Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

13 February 2016

Kajian Tindakan Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Kump Penyayang SMK

Antara koleksi kajian tindakan yang dikumpulkan oleh saya sepanjang memegang jawatan sebagai pengerusi guru kaunseling PPW Pudu bagi sesi 2014/2015. Saya mengadakan bengkel kajian tindakan pada 2014 dan mengajar sendiri ahli-ahli saya bagaimana menghasilkan kajian tindakan dengan harapan agar model amalan perkhidmatan dari sekolah lain boleh dijadikan contoh untuk diaplikasikan ke sekolah lain. Penulisan kajian dapat meningkatkan profesionalisme guru kaunseling  dan sy bercadang untuk membuat koleksi kajian tindakan bagi panduan guru kaunseling yang lain.



PONTENG SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID-MURID KUMPULAN PENYAYANG
DI SEKOLAH SMK DATOK LOKMAN

OLEH
NG SOOK HOOI(KAUNSELOR)
SMK DATOK LOKMAN

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan khas untuk mengenalpasti keberkesanan program Bimbingan dan Kaunseling ke atas masalah murid ponteng sekolah di SMK Datok Lokman. Program ini melibatkan usaha guru-guru untuk menghubungi ibubapa/penjaga murid yang ponteng sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan pengumpulan dan penganalisaan data-data murid ponteng, respon soal selidik dengan murid-murid yang terlibat, perjumpaan bersama murid-murid yang terlibat bersama guru bimbingan dan kaunseling serta memantauan kehadiran dengan penggunaan buka nota kehadiran. Tempoh kajian ini dari bulan Ogos hingga September 2014. Hasil kajian ini amat menggalakkan iaitu sebanyak 4 sesi belaian kasih telah dijalankan untuk setiap responden yang terlibat selepas perjumpaan kaunselor bersama ibubapa dan penjaga responden dengan tujuan memberi motivasi kepada murid-murid yang berkenaan.100% dari responden soal selidik menunjukkan bahawa guru-guru kelas yang terlibat bersetuju atau menyokong penuh program ini. Kajian ini telah membuktikan bahawa kaedah perbincangan bersama ibubapa, sesi belaian kasih dan buku lapor diri adalah amat berkesan untuk mengatasi masalah ponteng sekolah


1.0 Refleksi yang lalu
Di sekolah SMK Datok Lokman, terdapat 21 kelas di peringkat menengah rendah, iaitu 1 kelas peralihan, 10 kelas tingkatan 1 dan 10 kelas tingkatan 2. Murid-murid kelas kumpulan penyayang merupakan 3 kelas hujung setiap tingkatan, iaitu kelas H,J dan K. Sejak bulan Mei,  peratus ketidakhadiran murid ke sekolah semakin meningkat di sekolah SMK Datok Lokman terutamanya bagi murid-murid tingkatan 2H, 2J dan kelas 2K. Ketidakhadiran murid ke sekolah ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam matapelajaran yang diajar oleh guru pada hari berkenaan. Lama-kelamaan, murid-murid yang selalu tidak hadir ke sekolah ini boleh menjejaskan kefahaman dan penguasaan mereka dalam mata pelajaran yang diambil seterusnya mempengaruhi pencapaian murid dalam tingkatan-tingkatan yang seterusnya.
Ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab atau tiada makluman ketidakhadiran kepada guru adalah ditakrifkan sebagai ponteng sekolah. Apabila murid-murid berkenaan tidak hadir ke sekolah, pihak sekolah akan menghantar surat amaran ponteng sekolah kepada ibubapa atau penjaga murid-murid berkenaan. Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab sebanyak 10 hari tidak berkala, pihak sekolah akan menghantar surat amaran ponteng sekolah yang pertama kepada ibu bapa atau penjaga murid berkenaan. Apabila bilangan hari tidak hadir ke sekolah murid mencapai 20 hari, pihak sekolah akan menghantar surat amaran kedua dan surat amaran yang ketiga akan dihantar apabila bilangan hari tidak hadir mencapai 40 hari. Namun, tindakan sedemikian masih tidak menggalakkan murid-murid kelas kumpulan penyayang hadir ke sekolah. Bagi mengatasi isu ini, pihak sekolah cuba menjalankan pelbagai aktiviti untuk menarik minat murid-murid berkenaan ke sekolah.

2.0 Isu Keperihatinan
Ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid kumpulan penyayang semakin meningkat, walaupun mereka telah menerima Surat Amaran Pertama dari pihak sekolah pada awal bulan Mac.

3.0 Objektif Kajian
          3.1 Objektif Umum
                    Menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid kelas 2H,2J dan 2K.
      3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Mengesan punca ponteng sekolah dalam kalangan murid kelas kumpulan penyayang.
3.2.2 Membantu murid-murid ini mengurangkan amalan ponteng sekolah melalui pengisian motivasi

4.0 Kumpulan Sasaran
 15 orang murid daripada Tingkatan 2H,2J dan 2K yang telah menerima Surat Amaran Kedua Ponteng sekolah pada bulan Jun dan Julai 2014.



5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan masalah
Daripada analisis ketidakhadiran murid bagi bulan April ke Jun, didapati bilangan kes tidak hadir tanpa sebab, iaitu ponteng sekolah bagi kelas Tingkatan 2H, 2J dan 2K adalah tinggi. Saya membuat semakan kehadiran bagi kelas-kelas berkenaan, didapati sebanyak 15 orang murid menunjukkan bilangan hari ponteng sekolah yang tinggi.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Data ponteng sekolah kelas murid-murid  SMK Datok Lokman bagi bulan Jan hingga Julai
Bulan
Melayu
Cina
India
Lain-lain
Jumlah
L
P
L
P
L
P
L
P
L
P
Januari
224
173
108
99
23
14
18
17
391
274
Februari
221
183
98
90
25
17
25
21
364
316
Mac
205
172
54
32
17
13
23
11
309
218
April
237
219
65
36
22
20
21
17
345
291
Mei
324
271
149
98
30
26
22
18
524
414
Jun
337
259
120
71
29
30
30
25
446
385
Julai
363
308
138
89
30
28
31
26
453
449

Data ponteng sekolah kelas kumpulan penyayang bagi bulan Jan hingga Julai
Tingkatan /bulan
Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
Julai
2H
39/568
45/537
44/463
50/609
53/540
50/360
67/540
2J
66/608
37/576
37/506
113/651
104/558
88/572
104/558
2K
68/551
65/522
82/464
109/603
100/497
88/336
169/504

Data Ponteng sekolah 15 responden bagi bulan Jun dan Julai.
Responden
Bilangan hari ponteng sekolah dari bulan Jan hingga Julai
1
23 hari
2
22 hari
3
22 hari
4
31 hari
5
21 hari
6
21 hari
7
25 hari
8
22 hari
9
20 hari
10
23 hari
11
24 hari
12
24 hari
13
22 hari
14
25 hari
15
25 hari


 5.3 Tindakan yang Dijalankan
Tiga tindakan telah dijalankan, iaitu
1.     Perbincangan dengan ibubapa responden
2.     Sesi Belaian Kasih
3.     Buku lapor diri


Bahan-bahan dan instrumen yang digunakan
Tindakan 1: Menjemput ibu bapa murid ke sekolah untuk perbincangan isu ponteng sekolah walaupun surat amaran sekolah telah dihantar
Tindakan 2 : Temubual dan soal selidik berkaitan faktor diri, faktor keluarga dan faktor persekitaran ( memberi motivasi)
Tindakan 3 : Catatan kahadiran murid oleh kaunselor sekolah dengan buku nota kecil setiap hari.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Hasilnya (Pemerhatian / Penilaian)
5.4.1 Pelaksanaan Tindakan 1 – Perbincangan dengan ibubapa responden
Saya telah menelefon ibubapa 15 orang responden yang terlibat dan menjemput mereka hadir ke sekolah untuk perbincangan lanjut tentang isu ponteng sekolah anak. Dalam perbualan melalui  telefon, saya memberi peringatan tentang kesalahan ponteng sekolah anak dan tindakan yang bakal diambil oleh pihak sekolah jika masalah itu berterusan.
Namun, dalam kalangan 15 responden, 3 orang keluarga responden tidak dapat dihubungi. Terdapat seorang ibu responden memaklumkan ketidakhadiran anak ke sekolah disebabkan tidak sihat dan seorang lagi balik ke kampung atas urusan keluarga. Ibu responden berkenaan berjanji akan menghantar surat tunjuk sebab kepada pihak sekolah sekiranya anak tidak hadir ke sekolah kerana urusan keluarga pada masa akan datang.
Sepuluh orang ibu bapa responden yang lain memberi kerjasama yang baik kerana berjanji akan memantau kehadiran anak memandangkan anak-anak mempunyai tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah .Contohnya bangun lewat atau malas berjalan kaki ke sekolah kerana cuaca panas. Semua ibu bapa yang terlibat tidak sedar bahawa anak telah layak mendapat surat amaran ponteng sekolah yang kedua.
Dalam perbincangan bersama ibu bapa, saya dapati bagi mengatasi ketidakhadiran murid, pihak sekolah perlu mengambil tindakan pantas. Majoriti ibu bapa amat menghargai usaha cikgu yang sanggup menelefon dan memberi maklumat terkini tentang tingkahlaku anak di sekolah.


5.4.2 Pelaksanaan Tindakan 2 - Sesi Belaian Kasih
Kaunselor sekolah, Pn Ng Sook Hooi dan Encik Azmie bin YaaƧob telah menjalani sesi kaunseling kelompok dengan semua responden mengikut kelas dan jantina. Daripada hasil temubual, didapati respoden tidak hadir ke sekolah kerana malas dan tidak berdisiplin.9 orang responden selalu tidur lewat kerana sibuk melayari internet hingga larut malam. Seorang lagi selalu tertidur walaupun telah disuruh bangun oleh ibu pada awal pagi. Namun terdapat 3 orang responden memberi alasan tidak hadir ke sekolah kerana tidak minat belajar. 2 orang responden berasa bosan kerana tidak mempunyai kawan rapat di sekolah.
Dalam sesi kaunseling kelompok, kepentingan ilmu dalam kehidupan, kelulusan yang diperlukan oleh IPTA dan IPTS telah dibawa berbincang bersama. Kaunselor sekolah telah mengedarkan bahan-bahan berkaitan seperti contoh kerjaya.
Ahli kelompok juga diminta berbincang isu-isu yang menyeronokan mereka di sekolah serta cita-cita masa depan. Kaunselor sekolah menegaskan kepentingan sikap berdisiplin dalam kehidupan kita. Semua responden menunjukkan respon yang amat menggalakkan dalam sesi berkenaan.
Selepas menjalani sesi belaian kasih, semua responden berjanji akan cuba hadir ke sekolah setiap hari dan cuba belajar di sekolah sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5. Sekiranya terdapat hal peribadi atau sakit berehat di rumah, responden berjanji akan menghantar surat ibu bapa kepada pihak sekolah agar tidak dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
Dalam sesi berkenaan, kaunselor telah menunjukkan cara menulis surat ibu bapa pihak sekolah sekiranya responden tidak dapat hadir ke sekolah memandangkan terdapat ibu bapa yang tidak tahu cara menulis surat rasmi. Langkah ini boleh membantu meningkatkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan responden.

5.4.3 Pelaksanaan Tindakan 3 - Buku Lapor Diri
Buku nota kecil telah disediakan untuk setiap responden bagi mencatat kehadiran mereka ke sekolah setiap hari. Responden perlu mendapatkan tanda tangan guru kelas atau guru ganti kelas dan tanda tangan ibu bapa di rumah setiap hari persekolahan.Guru-guru kelas digalakkan menulis ayat-ayat motivasi dalam buku nota kecil untuk menggalakkan responden hadir ke sekolah setiap hari.
Cara ini boleh membantu ibu bapa memantau kehadiran anak ke sekolah setiap hari walaupun kedua-dua mereka bekerja dan tiada dalam rumah.
Kaunselor berjanji akan memberi cenderahati kepada murid yang  dapat mencapaian kehadiran penuh ke sekolah dalam bulan Ogos dan September. 
Responden
Bilangan hari ponteng sekolah dalam bulan Ogos
Bilangan hari ponteng sekolah dalam bulan September
1
5 hari
2 hari
2
3 hari
0 hari
3
1 hari
2 hari
4
6 hari
4 hari
5
4 hari
2 hari
6
4 hari
3 hari
7
3 hari
1 hari
8
4 hari
2 hari
9
5 hari
0 hari
10
6 hari
2 hari
11
2 hari
1 hari
12
7 hari
10 hari
13
9 hari
12 hari
14
4 hari
1 hari
15
2 hari
0 hari

Bilangan hari ponteng sekolah berkurangan bagi kebanyakan responden. Pada bulan Oktober, 3 orang responden (responden ke 4,12 dan 13) diberi surat amaran ketiga kerana jumlah hari yang tidak hadir ke skeolah telah melebihi 40 hari.

5.5 Refleksi Kajian
Daripada kajian ini, didapati 13 daripada responden menunjukkan perubahan positif terhadap kehadiran ke sekolah.Seorang responden masih kerap tidak hadir ke sekolah atas alasan sakit manakala seorang lagi pula selalu tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.Keluarga kedua-dua respoden berkenaan tidak dapat dihubungi oleh pihak sekolah kerana kerap menukar numbor telefon.

5.6 Cadangan Kajian seterusnya.
Memandangkan kajian ini boleh membawa perubahan diri yang positif terhadap kehadiran murid ke sekolah, saya dan kaunselor-kaunselor sekolah yang lain akan menjalani kajian yang sama dengan responden-responden daripada kelas-kelas yang lain.Saya berharap dengan penerusan kajian ini dapat mengurangkan amalan ponteng sekolah dalam kalangan murid SMK Datok Lokman.   

Disediakan oleh,                                    Diluluskan oleh,
_________________                             _________________________
(NG SOOK HOOI)                                (CHE HASNAH BT MUHAMMAD)
Kaunselor                                             Pengetua
SMK Datok Lokman                              SMK Datok Lokman



Heading to KL
Lalalala with no heavy trafic
Alhamdulillah safely arrived

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum pn,
Mohon kebenaran untuk ambil contoh kajian-kajian tindakan dan maklumat lain di dalam blog pn ya.
Semoga Allah merahmati puan dgn sebaik-baik ganjaran :)
Terima kasih :)