Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

28 January 2016

Projek Kad SPOT : Menangani Masalah Murid Ponteng Tegar

Apakah itu projek SPOT ?

Projek SPOT iaitu Sistem Pemantauan Orang Tertentu diilhamkan oleh saya apabila saya merasakan aliran keluar masuk murid kes rayuan semula iaitu murid yang pernah dibuang sekolah dan apabila diterima masuk semula ke sekolah mempunyai corak kehadiran ke sekolah yang hanya memuaskan sahaja. Masih lagi kadagkala ponteng sekolah dan masih lagi kadangkala ponteng kelas. Ada juga yang dibuang kembali. Begitu juga dengan murid yang masuk ke sekolah ini dari sekolah lain yang mempunyai masalah disiplin ponteng. Bagi menangani masalah ini dengan lebih agresif, saya mengumpulkan senarai nama murid kes rayuan semula tahun ini dan juga murid dari sekolah lain yang masuk ke sekolah ini dengan masalah disiplin. Hasil brainstorming dengan Cikgu Padali, PK HEM sebelum beliau berpindah dan puan pengetua sendiri, maka prosedur projek SPOT adalah seperti berikut:

Antara idea utama projek SPOT ini ialah murid diberikan seorang sekeping kad SPOT berwarna merah dimana mereka perlu untuk mendapatkan tandatangan guru kaunseling atau tandatangan ketua guru disiplin sebaik sahaja tiba di sekolah. Ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana saya tiba ke sekolah sekitar 6.40 pagi setiap hari manakala Cikgu Padali pula akan bertugas di pagar pada pukul 7.15 pagi . Ini bermaksud jika murid itu datang awal mereka akan mendapat tandatangan saya manakala jika murid itu datang lewat dia akan mendapatkan tandatangan Cikgu Padali. Ruangan catatan akan merekodkan murid tidak hadir pada tarikh bila dan jika murid lewat ke sekolah atau penampilan murid sewaktu hadir ke sekolah tidak terurus.

KEHADIRAN KE SEKOLAH

TARIKH
MASA HADIR
TT
GURU
CATATAN


















Mereka juga perlu meminta tandatangan dari setiap guru mata pelajaran yang masuk ke dalam kelas dari masa 1 hingga masa ke 8. Dan ruangan catatan juga akan mencatatkan jika murid tidak berdisiplin seperti tidak menyiapkan kerja atau tidur di dalam kelas, merayau ke tandas terlalu lama atau keluar tanpa kebenaran guru. Contoh ayat untuk perkara yang biasa dilakukan oleh murid sasaran ini.

KEHADIRAN DALAM KELAS
TARIKH
SUBJEK
GURU
TT
CATATAN











Pada setiap minggu, guru kaunseling akan memantau kad tersebut untuk melihat pola masalah yang ditimbulkan oleh murid ini dan menulis catatan untuk ibu bapa mengetahui perkembangan anak masing- masing. Ibu bapa juga perlu memberikan respon pada kad tersebut secara mingguan. Bagi murid yang masih mempunyai masalah salah laku, satu surat amaran dikeluarkan kepada ibu bapa untuk makluman. Program ini berjalan selama sebulan dan jika rekod mereka adalah bersih, maka mereka boleh dikeluarkan dari projek SPOT dan pada bulan kedua hingga keenam sahaja mereka perlu menandatangani kehadiran dan balik dari sekolah dengan guru kaunseling.

         ULASAN MINGGUAN GURU KAUNSELING




ULASAN MINGGUAN  IBU BAPA


 



Bagi projek bulan ini, seramai 20 orang yang terlibat!

Perjumpaan dengan pengetua akan dijalankan selama sebulan sekali dan saya berharap program ini meninggalkan impak yang tinggi!
Semalam perjumpaan pertama dengan puan pengetua dan puan pengetua memberikan nasihat dan motivasi untuk murid ini beubah.


Happy tummy
Air tangan mak yang dirindui :)


No comments: