berpusat, tersusun dan efektif.
3.     Penyimpanan data secara sistematik dan berpusat.
4.     Dapat menarik klien khususnya murid sekolah dalam meneroka potensi diri serta permasalahan diri secara self-service atau layan diri (online).
5.     Dapat meningkatkan profesionalisme kaunselor sekolah ke arah perkhidmatan terbaik.

RASIONAL PROJEK
Rasional projek ini adalah untuk membantu para kaunselor sekolah dengan penggunaan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH dalam memudahkan setiap bidang kerja kaunseling dan sekali gus dapat menjimatkan masa dan mengurangkan bebanan tugas amnya. Manakala pihak murid pula dapat menggalakkan murid sekolah dalam penerokaan potensi diri serta penyelesaian permasalahan yang dihadapi olehnya.

NILAI TAMBAH
Inovasi Sistem Dashboard e-Kaunselor Sekolah mempunyai nilai tambah iaitu e– temujanji dan e-intervensi. Sistem e-temujanji ialah sistem e-borang secara atas talian untuk memudahkan murid mengatur temujanji dengan guru kaunseling pilihannya. Melalui e- temujanji, murid secara sukarela bertemu dengan guru kaunseling. Sistem e-intervensi pula membolehkan murid menjawab inventori walau di mana sahaja  seperti Inventori Minat Kerjaya, Inventori Trait Personaliti, Inventori Minda Sihat, Inventori Gaya Daya Tindak, Soal Selidik Kendiri Murid, penilaian pra dan pos Kembali Ke Sekolah, penilaian pra dan pos Jati Diri. Melalui inventori ini, murid boleh memberi respon dan pertemuan dengan guru kaunseling akan diatur untuk mentafsir inventori tersebut.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK
Skop penggunaan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH ini digunakan oleh para kaunselor secara khususnya dan boleh juga digunakan oleh para murid khususnya dengan cara mengakses melalui Vle Frog atau Blog Rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.
Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang membataskan projek ini antaranya penyediaan komputer tetap khusus untuk setiap kaunselor dan klien, pengkalan data kecil khas untuk Unit Bimbingan Dan Kaunseling, dan juga latihan secara intensif kepada para kaunselor dalam menggunakan sistem ini.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK
SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH penting kepada para kaunselor bagi memudahkan setiap bidang kerja kaunseling dijalankan secara berpusat, tersusun dan efektif. Apabila tugas kaunseling dipermudahkan ia akan meningkatkan profesionalisme seseorang kaunselor itu dan sekali gus dapat menghasilkan mutu kerja yang baik dan berkesan. Selain itu, ia juga memberi impak besar kepada klien, pentadbiran sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini kerana segala hasil kerja yang ditugaskan dalam bidang kaunseling dapat dijalankan secara atas talian, cepat dan berkesan.

KAEDAH ATAU METODOLOGI PROJEK
Setelah perbincangan dibuat antara kami, kami memutuskan kaedah projek ini terbahagi kepada empat peringkat iaitu, peringkat lakaran konsep SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH, peringkat pengumpulan semua data bidang kerja kaunseling sekolah mengikut bidang fokus dalam bimbingan dan kaunseling sekolah, peringkat membangunkan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH secara atas talian dan privasi  dan akhir sekali pelaksanaan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH dalam setiap bidang kerja kaunselor di sekolah dan sekolah-sekolah dalam Wilayah  Pudu.


Modul e-kaunseling
-   Penyimpanan data sesi secara berpusat setiap kaunselor di dalam Database.
-   Klien boleh akses temu janji dengan kaunselor secara atas talian
-   Terdapat soal selidik secara atas talian atau dikenali sebagai e-INTERVENSI.
-   Janaan data secara gambar rajah (graf) 


Modul e-pelaporan
-   Penyimpanan data pelaporan kaunseling dan aktiviti secara atas talian (database).
-   Kesemua data pelaporan mengikut format atau kehendak KPM, JPN, PPD.
-   Janaan data secara gambar rajah (graf) 


Modul e-pengurusan
-   Berfungsi sebagai penyimpanan atau stor atau folder bagi setiap bidang kerja kaunselor sekolah.
-   Penyimpanan fail, kertas kerja, pelaporan program, surat-menyurat dan sebagainya.  


KESIMPULAN
Secara umumnya, projek ini memerlukan komitmen para kaunselor dalam menggunakannya SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH ini bagi menjadikan ia salah satu kaedah membantu dan memudahkan setiap bidang kerja setiap pengamal kaunseling sekolah.

Bulan cabaran mental dan fizikal
Deretan 2 minggu yang melelahkan
Ya Allah, semoga dipermudahkan
Contoh ekaunseling ketua kaunselor tetapi kaunselor 2, 3 dan 4 juga format yang sama
e-rekod sesi kaunseling
e-rekod sesi kaunseling
e-intervensi murid diakes melalui blog ubk

26 October 2015

Kertas Kerja Program Selepas Peperiksaan PT3 2015

KERTAS KERJA
PROGRAM SELEPAS PEPERIKSAAN PT3 2015

1.0     Pengenalan:
Program Selepas Peperiksaan merupakan aktiviti yang dirangka khusus untuk para pelajar PT3 yang telah tamat peperiksaan  PT3 dan peperiksaan akhir tahun Tingkatan 3.  Aktiviti yang dirancang dengan baik agar pelajar dapat mengisi masa di sekolah dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mengekalkan momentum pembelajaran murid  dengan baik. Selain itu , panitia juga dapat merancang aktiviti dengan lebih sistematik untuk menjalankan aktiviti bersama pelajar. Antara aktiviti utama ialah mengenai PDP Abad Ke 21 memandangkan sekolah merupakan perintis kepada PDP Kelas Abad Ke 21 di Zon Pudu, WPKL. Selain itu  penghayatan sahsiah dan nilai murni serta aktiviti kurikulum seperti penggunaan VLE Frog dan I Think digunakan bagi meningkatkan penggunan dalam kalangan murid. Diharapkan melalui aktiviti teras ini, panitia dapat memenuhi program selepas peperiksaan PT3 dengan menggunakan pelbagai inovasi dan idea untuk merealisasikan aktiviti di atas bagi mengekalkan momentum pembelajaran pelajar.

2.0     Objektif
1)       Agar dapat merangka aktiviti menarik sepanjang tempoh berakhir
peperiksaan.
2)       Agar dapat mengekalkan kehadiran pelajar ke sekolah dengan baik selepas berakhir peperiksaan

3.0     Tarikh
          2/11/2015 – 20/11/2015

4.0     Ahli Jawatankuasa
          Pengerusi     :  Puan Kamariah Bt Abu
          Naib Pengerusi : Encik Jamil Bin Mohamad
          Setiausaha    : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK    : Semua Guru mata pelajaran ting 3

5.0     Tentatif Program
Tarikh
Masa
Aktiviti
Panitia Sivik & Unit Kesihatan
Personalia

2/11/15

ISNIN
1
Aktiviti Kecerdasan
Pn Elya
1
Taklimat Program Pendidikan Pencegahan Nyamuk Aedes
Pn Amizah
2-4
Menjejak Kawasan Berisiko Pembiakan Nyamuk Aedes . Pembahagian kepada 3 kumpulan aktiviti
di tempat yang dikenal pasti

Kump 1 – Pn Amizah/Pn Elya/ En Nidzam
Kump 2 – Pn Nor Haiza J/ Pn Mahanum/En Rahimi
Kump 3 – Cik Afiqah/ Pn Azimah/ En Mohd Noor
Pn Hamizah
Pn Azimah
Cik Afiqah
Rehat

5-8
Aktiviti Jejak Maklumat Pendidikan Mencegah Nyamuk Aedes Dari Unit Kesihatan

3 kumpulan dipecahkan kepada

1) Melalui Pembacaan Di Pusat Sumber Dan Membina Folio Untuk Pameran 

2)  Promosi Pendidikan Pencegahan Aedes
Di Blog/ Facebook / VLE Frog Dan Media Sosial


3) Menulis Skrip Pertandingan Sketsa atau Choral Speaking





Pn Nor Haizad/Pn Tipah/Pn Faizah R

En Che Mohamad Padali/PnNurhaiza


Pn Zizawani
Pn Soraya
Pn Noor Shaliza

Tarikh
Masa
Aktiviti
Panitia Sains Dan Matematik
Personalia
3/11/15
SELASA








1
Aktiviti Senamrobik
Cik Hamizah
2 - 4
Panitia Sains
Pembahagian 3 kumpulan untuk projek Sains

1) Projek Sains Persiapan Kelas  PDP Abad Ke 21

2) Projek Egg Drops



3) VLE Frog Dalam Pendidikan Sains



Cik Hamizah
Pn Tan NM
Cik Aida Azlina
Pn Noor Shaliza

Pn Norliza Borhan/En Nidzam
Rehat
5-8
Panitia Matematik dengan 3 aktiviti kumpulan:

1) Menyiapkan bahan sudut Matematik Untuk Kelas PDP Abad Ke 21




2) Aktiviti VLE Frog Melalui Pembinaan Kuiz Matematik


3) Keceriaan Formula Matematik di kawasan Dataran Perhimpunan


Pn Solehah/Pn Norliza Rafie/Pn Faizah Rahim


Pn Farah/ Pn Tipah


En Rahimi/
Cik Wong Mun Yee



Tarikh
Masa
Aktiviti
Unit Kaunseling & Unit Keselamatan
Personalia

4/11/15
Rabu
1-2
Aktiviti Pameran Dan Persembahan Sketsa Atau Choral Speaking Pendidikan Pencegahan Aedes
Pn Amizah
Pn Zizawani
3-4
Taklimat Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional/

Taklimat Kemasukan Ke SBP/MARA/Mata Pelajaran Elektif
En Che Mohamad Padali/ En Rahimi

Pn Nurhaiza Che Mat/
Pn Aziyanti
Rehat

5-8

Soal Selidik Kendiri Melalui VLE Frog

Info Hunt Keselamatan Diri Melalui Konsep Sekolah Selamat dari Unit Keselamatan

Guru Kaunseling
Cik Afiqah
Cik Aida Azlina
Pn Tipah
En Mohd Nidzam


Tarikh
Masa
Aktiviti
Personalia
5/11/14
Khamis
1
Aktiviti Kecergasan
En Mohd Hasbi
     2-4
Aktiviti Panitia Bahasa Inggeris:

1) Persiapan bahan PDP Bahasa Inggeris untuk Kelas PDP Abad ke 21



2) Penggunaan VLE Frog dan Google dalam PDP Abad Ke 21


3) Permainan Scrabble



Pn Karamjit
Cik Wong Mun Yee
En Rahimi


Pn Zizawani
Cik Aida Azlina


Pn Noor Shaliza
Cik Hamizah

Rehat
5-8
Panitia Bahasa Melayu:

1) Persiapan bahan PDP Bahasa Melayu untuk Kelas PDP Abad ke 21


2) Penggunaan Teknologi dalam PDP Bahasa Melayu Abad Ke 21

3) Permainan Bahasa






Puan Nor Haizad/
En Mohd Noor/ Puan Elya

Puan Sakinah/Puan Farah

Puan Tipah
Cik Afiqah
Puan Faizah Rahim


Tarikh
Masa
Aktiviti
Personalia
6/11/14
Jumaat















1
Bacaan Yaasin  dan aktiviti kerohanian Moral
Ustaz Nasrun
2-4
Panitia Pendidikan Jasmani
Aktiviti permainan dan sukan
En Mohd Hasbi
Pn Faiza Rahim
Pn Elya
Pn Amizah
Cik Hamizah
Cik Aida
En Rahimi
Pn Zizawani
Rehat
5-8
Panitia Sejarah

Aktiviti permainan tradisional dan permainan dalaman:

Congkak
Batu seremban
Ceper
Catur
Dam


Pn Norliza Rafie
En Amiruddin
Pn Murni
En Azis
Pn Sakinah
Cik Afiqah
Puan Tipah


Tarikh
Masa
Aktiviti
Personalia
13/11/15
Jumaat
7.30 – 9.50 pagi
Majlis Anugerah HEM dan Kokurikulum
J/K Anugerah HEM dan Kokurikulum
9.50 – 10.10  pagi
Persediaan Program RIMUP
Puan Nurhaiza
10.10  –  12.30t/hari
Jamuan RIMUP dan Persembahan Murid 1Malaysia
J/K Program Guru Penyayang



Tarikh
Masa
Aktiviti
Personalia

16/11/15
    Isnin

1
Aktiviti Kecergasan
Pn Elya
         2 - 4
Panitia Geografi

1) Aktiviti Menyediakan Bahan Untuk PDP Abad Ke21


2) Tayangan Video Geografi




3) Pembinaan site VLE Frog PDP Abad Ke 21 Mata Pelajaran Geografi


Pn Roszita Md Toff/ Pn Tipah


Pn Tan Nyok Moi/Cik Aida Azlina


Pn Norliza Borhan/
Pn Farah Hanum
Rehat
5-8
Panitia Pendidikan Seni

1) Aktiviti Melukis Poster PDP Abad Ke 21


2) Aktiviti Keceriaan Bilik Pendidikan Seni


3) Aktiviti Seni Reka Tanda untuk PDP Abad Ke 21


Cik Jamaliahazmira/
Cik Hamizah

Pn Azianti/Pn Solehah

En Azis/ En Rahimi

Tarikh
Masa
Aktiviti
Personalia
17/11/15
Selasa






1
Aktiviti Kecergasan
Pn Faiza Rahim
2 - 4
Panitia Kemahiran Hidup
1) Aktiviti Menyediakan Bahan PDP Abad Ke 21

2) Aktiviti Memasak


3) Mengemas peralatan bilik KH

Cik Wong Mun Yee/ Pn Zizawani

Pn Amizah/Cik Afiqah

En Mohd Nidzam
En Azis
Rehat
5 - 8
Unit Pusat Sumber Sekolah & SPBT
1) Aktiviti membaik pulih buku yang rosak
2) Aktiviti pengkelasan buku
3) Aktiviti keceriaan bilik SPBT dan pusat sumber
Pn Zalilah Jalil

Pn Roszita Md Toff
Pn Chua

Tarikh
Masa
Aktiviti
Personalia
18/11/15
Rabu
1-4
Sesi Semakan Teknikal SJC PT3
Sains


Matematik

Cik Hamizah
Cik Aida

Pn Farah
Pn Solehah
En Rahimi

Rehat
5-8
Sesi Semakan Teknikal SJC PT3
Kemahiran Hidup



Pendidikan Islam
En Abdull Azis
Pn Amizah
Cik Wong Mun Yee

Pn Umizam
En Mohd Nasrun
Pn Nafsah

Tarikh
Masa
Aktiviti
Personalia

19/11/15
Khamis
 1-4
Sesi Semakan Teknikal SJC PT3
Bahasa Inggeris
Pn Zizawani
Pn Noor Shaliza
Rehat
5 -8
Sesi Semakan Teknikal SJC PT3
Bahasa Melayu
Pn Nor Haizad
Cik Afiqah
Pn Faiza Rahim

Tarikh
Masa
Aktiviti
Personalia
20/11/15
Jumaat
1-3
Aktiviti Panitia Muzik

1)  Mempelajari alat permainan sapelele
dan gamelan
2) Persembahan berkumpulan nyanyian solo atau berkumpulan menggunakan bahan kitar semula
Pn Norlaili
Pn Umi
Pn Azimah

Rehat

4-7
Unit Kebersihan & Keceriaan:
Unit Penyelenggaraan

Khidmat Masyarakat
Keceriaan Kawasan Sekolah





Keceriaan Tandas



Penyelenggaraan Perabot
AJK Kebersihan Dan Keceriaan


Pn Sakinah/Pn Elya/ En Amir/Pn Faiza Rahim



Pn Zizawani
En Azrin


En Mohd Nidzam
En Nik Rahmat



6.0     SUMBER KEWANGAN
Sumber Kewangan
PIBG                                                                                            RM 860

Perbelanjaan
Aktiviti
Kertas warna bahan PDP Abad Ke 21                                            RM 300

Pertandingan         
Individu
Johan                     20  x RM 5                                  RM 100
Naib Johan             20  x RM 3.50                             RM  70
Ketiga                     20  x RM 1.50                             Rm  30

Berkumpulan
Johan                     RM 60  x  3                                 RM  180
Naib Johan             RM40   x 3                                  RM   120
Ketiga                     RM 20  x 3                                  RM    60           RM 560
                                                                                                                               RM 860





7.0     PENUTUP
          Diharapkan agar program Selepas PT3 ini berjaya mencapai objektif yang dikehendaki dan berjalan lancar seterusnya dapat meningkatkan menarik minat murid untuk masih datang ke sekolah.
Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,

(Pn Nurhaiza Bt Che Mat)                                                    (Pn Kamariah Bt Abu)


Thank you collague,
Kek lapis Sarawak :)
From UBK to all the teachers.
Thank you for all the wishes.