24 February 2016

Aktiviti Kelab Kerjaya 3/2016: Info Hunt

Aktiviti hari ini lebih kepada pertandingan dalaman yang mana saya menyediakan soalan dan peserta kumpulan dikehendaki melengkapkan soalan tersebut. Aktiviti dijalankan dalam masa sejam sahaja memandangkan latihan rumah sukan sudah bermula

Soalan
 1) Sila ke koperasi dan kenalpasti barangan yang paling mahal dijual. Bincang dalam kumpulan strategi pemasaran untuk meningkatkan jualan barangan tersebut.

2) Sila ke pusat sumber dan membuat pinjaman buku mengenai tajuk kerjaya. Buat ulasan mengenai buku tersebut

3) Sila ke kantin dan memilih satu gerai yang paling anda berminat untuk mengetahui mengenai pengalaman jurujual kantin tersebut mengusahakan hasil jualannya. Temubual dari aspek kos barang dan untung rugi jualan kantin tersebut.

4) Sila ke wakaf Minda Sihat. Salin langkah-langkah cara membuat urutan ketika stress. Pilih satu model dalam kalangan ahli kumpulan dan buat latihan urutan stress tersebut sewaktu pembentangan.


Selamat Hari Jadi Ustaz Nasrun


Pembentangan kumpulan

Pembentangan ulasan buku

Temubual peniaga di kantin

Dari pusat sumber membuat pinjaman buku

Membuat urutan Minda Sihat
 

Telegram Channel