Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

15 January 2016

Tema Hari Guru 2016: Cadangan

Pertandingan mencipta tema Hari Guru 2016 untuk sambutan Hari Guru 2016 anjuran KPM. Antara hobi saya ialah join pertandingan apa sahaja yg melibatkan penulisan so apa lagi marilah mencuba nasib memandangkan esok dah tarikh tutup :)
Jika tema Hari Guru tahun ini ialah Guru Beraspirasi Memacu Keberhasilan Pendidikan maknanya memang rezeki saya..huhu mari berangan.


LAMPIRAN B
CADANGAN TEMA HARI GURU 2016
1.            Maklumat Peribadi
1.1         Nama
Nurhaiza Bt Che Mat
1.2         Kad Pengenalan

1.3         Nombor Telefon Bimbit

1.4         Alamat Tempat Bertugas
SMK Cheras, Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak,

56000, Cheras, Kuala Lumpur
1.5         Alamat Emel


2.            Cadangan Tema               
GURU BERASPIRASI MEMACU KEBERHASILAN PENDIDIKAN

3.            Huraian Tema

Pada tahun ini iaitu 2016, PPPM memasuki gelombang kedua yang bermula pada 2016 hingga 2020 dengan visi memacu peningkatan sistem pendidikan. Oleh itu bagi mencapai visi tersebut, aspirasi terhadap sistem pendidikan dan murid di Malaysia merangkumi dua aspek iaitu pertama sistem pendidikan secara keseluruhan dan kedua aspirasi murid secara individu yang perlu digerakkan. Aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem pendidikan di Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi mencapai kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Begitu juga hasrat PPPM untuk mencapai enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Oleh itu sebagai warga pendidik, guru yang beraspirasi merupakan penggerak bagi mencapai aspirasi tersebut dan seterusnya memacu keberhasilan pendidikan


Salam Jumaat
Yang penuh berkat


No comments: