Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

11 February 2016

Kertas Kerja LADAP 1/2016: Ke Arah Kesejahteraan Dalam Perkhidmatan

Satu lagi kertas kerja yang saya siapkan dalam cuti sekolah ini untuk Kelab Guru membawa guru -guru menyertai LADAP untuk kali pertama 2016. Sebagai AJK Biro Profesionalisme saya membantu dalam penyediaan kertas kerja manakala mastermind Kak Noraini Jamaluddin dan pengerusi Kelab Guru Pn Norliza dan seorang lagi AJK Kelab Guru iaitu Azmira telah pun ke Port Dickson untuk survey tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti dengan bajet yang dipersetujui oleh majoriti guru. Semoga program yang dirancang mendapat sambutan dan berjalan dengan lancar.



KERTAS KERJA
LADAP: “KE ARAH KESEJAHTERAAN DALAM PERKHIDMATAN”
SMK CHERAS

               1.0                  Pengenalan

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan kursus latihan perkhidmatan berasaskan sekolah yang dianjurkan oleh Urusetia Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) peringkat sekolah bagi melengkapkan kursus latihan staf sekolah sebanyak sekurang-kurangnya 7 hari seminggu. Untuk slot LADAP yang pertama bagi tahun 2016, pihak sekolah menganjurkan program di mana modul untuk menangani masalah stress dalam kalangan murid dan guru sendiri. Melalui pengisian slot ini, warga guru dapat mempelajari bagaimana untuk menangani masalah stress dalam kalangan mereka melalui pengetahuan dan teknik yang betul. Semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan dalam mencapai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mana enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,etika dan kerohanian dan  identiti nasional dapat dicapai jika sumber utama iaitu guru mempunyai fizikal, emosi dan rohani yang sihat untuk menyampaikan aspirasi tersebut sebagai agen utama dalam mencapai PPPM.


2.0  Objektif

1)    Agar para guru  dapat  menjalankan aktiviti  kerja berpasukan untuk membina semangat pasukan
2)    Agar para guru  dapat mengaplikasikan kursus ini dengan rutin seharian di tempat kerja agar meningkatkan emosi dan minda yang sihat dalam kehidupan.

           3.0           Tarikh
            12 – 13 Mac 2016


4.0          Tempat
Port Dickson

5.0           Ahli Jawatankuasa

           Pengerusi                 :       Puan Hajah Kamariah Bt Abu           
          Setiausaha              :          Cik Noraini Bt Jamaluddin
          Bendahari               :          Cik Wong Mun Yee                


BIDANG TUGAS PROGRAM
AJK  Pendaftaran & Buku Program

·       Menyediakan Borang Pendaftaran
·       Menyediakan Buku Program
·        Menyediakan Door Gift Untuk Peserta Berupa Fail Dan Pen


Puan Sharin Hanum Bt Ab Rahman
Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh



AJK Penginapan

·       Membuat Pengagihan Penginapan Peserta
·       Memastikan Peserta Mengambil Kunci


Cik Jamaliah Azmirakarimah Bt Mohd Ali
En Mohd Nidzam


AJK  Modul

·       Menyediakan Modul Untuk Slot LDP
·       Menyediakan kertas kerja



Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Rozinani Bt Awang

AJK Kutipan Yuran
·       Mengumpulkan Yuran Dari Guru
·        

Puan Siti Hajar
Cik Wong Mun Yee
AJK Urusetia Dan Kebajikan

·       Menyediakan First Aid Kit
·       Membantu Urusan Peserta Sepanjang Program Dari Aspek Kebajikan Dan Masalah Lain Yang Timbul.

Puan Norliza Bt Rafie

Pn Noraida Bt Mohamad @Abdullah

AJK Riadah Dan Permainan

·       Mengadakan Aktiviti Senaman Pagi
·       Mengadakan Aktiviti Riadah Yang Sesuai Di Waktu Petang
·       Menyampaikan Taklimat Dan Kemudahan Riadah


Cik Hamizah Bt Md Aris
En Azrin Bin U Mat

AJK  Backdrop Dan Persiapan Tempat

·       Memilih Rekabentuk Backdrop Yang Menarik
·       Memastikan Tempat Aktiviti  Barada Dalam Keadaan Teratur Dan Baik
·       Bekerjasama Dengan Petugas Siaraya


En Abdull Azis Bin Arbi

En Bala Segar A/L M. Muniandy                              


AJK Sijil Dan Cenderamata

·          Menyediakan Sijil Penyertaan Dan Sijil Penghargaan
·          Menyediakan Cenderamata Atau Hadiah Untuk Slot Program


Pn Laili Azuwa Bt Tamrin

Puan Raudzah Bt Ab Rahman


AJK Penilaian & Dokumentasi

·       Menyediakan Dokumentasi Selepas Program
·       Menyediakan Borang Penilaian Program


Puan Haliza Bt Halid
Puan Kavitha A/P Chelliah

AJK Jamuan

·       Menyediakan Jamuan
·       Mencadangkan Menu


Puan Murniyati Bt Masari
Puan Zahirah Bt Abdul Halim




                   


                       

6.0     TENTATIF PROGRAM
12 Mac 2016
8.30 pagi      : Pendaftaran di Port Dickson
9.00 pagi      : Taklimat perjalanan program oleh setiausaha program
                    : Taklimat penginapan
9.30 pagi      : Ucapan Aluan Oleh Puan Pengetua
9.45 pagi      :  Ice breaking PERASA /Pembahagian kumpulan
11.00  pagi    : Ujian Pengesanan DASS Dan Gaya Daya Tindak
                    : Pengenalan Ujian DASS dan Gaya Daya Tindak
 12.30 t/hari   : Makan tengah hari/ Solat Zohor
2.00 petang  : Aktiviti IDEAL
3.30 petang  : Slot Terapi Relaksasi
5.00 petang  : Riadah berkayak
7.00 mlm      : Makan malam
8.00 malam   : Slot Pembentangan IDEAL
9.30 malam   : Taklimat

13 Mac 2016
7.00 pagi      : Riadah
8.00 pagi      : Sarapan pagi
8.30 pagi      : Team Building
10.30 pagi     : Majlis Penutup
                    : Penilaian program
12/00 t/hari   : Makan tengah hari/ Check Out







7.0     ANGGARAN BELANJAWAN
Sumber Kewangan
Yuran                               :         RM 140 x 100 orang                              RM 140,000
Jumlah                                                                                                         RM 140,000

Perbelanjaan:
Pakej  program              :         RM 140 x 100 orang                              RM 140,000


8.0     PENUTUP
Diharapkan agar program ini mencapai objektif yang diharapkan terhadap para peserta dan  mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakan sekerja agar mudah memberikan kerjasama dalam berdepan dengan pelbagai isu di sekolah.


Disediakan oleh,


Nurhaiza Bt Che Mat


Bad news
Semoga Lailatul selamat 
#Cherasian1993

No comments: