Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

24 January 2016

D'e -KS : Psikometrik Inventori Minat Kerjaya Versi Bahasa Malaysia Dan Bahasa Cina

Sila klik di sini Inventori Minat Kerjaya Versi BM dan Bahasa Cina dan klik di sini untuk Tafsiran Skor Inventori Minat Kejaya



Sistem D' e- KS kami menapak selangkah lagi ke hadapan. Bagi intervensi murid pada blog ubksmkcheraskl.blogspot.com, murid akan key in inventori minat kerjaya untuk ujian psikometrik secara online sepenuhnya menggunakan key in komputer dan tidak lagi menggunakan kertas edaran. Namun demikian setiap tahun bagi murid ting 1 , kami terpaksa memperuntukkan masa yang lebih untuk mereka terutama murid Cina di sekolah kami. Lain sekolah lain intervensinya, di sekolah ini dengan nisbah murid cina dan murid melayu yang hampir sama iaitu 48% dan 50% sahaja , maka jurang bilangan tidak banyak berbeza. Dengan jumlah murid tingkatan 1 yang menncecah antara 250 hingga 300 setiap tahun, maka 60 orang murid dari kelas peralihan yang naik ke tingkatan satu adalah murid yang lemah penguasaan Bahasa Melayu dan ditambah dengan murid tingkatan satu dari SJK (C) lagi, maka hampir 100 orang juga yang lemah penguasaan Bahasa Melayu. Oleh itu saban tahun kami perlu menggunakan khidmat jurubahasa Bahasa Cina yang perlu ada bersama kami setiap kali kami mengendalikan ujian psikometrik untuk murid sasaran ini.

Tahun ini memandangkan kami perlu murid -murid key in dalam sistem intervensi murid pada blog maka kerjasama bersama guru Bahasa Cina untuk membantu kami menterjemahkan inventori ini seperti mana yang diterjemahkan secara lisan sewaktu bimbingan dengan murid Cina. Terima kasih kepada Cik Lie Kiet Wei yang membantu merealisasikan tugas kami. Saya meminta kebenaran untuk publish hasil kerja terjemahan ini di sini. Terjemahan ini bukan dari KPM yang mengeluarkannya. Ia hanyalah satu inovasi bagi memudahkan urusan kami untuk menerangkan kepada murid Cina melalui guru yang mengajar subjek Bahasa Cina di sekolah ini. Saya share di sini agar sekolah lain yang mempunyai masalah seperti saya boleh menggunakannya sebagai panduan terutama di sekolah yang mana guru kaunseling semuanya ialah guru Melayu manakala sekolah pula mempunyai peratus murid Cina yang tinggi. Hasilnya, indeks perbezaan yang lebih tinggi menunjukkan murid faham mengenai ujian ini dan kami tidak ada masalah lagi sewaktu mengendalikan inventori ini. Tidak seperti sebelum ini, hampir setiap soalan yang mempunyai 180 soalan ini perlu diterangkan satu persatu kepada murid Cina yang mempunyai masalah pemahaman Bahasa Melayu.

Terangi malamku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi lemasku bila tiadamu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi
#johan #AJL30 #Potret
#congratsAkim&TheMagistrate



No comments: