Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

8 February 2016

Kertas Kerja Majlis Persaraan Guru


Selamat Tahun Baru Cina! Sambil melayan bunyi mercun berdetam dentum kat kawasan perumahan ini dan melayan movie cerita Cina siap juga satu kertas kerja majlis persaraan yang saya taip selaku AJK Profesionalisme Kelab Guru yang menguruskan persaraan warga kerja di sekolah. Saya share di sini untuk panduan sesiapa yang berminat untuk membuat kertas kerja majlis persaraan bagi mendapatkan dana.


KERTAS KERJA
MAJLIS PERSARAAN GURU
SMK CHERAS 2016

1.0     PENGENALAN
          Majlis Persaraan adalah aktiviti yang dijalankan setiap kali ada warga sekolah           yang bersara dari perkhidmatan  di sekolah ini sama ada guru mahu pun staf           sekolah.  Melalui aktiviti yang dijalankan, ia merupakan satu acara bagi menghargai warga kerja yang telah lama berkhidmat di sekolah dan diberikan                     penghargaan untuk memaklumkan kepada semua warga sekolah bahawa         perkhidmatan mereka telah berakhir. Melalui program yang dijalankan, ia dapat        memupuk sifat menghargai orang lain, mengambil tahu dan meraikan seseorang     pada hari yang istimewa agar menjadi kenangan terakhir di sekolah dengan cara yang dikenang sepanjang masa. Berdasarkan kepada dasar yang diperkenalkan          oleh KPM mengenai Dasar Warga Emas Negara (DWEN) mengenai warga emas       yang masih boleh menyumbang kepada komuniti untuk diberikan penghargaan      dan pengiktirafan, diharapkan majlis ini dapat           memberikan impak kepada         golongan muda agar sentiasa bekerja dengan tekun          dan ikhlas agar sentiasa    menjadi contoh agar diri dihargai sehingga ke hari terakhir perkhidmatan mereka.         Malah mereka juga masih boleh memberi sumbangan kepada komuniti walaupun          mereka sudah bersara.

2.0     OBJEKTIF
          1) Agar dapat meraikan guru yang bersara dengan penghormatan dari                               warga sekolah.
          2) Agar guru yang bersara  dapat berkongsi pengalaman kepada warga                            sekolah untuk dijadikan panduan dan ikhtibar.
         
3.0     TARIKH
          11 Mac 2016

4.0     ATURCARA PROGRAM

7.30 PAGI     :         PERARAKAN MASUK
                    :         UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
                    :         UCAPAN WAKIL GURU :
                              PUAN SHARIN HANUM BT AB RAHMAN
                    :         UCAPAN GURU
                    :         UCAPAN YANG DIRAIKAN: PUAN CHUA GEK IMM
                    :         PERSEMBAHAN MURID
                    :         PERSEMBAHAN GURU
                    :         PENYAMPAIAN HADIAH DARI WARGA SEKOLAH
                    :         JAMUAN


5.0     AHLI JAWATANKUASA
Penasihat                   :         Puan Kamariah Bt Abu
                                               Pengetua SMK Cheras

 Pengerusi               :        Puan Norliza Rafie
                                        Pengerusi Kelab Guru SMK Cheras
           
Setiausaha              :          Cik Hamizah Bt Md Aris
Bendahari               :          Cik Wong Mun Yee                


BIDANG TUGAS MAJLIS PERSARAAN
AJK JEMPUTAN DAN PENDAFTARAN
·       MENGENALPASTI TETAMU JEMPUTAN
·       MENYEDIAKAN KAD ATAU SURAT JEMPUTAN
·       MENYEDIAKAN BORANG PENDAFTARAN UNTUK TETAMU

PUAN ROZINANI BT AWANG
AJK ATURCARA PENTADBIRAN
·       MEMASTIKAN PROGRAM BERJALAN MENGIKUT ATURCARA
·       MENYEDIAKAN KERTAS KERJA
PUAN NURHAIZA BT CHE MAT
AJK PERARAKAN
·       MENENTUKAN CARA PERARAKAN MASUK YANG SESUAI
·        
PUAN SHARIN HANUM BT AB RAHMAN
AJK SUMBANGAN
·       MENGUMPULKAN SUMBANGAN DARI PIBG, MURID DAN GURU UNTUK MEMBELI HADIAH
PUAN SITI HAJAR
CIK WONG MUN YEE
AJK PENGACARA MAJLIS
·       MENYEDIAKAN SKRIP JURUACARA MAJLIS
·       MELATIH MURID UNTUK MENJADI JURUACARA
PUAN NORLIZA BT RAFIE
AJK BUKU PROGRAM
·       MENYEDIAKAN BUKU PROGRAM

PN LAILI AZUWA BT TAMRIN

AJK HADIAH
·       MEMBELI HADIAH DAN MENYUSUN PEMBERIAN HADIAH DI ATAS PENTAS
PUAN ZAHIRAH BT ABDUL HALIM
PUAN HALIZA BT HALID
CIK HAMIZAH BT MD ARIS
PUAN KAVITHA A/P CHELLIAH
         
AJK HIASAN PENTAS
·       MENGHIAS PENTAS
PUAN MURNIYATI BT MASARI
CIK JAMALIAH AZMIRAKARIMAH BT MOHD ALI
AJK PERSIAPAN TEMPAT
·       MENYEDIAKAN KHEMAH DAN KERUSI MEJA
EN MOHD NIDZAM
EN ABDULL AZIS BIN ARBI
EN AZRIN BIN U MAT

AJK BACKDROP
·       MEMILIH REKABENTUK BACKDROP YANG MENARIK

EN ABDULL AZIS BIN ARBI
AJK PERSEMBAHAN
·       MENENTUKAN PERSEMBAHAN YANG MENARIK
·       MENGATUR GILIRAN PERSEMBAHAN
CIK NORAINI BT JAMALUDDIN
PUAN NORLAILI BT ANI

AJK DOKUMENTASI
·       MENYEDIAKAN DOKUMENTASI SELEPAS PROGRAM
PUAN RAUDZAH BT AB RAHMAN
AJK JAMUAN

·       MENYEDIAKAN JAMUAN
·       MENCADANGKAN MENU
PUAN TENGKU LAILA SARI BT TENGKU JUSOH
PN NORAIDA BT MOHAMAD @ABDULLAH


AJK SIARAYA
·       MEMASTIKAN SIARAYA DAPAT BERFUNGSI DENGAN BAIK
EN BALA SEGAR A/L M. MUNIANDY                      




6.0     ANGGARAN KEWANGAN
          Sumber Kewangan
          Kelab Guru                                           RM 700
          Koperasi                                               RM 100
          Jumlah                                                 RM 800

          Perbelanjaan
          Hadiah                                                  RM 200
          Jamuan                                                RM 500
          Banner                                                 RM 100
          Jumlah                                                 RM 800

7.0     PENUTUP
          Diharapkan agar majlis persaraan ini berjalan lancar dan mencapai objektif           
          yang ingin dicapai.

          Disediakan oleh,


          (Nurhaiza Bt Che Mat)

Selamat Pengantin Baru
Azran Dan Nafsah
-Putrajaya Persint 16

No comments: