Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

26 February 2016

Kertas Konsep Program SUIT (Sahsiah Unggul Individu Terbilang)


JPWPKL memperkenalkan program SUIT untuk dilaksanakan di sekolah. Hasil perbincangan 3 orang iaitu saya, PK HEM dan setiausaha HEM iaitu Pn Nafsah maka kertas konsep program SUIT untuk sekolah SMK Cheras pada tahun 2016 dapat dilaksanakan.

Oleh kerana saya bertanggungjawab terhadap kategori Butterfly dan saya telah pun menjalankan projek SPOT iaitu Sistem Pemantauan Orang Tertentu untuk murid ponteng tegar dari Januari, maka PK HEM yang baru iaitu Pn Chong meminta agar program SPOT yang saya jalankan sebagai program di bawah kategori Butterfly.

KERTAS KONSEP
PROGRAM ‘SUIT’
(Sahsiah Unggul Individu Terbilang)
SMK CHERAS TAHUN 2016



1.0           PENGENALAN

Pemerhatian dan dapatan data menunjukkan bahawa sahsiah murid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semakin menipis  sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah. Antaranya, sahsiah murid yang tidak  menunjukkan pengamalan adab bersopan, malah kadar kehadiran ke sekolah  menunjukkan trend penurunan yang mengakibatkan kadar ponteng semakin di meningkat. Bagi mengekang gejala negatif ini dari berterusan, JPWPKL telah merangka satu program yang dinamakan Program ‘SUIT’, iaitu Sahsiah Unggul Individu Terbilang. Sehubungan dengan itu, pihak SMK Cheras telah mengambil tindakan dengan melaksanakan program tersebut di sekolah. Pelaksanaan program ini adalah melalui beberapa kaedah yang dicadangkan oleh JPWPKL ditambah dengan program sedia di sekolah ada bagi merealisasikan matlamat program tersebut.


2.0           RASIONAL

Keperibadian dan etika yang tinggi seiring dengan pencapaian akademik yang baik mampu hasilkan Individu untuk berjaya. Program ini bertujuan mencari pelajar holistik yang dikenalpasti oleh warga guru serta warga pelajar sendiri dan memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat penilaian kendiri.


3.0           MATLAMAT

Melahirkan murid sekolah yang unggul dan holistik.


4.0           OBJEKTIF

4.1           Mengurangkan kes salahlaku disiplin di sekolah.
4.2           Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan berketrampilan.
4.3           Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar.
4.4           Memantapkan ciri kepimpinan pelajar.
4.5           Menghargai pelajar-pelajar yang menunjukkan ciri peribadi yang cemerlang atau perubahan sikap dari negatif kepada positif.
4.6           Memberi peluang kepada pelajar untuk memilih pelajar contoh dalam kalangan mereka serta membuat penilaian kendiri.




5.0     TEMPOH PELAKSANAAN

Mac sehingga Oktober



6.0     LATAR BELAKANG PROGRAM

Program ini bahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu :
a)    Kategori ‘The Ultimate’
b)    Kategori ‘The Butterfly’
c)     Kategori ‘The Ant’



6.1      Kategori ‘The Ultimate’

Kategori ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pelajar yang paling layak untuk dijadikan pelajar contoh kepada pelajar-pelajar lain. Tiga orang terbaik akan dipilih dari sesi pagi dan dua orang sesi petang. Cara penilaian dilakukan sebanyak sekali setiap penggal berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

·       Pencapaian akademik
·       Pencapaian kokurikulum
·       Ciri-ciri kepimpinan
·       Disiplin
·       Sifat peribadi



6.2     Kategori ‘The Butterfly’

Kategori ‘The Butterfly’ untuk mengenalpasti pelajar yang dapat menunjukkan paling banyak perubahan dari tingkahlaku negatif kepada tingkahlaku yang positif.

Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang bermasalah disiplin tetapi atas daya usaha dan bimbingan yang diberi dapat menonjolkan imej diri yang baru dan positif serta disenangi oleh rakan-rakan dan guru-guru. (Maksimum seramai 10 orang akan dipilih).

Penilaian untuk pelajar dalam kategori ini dibuat setiap tiga bulan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
·       Peningkatan dalam pencapaian akademik
·       Perubahan dalam penglibatan kokurikulum
·       Perubahan dalam aspek disiplin
·       Perubahan dalam sifat peribadi




6.3     Kategori ‘The Ant’

Untuk mengenalpasti dan menghargai pelajar-pelajar yang sentiasa menunjukkan peribadi yang cemerlang tetapi tidak tergolong dalam dua kategori di atas. Tiga orang yang terbaik akan dipilih bagi setiap kelas. Penilaian untuk kategori ini boleh dibuat setiap tiga bulan dan dilihat dari aspek:
·       Ketaatan
·       Kesopanan
·       Kerjasama
·       Kerajinan



7.0     CARA PENILAIAN KATEGORI MURID

Cara penilaian untuk menentukan kategori murid The Ultimate, The Butterfly dan The Ant, akan dibuat melalui dua kaedah seperti yang sarankan oleh JPWPL, iaitu  :


·       Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
dilihat dari segi pelaksanaan, pencalonan dan  pemilihan murid contoh dan keberkesanan program serta masalah yang dihadapi serta cadangan-cadangan penambahbaikan program.

·       Pemantauan ke atas murid akan dilakukan melalui penggunaan Instrumen Penilaian Kendiri “SUIT” dan Instrumen Penilaian Guru Terhadap Murid.



8.0     CARA PENGIKTIRAFAN

Pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti mengikut kategori The Ultimate, The Butterfly dan The Ant akan diberi pengiktirafan dan penghargaan melalui cara berikut :

·       Nama pelajar akan ditampal pada papan kenyataan khas
·       Sijil dan hadiah iringan



9.0     JAWATANKUASA PELAKSANA

9.1     JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi                                             : Pn. Kamariah binti Abu
Timbalan Pengerusi                     : Pn. Choong Moi Lian
Naib Pengerusi                                      : En. Mohamed Jamil bin Abdul Samad
                                                            : Pn. Maznah binti Musa
                                                            : En. Raheman b. Ahmad
Setiausaha                                            : Pn. Nafsah binti Mohd Shah
Bendahari                                             : Pn. Sabariah binti Shahabudin
AJK Program ‘SUIT’                    : Guru Kelas
                                                            : Guru Bimbingan dan Kaunseling
                                                            : Guru Disiplin
                                                            : Guru Pendidikan Islam
                                                            : Guru Pendidikan Moral
                                                            : Setiausaha Kokurikulum



9.2     JAWATANKUASA KERJA

Bil.
AJK
TANGGUNG JAWAB
1.
Penyediaan Sijil
Pn. Roszita Md. Toff                                    Pn. Salina bt Mat Isa                                                  Pn. Jasbir Kaur a/p Karnail Singh                                               Pn. Ang Choon Ai                                                 Pn. Murni Yati bt Masari                                        Pn. Faiza bt Mamat

  • Menyediakan sijil penghargaan pelajar dan mendapatkan tandatangan Pengetua.

  • Memasukkan sijil di dalam folder dan susun ikut senarai nama sebelum menyerahkan kepada AJK  Hadiah dan Cenderamata.

  • Menyerahkan senarai nama kepada AJK Hadiah (dan Cenderamata), AJK Buku Program, AJK Pendaftaran dan Pengacara majlis (4 salinan).

  • Lain-lain yang difikirkan perlu.

2.
Penyediaan Hadiah & Cenderamata
Pn. Tg. Laila Sari bt. Tg. Jusoh                             Pn. Nor Haiza bt Jaine                                       Pn. Sharihan bt Shaari                                         Pn. Nurul Shafini bt Abd Hadi                              Cik Nor Afiqah bt Mohd sidek
  • Menyediakan hadiah dan cenderamata kepada penerima anugerah.

  • Mengambil senarai nama penerima sijil daripada AJK Penyediaan Sijil.

  • Menyusun hadiah dan  cenderamata di meja hadiah yang disediakan.

3.
Buku Program
Pn. Nafsah bt Mohd Shah                                  

  • Menyediakan buku program yang sesuai dengan program.

  • Mencetak buku program dalam beberapa salinan.

4.
Dokumentasi & Penilaian Program
Pn. Nurhaiza binti Che Mat                                  Pn. Rozinani binti Awang                                    Pn. Haslina bt Hashim

·       Mengumpul semua bahan Program SUIT untuk didokumenkan.
·       Perlu diserahkan dalam tempoh 2 minggu selepas program berakhir.
·       Disediakan dalam bentuk soft copy dan hard copy.
5.
Jemputan & Sambutan
Pn. Tipah bt Ngah                                                     Pn. Soraya bt Abdul Rafar                                        Cik Jamaliah Azmirakarimah
·       Menguruskan surat jemputan kepada yang berkenaan (jika ada).

·       Menyambut tetamu vip dan menguruskan tempat menunggu tetamu vip.

6.
Fotografi
Cik Noraini bt Jamaluddin                                   En. Azrin bin U. Mat
  • Mengambil gambar sepanjang program.
  • Menyerahkan gambar-gambar bersesuaian kepada AJK Dokumentasi.
7.
AJK Penilaian Pelajar
Guru Kelas                                                      Guru Bimbingan & Kaunseling                           Guru Disiplin                                                        Guru Pendidikan Islam                                           Guru Pendidikan Moral Guru SU Kokurikulum
  • Menilai pencapaian akademik , sahsiah dan disiplin pelajar.
  • Mengkategorikan pelajar sama ada The Ultimate, The Butterfly dan The Ant.
  • Menyerahkan senarai nama pelajar kepada PK HEM dan AJK Sijil.








10.0    ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
Senarai Anugerah
Harga
Jumlah
Sumber Kewangan

a)      The Ultimate (Cemerlang)
-        sesi pagi ( 3 orang )
-        sesi petang ( 2 orang )

b)      The Butterfly (Peningkatan  
                          Sahsiah)
-        sesi pagi
-        sesi petang

c)      The Ant (Sahsiah Terpuji)
-        sesi pagi
-        sesi petang

d)      Papan Kenyataan

2 x 5 x RM20


3 x 10 x RM5

3 x 10 x RM5

1 x RM300

RM300.00


RM150.00

RM150.00

RM300.00

SUWA


SUWA

SUWA

PIBG

JUMLAH KESELURUHAN
RM900.00


11.0    PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk mempamerkan sifat dan sikap murni dan mengambil peluang dari persekitaran yang menyokong pembinaan sahsiah cemerlang dan intelek yang dapat diterjemah melalui kemenjadian murid yang hebat, iaitu Individu Terbilang. Program ini pada akhirnya dapat memenuhi Keperluan Hasrat Diri (Teori Hierarki Keperluan Maslow) yang berkaitan dengan keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri seseorang murid yang mempunyai sahsiah unggul dan holistik.


Disediakan oleh                                                         Disemak oleh


…………………..                                                       …………………….
PN. NAFSAH MOHD SHAH                                       PN. CHOONG MOI LIAN
Setiausaha Program SUIT                                         PK HEM, SMK Cheras


Diluluskan oleh


……………………..
HJH. KAMARIAH BT ABU
Pengetua, SMK Cheras


Teamwork
Makes the dream work

No comments: