Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

19 January 2016

Program Raikan Anda Yang Istimewa (RAI) di bulan Jan


Projek RAI (Raikan Anda Yang Istimewa) ilham dari saya untuk warga sekolah pada tahun ini. Menyemabut hari jadi adalah satu perkara yang disarankan oleh KPM di bawah Guru Penyayang. Modus operasi ialah guru mengucapkan selamat hari jadi kepada murid dan ada guru tingkatan yang menyambut hari jadi murid kelasnya. Ada juga sekolah yang menyambut hari jadi muridnya secara selected memilih wakil murid yang birthdaynya jatuh pada bulan tertentu dan dibuat sambutan sebagai ikonik pelancaran ada sambutan hari jadi dijalankan. Sekolah saya sendiri setiap tahun, hari jadi murid adalah antara guru dengan murid kelasnya. Ada yang buat dan ada yang tidak. Ia bukanlah sesuatu yang wajib hanya galakan. Namun bagi saya, memilih murid tertentu sahaja untuk simbolik meraikan hari jadi untuk setahun itu di hadapan warga sekolah yang lain adalah sesuatu yang saya cuba elakkan. Oleh itu saya draf kertas kerja dan saya telah post kertas kerja program RAI ini di blog sewaktu cuti sekolah lagi bagi mencari dana untuk menyampaikan token hari jadi kepada setiap murid saya seramai lebih kurang 1300 orang ini. Hasil maklum balas dari pengetua sangat memberansangkan. Pengetua menyokong penuh idea ini dan membantu memberikan idea bagaimana mencari dana yang boleh digunakan.  Akhirnya koperasi bersetuju menaja kad hari jadi murid dan cup cake setiap murid!

Oleh kerana saya mahu murid saya merasa dihargai disambut hari jadi oleh para guru, begitu juga saya mahukan guru -guru sekolah saya diraikan oleh murid-murid pula. Hasil perbincangan dengan PRS saya, sewaktu cuti sekolah lagi mereka sukarela membantu menyediakan kad-kad hari jadi kepada guru-guru mereka dengan kreativiti mereka sendiri. Pengetua pula dengan seikhlasnya membantu UBK menaja hadiah hari jadi cikgu. Maka this is win -win situation. Saya cuba mencipta persekitaran yang harmoni agar kedua -dua pihak rasa dihargai. 

Dan yang menariknya, pengetua juga mahukan staf sekolah juga dihargai dengan memberikan mereka hadiah juga dan ucapan setiap kali kami mengadakan program RAI. Oleh kerana saya juga selaku AJK Kelab Guru maka projek RIA ini saya perlu prihatin untuk semua warga sekolah terutama warga di sesi pagi. Manakala sesi petang pula akan diuruskan oleh Pn Rozinani. 

Memandangkan jumlah murid yang ramai di sesi pagi, maka kami menjalankan projek RAI ini sebanyak 2 kali sebulan . Ini bermakna warga sekolah sesi pagi yang menyambutnya pada 1-18 Jan dan satu lagi warga sekolah yang menyambutnya 19 - 31 Januari. Hadiah hari jadi murid disampaikan oleh puan pengetua manakala hadiah hari jadi guru disampaikan oleh ahli PRS. 

Warga murid yang menyambut hari jadi pada Januari






Staf pejabat yang menyambut hari jadi disampikan oleh
Pengerusi Kelab Guru 

hadiah hari jadi untuk Diana dan Fiza

Warga guru yang menyambut hari jadi pada Januari

Selamat hari jadi Hufaidah dan Rodiyah
Selamat hari lahir Cikgu Mohd Noor & Ustazah Tengku Laila

"Hadiah kalian tetap di hati
Tq atas kerjasama & komitmen"
A short message from Pn Sapura
With a pic of our gift in her new office :)


No comments: