Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

14 January 2016

Terima kasih Yayasan Pendidikan Cheras dan Yayasan Wilayah Persekutuan KL

Hari ini merupakan jamuan awal tahun anjuran YPC untuk sekolah - sekolah angkat YPC dengan dihadiri oleh Pengarah JPWPKL sendiri.

Setiap tahun saya akan diminta oleh pihak sekolah sebagai wakil untuk menghadiri jamuan tersebut. Objektif utama saya bukan semata-mata untuk menghadiri majlis makan dan menikmati makanan. Saya suka menghadiri majlis anjuran YPC ini kerana saya dapat bertemu dengan peluang peluang baru untuk mencari dana bagi menampung perbelanjaan sekolah dalam program yang dijalankan. Selain dari itu, dapat berjumpa dengan guru guru lain dari sekolah sekitar PPW Pudu ini untuk bertukar fikiran mengenai program yang telah dan akan mereka jalankan.

Saya agak bernasib baik kali ini kerana dapat berkenalan dengan pegawai Yayasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain dari saya mendapat borang untuk diagihkan kepada murid saya yang layak di mana pendapatan perkapita keluarga dibawah RM 1,000 untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan Wilayah Persekutuan bagi murid yang mempunyai keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A dan aktif kokurikulum dan skim anak angkat Yayasan Wilayah Persekutuan bagi murid yang mendapat 5A dan aktif kokurikulum. Alhamdulillah peluang datang bergolek untuk murid saya. Maklumlah menjadi guru kaunseling kepada sekolah bandar yang majoriti muridnya ialah murid PPR menyebabkan guru kaunseling perlu kreatif dalam mencari wang untuk menjalankan pelbagai projek untuk murid -murid. Selain dari itu Yayasan Wilayah Persekutuan juga bergerak aktif bagi menampung dana untuk program sekolah. So sekarang saya dah ada dua lubuk untuk mencari dana bagi program UBK di sekolah untuk murid-murid iaitu Yayasan Pendidikan Cheras dan sekarang Yayasan Wilayah Persekutuan :)

There's always time for pain
There's always time for healing
Welcome back friend to Zon Pudu



No comments: