27 February 2016

Aktiviti Fasilitator PRS Bersama Anak Yatim/ Miskin Di Rumah Anak Yatim/Miskin Jalinan Kasih.


Hari ini PRS saya mendapat undangan untuk ke Rumah Anak Yatim/Miskin Jalianan Kasih  di Taman Megah, Batu 10 Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 11 orang PRS Tingkatan 5 yang saya bawa untuk memberikan pengalaman kepada mereka mengendalikan aktiviti bersama kanak-kanak. 11 ahli PRS ini ialah PRS tahap bestari yang telah melalui pelbagai kursus malah latihan LDK bersama saya sewaktu di tingkatan 4. Oleh itu mereka agak berpengalaman mengendalikan kelompok besar malah kelompok kecil dalam kumpulan. 

Aktiviti ini ditaja oleh MyPrihatin dengan tagline #seringgitsejutaharapan. Pada pagi ini saya mengendalikan aktiviti ice breaking  LDP untuk guru sekolah saya terlebih dahulu sebelum sebaik sahaja tamat sesi ice breaking itu, saya rushing ke Rumah Kebajikan Jalinan Kasih ini. Kami tiba pada pukul 10.05 pagi. kami diberi masa Slot 2 jam dikendalikan oleh PRS dengan aktiviti kejelekitan selama 30 minit yang pertama dengan minum pagi bersama dan 30 minit lagi kelompok besar bermain aktiviti. 30 minit kemudiannya diisi dengan slot aktiviti mewarna dan melukis mengenai tajuk yang sesuai  bergantung kepada fasilitator masing masing. Maklumlah di rumah ini terdapat 37 orang ketika kami hadir terdiri dari murid seawal darjah 1 hinggga tingkatan 5. Jadi kami membahagikan kelompok mengikut umur sekolah rendah atau menengah 
30 minit tearkhir ialah sesi nyanyian dan tarian mengikut lagu motivasi dan yang paling popular chicken dance.

mengendalikan kanak-kanak yang pelbagai ragam ini dapat ditangani dengan baik oleh fasilitator dan tidak salah saya memilih mereka ke mari.
Semoga pengalaman ini memberikan keinsafan dan kesedaran kepada PRS agar lebih bermotivasi untuk berjaya dalam hidup dalam menempuh SPM yang akan datang

Program ini diteruskan dengan makan tengah hari bersama -sama dan solat. Pada pukul 2.00 petang ialah ceramah motivasi STEM oleh Yang Berbahagia Prof Datuk Dr Halimaton Bt Hamdan , Pengerusi Yayasan Myprihatin serta penyampaian sumbangan wang saku dan cenderamata. Dan yang paling ditunggu - tunggu oleh PRS saya semestinya persembahan nyanyian oleh Saudari Heliza Helmi dan sesi bergambar kenangan.

Terima kasih kepada Cikgu Rahimi yang sudi menjemput ahli PRS saya bagi menjalankan aktiviti murni ini. 

Semoga arwah ditempatkan
Dalam kalangan orang yang beriman
Takziah Haslina...


 

Telegram Channel