Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

28 February 2016

Modul Ice Breaking PERASA: Mengendalikan LADAP sekolah


Kali terakhir mengendalikan ice breaking PERASA ialah pada tahun 2009 dan ini ialah skrip yang sama gunakan pada waktu itu. Tidak sangka selepas 7 tahun, pengetua yang baru pula meminta agar diadakan sekali lagi program ini. Saya share disini kertas kerja dan modul sebagai panduan guru kaunseling lain yang terlibat dalam mengendalikan LADAP sekolah masing- masing sebagai satu sumbanagn dari UBK . Walaubagaimanapun banyak juga aktiviti yang tidak dijalankan kerana masa yang sepatutnya sejam setengah telah menjadi sejam 10 minit sahaja. Saya tidak pasti adakah objektif kami tercapai untuk 120 orang yang menyertai LDP ini atau hanya sebahagian sahaja. walaupun respon selepas tamat program ialah positif, kami akan mengintai borang penilaian slot kami nanti.

PENDAHULUAN
Modal insan di dalam sesebuah organisasi adalah aset yang amat bernilai. Mempunyai  modal insan yang mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam suasana harmoni dan kondusif adalah  salah satu matlamat dalam pengurusan organisasi yang berkesan. Sehubungan itu, modal insane organisasi harus digerakkan secara produktif agar motivasi, kesungguhan dan komitmen untuk mengembangkan organisasi dapat dioptimumkan. Apa yang wajar dilakukan kini adalah untuk memastikan modal insan ini komited terhadap organisasi, dapat menyerlahkan potensi diri untuk dimanfaatkan oleh organisasi dan boleh bekerja dalam pasukan organisasi. Setiap individu dalam organisasi adalah penting dan mempunyai peranan serta tanggungjawab yang tersendiri. .Mereka berhak mendapat penghargaan dan pengiktirafan di atas sumbangan yang diberikan . Antara faktor yang dikenalpasti mempengaruhi kepuasan kerja seseorang individu ialah pencapaian, pengiktirafan dan penghargaan, hubungan interpersonal dan suasana di tempat kerja. Justeru, penjanaan modal insan ke arah pembudayaan nilai-nilai humanistik yang tinggi perlu dimantapkan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, saling membantu dan memahami sesama rakan. Melalui aktiviti pecah bending(ice breaking) yang dilaksanakan, ianya diharapkan akan menjadi titik tolak kepada hubungan interpersonal yang lebih positif dalam kalangan guru  di SMK Cheras.

MATLAMAT
Modul ‘Ice Breaking’ ini dilaksanakan bagi melahirkan warga guru SMK Cheras yang memiliki dan menerapkan ciri-ciri seorang Pembing Rakan Sekerja iaitu Caring, Understanding,Trusting, Asertive, Positive Thinking, Patience, Listening, Empathy, Accepting dan Respect (CUT APPLE Ar) dan mengaplikasikannya dalam perkhidmatan di sekolah dan kehidupan seharian.

OBJEKTIF
1.            Melahirkan warga guru yang  prihatin, menghargai dan saling mempercayai  antara rakan sekerja.
2.            Menanam sikap yakin diri dan memupuk sifat menerima, menghormati dan mengiktiraf  peranan dan tugas rakan sekerja yang lain.
3.            Menanam sikap ambil berat , menyayangi dan empati dalam kalangan guru .
4.            Mewujudkan hubungan yang kondusif dan sihat dalam suasana kerja yang harmoni dalam kalangan guru.
5.            Melahirkan warga guru yang bertimbang rasa, bertolak ansur, bertanggungjawab dan saling mempercayai antara satu sama lain dalam menjalankan tugas.
6.            Mengikis sikap iri hati, prejudis, dengki, dendam dan khianat terhadap rakan sekerja.
7.            Mambantu warga guru untuk berfikiran rasional, asertif dan mampu mengawal dan menguruskan emosi secara berkesan sewaktu bekerja

TARIKH  PELAKSANAAN

27 Februari  2016 (Sabtu)

TEMPOH

Satu setengah jam (90 minit)

SASARAN

Guru-guru SMK Cheras


PENDEKATAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN

Modul Ice Breaking yang akan dilaksanakan ini menggunakan modul yang menerapkan pendekatan  Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) yang menerapkan ciri-ciri Caring, Understanding,Trusting, Asertive, Positive Thinking, Patience, Listening, Empathy, Accepting dan Respect (CUT APPLE Ar). Modul ini akan dijalankan secara 3 fasa  yang berkaitan dengan konsep dan teori humanistik iaitu :

1)    Fasa  Jelekit
Objektif : 
Meningkatkan hubungan interpersonal melalui rangsangan tingkah laku dan komunikasi.

2)    Fasa  Pendedahan dan Penerokaan Kendiri
Objektif :
Mengaplikasi konsep Tingkap Johari (Saya Tahu Anda Tak Tahu, Saya Tak Tahu Anda Tahu, Saya Tak Tahu Anda Tak Tahu dan Saya Tahu Anda Tahu)- Id, Ego dan Superego.

3)    Fasa Penghargaan Kendiri
Objektif :
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada individu (Teori Maslow)

Aktiviti ice breaking akan dilaksanakan dalam kumpulan besar. Fasilitator akan memberi arahan kepada guru-guru dan mereka dimestikan untuk melakukan seperti apa yang diarahkan setelah wisel dibunyikan. Faslitator akan memberi ulasan dengan mengaitkan beberapa konsep dan teori humanistik  serta menjelaskan falsafah daripada aktiviti yang dilakukan untuk dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah dan peranan sebagai rakan sekerja.

BAHAN-BAHAN DAN PERALATAN
·       Wisel
·       Sistem Audio (Muzik/Lagu latar)
·       Buah Epal

·       Kertas A4

1)              FASA JELEKIT (15 - 20 minit)

Langkah-langkah :

1.       Fasilitator  meminta guru-guru duduk di atas kerusi dan membentuk bulatan besar.

2.       Fasilitator menjelaskan kepada guru-guru tentang perlunya penglibatan mereka secara aktif. Fasilitator akan memberikan beberapa arahan dan diikuti dengan tiupan wisel bagi setiap arahan. Setiap guru yang ‘berkaitan’ dikehendaki bangun dan bergerak mencari tempat duduk yang lain. Guru digalakkan mencari tempat duduk yang jauh dari tempat duduk asal.


3.       Fasilitator seterusnya menjelaskan bahawa setelah guru-guru bergerak ke tempat duduk yang baru, mereka dikehendaki berkenalan dengan orang yang ada di sebelah kanan dan kirinya dengan menyebut nama glamour/panggilannya, hobi, satu kekuatan dan satu kelemahan diri dalam masa 15 saat.

4.       Berikut adalah arahan-arahan daripada fasilitator (diiringi dengan muzik latar) :

a.     Bergerak orang yang ada kad pengenalan….
b.     Bergerak orang yang pernah ambil SPM.....
c.     Bergerak orang yang ada rambut….
d.     Bergerak orang yang ada tanda nama….
e.     Bergerak orang yang pernah pergi Jabatan Pelajaran WPKL…

  (Fasilitator memerhatikan pergerakan guru-guru dengan memberi fokus mereka          
    yang bergerak dalam jarak yang dekat dan yang bergerak dalam jarak yang jauh.)

*Andaian : Arahan a hingga e akan melibatkan pergerakan semua guru. Arahan f dan   seterusnya akan melibatkan pergerakan sebahagian guru sahaja. Bilangan arahan bergantung kepada masa dan kesesuaian…)
         
f.      Bergerak orang yang tidak ada misai….
g.     Bergerak orang memakai pakaian yang ada warna putih…
h.     Bergerak orang yang memakai jam tangan…..
i.       Bergerak orang yang memakai cincin di tangan kiri..
j.       Bergerak orang yang memakai seluar…..

5.       Fasilitator membuat rumusan kecil dengan menerangkan tentang falsafah di sebalik aktiviti fasa 1. Fasilitator memberi fokus terhadap pergerakan guru-guru yang aktif apabila arahan diberi dan wisel ditiupkan. Falsafah yang boleh dihuraikan ialah :

                   i.          Manusia boleh melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan bermotivasi apabila dirangsang. Kaitkan dengan Teori Behavioural di mana ujian Pavlov(anjing dan bunyi loceng) serta ujian Skinner (tikus).

                  ii.          Manusia boleh dibentuk dan dibimbing dari segi tingkah laku dan sikap untuk melakukan sesuatu secara positif atau sebaliknya. Kaitkan elemen rangsangan dengan peranan guru dengan murid, ketua dengan ahli/AJK, pemimpin dengan anak buah dan ibu bapa dengan anak-anak di rumah.

                iii.          Manusia ramai yang suka melakukan perkara yang mudah dan kurang berisiko berbanding dengan perkara-perkara yang mencabar dan berani mengambil risiko. Kaitkan dengan aktiviti di mana guru ada yang bergerak dalam jarak yang dekat/bersebelahan sahaja dan ada yang bergerak dalam jarak yang jauh. Guru yang bergerak jauh ibarat ianya sanggup bekerja kuat, menunjukkan kesungguhan melakukan sesuatu dan berani mengambil risiko dan mengharungi cabaran untuk memajukan dirinya. Dalam kehidupan seharian boleh dikaitkan dengan kesanggupan menziarah rakan atau hadir jemputan ke majlis rakan walaupun jarak yang jauh dan mengambil masa serta melibatkan kos. Ibarat kata pepatah ‘Jauh Berjalan Luas Pandangan’ Mereka sangat menghargai persahabatan dan tidak pernah timbul soal jauh, tiada masa atau lain kali..

                iv.          Dalam perkhidmatan,  ada guru yang berani menerima tugasan yang mencabar dan mengambil risiko tanpa mengungkit atau berkira seperti bergerak dari kelas ke kelas yang jauh dan melaksanakan pelbagai peranan dan tanggungjawab tanpa rasa dipaksa.

                 v.          Dalam hubungan interpersonal, ada guru yang sanggup pergi ke sana sini dari satu blok ke satu blok, dari satu bilik ke satu bilik dalam kawasan sekolah untuk bertanya khabar sesama rakan sekerja atau untuk mendapatkan sesuatu maklumat serta belajar sesuatu pengalaman  daripada orang lain.

                vi.          Manusia  mempunyai motivasi dan tingkah lakunya boleh dibentuk serta dibimbing ke arah yang positif atau sebaliknya jika diberi rangsangan. Kaitkan dengan rangsangan positif seperti guru dengan murid, ketua dengan ahli/AJK, pemimpin dengan pengikut, orang atasan dengan orang bawahan serta ibu bapa dengan anak.










2)              FASA PENEROKAAN DAN PENDEDAHAN KENDIRI (15 - 20 minit)

Menggunakan Konsep Tingkap Johary :
               Langkah-langkah :

1.       Fasilitator  memberi arahan yang seterusnya dan diikuti dengan tiupan wisel serta diiringi dengan muzik latar.(Andaian bahawa pada fasa 2 ini setiap arahan hanya melibatkan pergerakan  guru yang berkaitan sahaja)

2.       Arahan-arahan yang seterusnya adalah seperti berikut :

a.           Bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang dilahirkan di Kelantan dan Terengganu. Orang yang asalnya Kelantan, maju lagi dua tapak ke hadapan. Fasilitator seterusnya memperkenalkan secara umum guru-guru berkenaan.

b.           Bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang kampungya di Kedah, Perak atau Pulau Pinang. Orang Kedah maju lagi dua tapak ke hadapan dan orang Penang sila pusing ke belakang. Fasilitator secara umum memperkenalkan guru-guru berkenaan.

c.           Bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang made in Selangor, K.L dan Melaka. Orang Selangor sila goyangkan pinggang 3 kali, orang K.L sila lambaikan tangan,

d.           Orang Negeri Sembilan, Johor dan Pahang sila berdiri. Orang Johor sila maju 3 tapak lagi dan orang Pahang undur dua tapak ke belakang. Orang Negeri Sembilan angkat tangan dan jerit Hobin Jang Hobin.


3.          Fasilitator seterusnya memaklumkan bahawa guru perlu bergerak dari tempat duduknya dan mencari tempat duduk lain. Setelah duduk, guru dikehendaki memberitahu orang di sebelah kiri dan kanannya tentang bilangan adik beradik, anak yang ke berapa, status perkahwinan dan bilangan anak sehingga tahun 2009 dan bilangan cucu (jika ada). Yang masih bujang dikehendaki memberiyahu tentang bilangan adik beradik, anak yang ke berapa dan bilangan anak saudara. Arahan yang seterusnya (diikuti dengan tiupan wisel dan muzik latar) adalah seperti berikut 

1.            Falsafah lain yang boleh dihuraikan ialah :

a.            Masih banyak yang kita tidak tahu mengenai diri rakan-rakan sekerja kita walaupun sudah bertahun-tahun kita bekerja bersama-sama di bawah satu bangaunan. Begitu juga orang lain, mungkin banyak perkara yang mereka tidak tahu mengenai diri kita walaupun setiap hari orang itu bertemu dan menyapa kita.

b.            Kita perlu mencari dan meluangkan masa untuk mengenali rakan sekerja kita dengan lebih dekat jika kita ingin mengetahui dan memahami tentang perwatakan, personality dan tabiatnya. Dengan hanya bertegur sapa belum cukup untuk kita memahami diri seseorang.

c.            Dalam hubungan personal kita dengan rakan sekerja kita, berapa kerap kita memuji, mengucapkan terima kasih, bertanya khabar keluarga dan menyatakan bahawa kita bangga mempunyai rakan sekerja seperti mereka ataupun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

 1)              FASA PENGHARGAAN KENDIRI (15 - 20 Minit)
Pada fasa ini, setiap tahap yang melibatkan fasilitator menganugerahkan buah epal kepada guru. Fasilitator akan memeluk guru tersebut (sama jantina sahaja) dengan pelukan PERASA. Bagi guru yang berlainan jantina, fasilitator memberi salam/tabik PERASA sebelum menyerahkan buah epal tersebut.

a.          Fasilitator meneruskan iaitu bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang sudah bertugas di sekolah ini lebih daripada lima belas tahun. Fasilitator mengajak guru-guru lain menepuk tangan dan memberikan ucapan tahniah kepada mereka. Seterusnya fasilitator meneruskan arahan iaitu bergerak dua lagi langkah ke hadapan orang yang akan membuat keputusan untuk bersara di sekolah ini. Jika ada tidak lebih dua orang guru, fasilitator menganugerahkan buah epal dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka. Selepas itu, fasilitator meneroka mereka dengan memberi fokus kepada sebab dan faktor yang mempengaruhi dan menyebabkan mereka memilih untuk bersara di sekolah ini.
Falsafah :
Situasi kerja yang kondusif, harmoni serta ceria boleh mempengaruhi sebahagian individu untuk berkhidmat bagi jangkamasa lama di sesebuah organisasi. Mereka juga akan setia dan mempertahankan organisasi mereka serta amat bangga dengan organisasi mereka. Mereka merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada entity organisasi dan ada peranan dan fungsi untuk organisasi. Tetapi persoalannya, berapa ramai di antara kita yang betul-betul meliliki sifat setia, bangga dan seronok sehingga ke hujung perkhidmatan mereka di sesebuah organisasi. Apabila berlaku sesuatu yang tidak menyebelahi mereka, maka mereka mudah menuding jari dan menyalahkan organisasi. Malahan ada yang sanggup menjaja cerita di mana-mana tentang apa yang berlaku dengan harapan orang melihat dirinya sentiasa betul dan segala kesalahan adalah di pihak organisasi.



1.          Fasilitator membuat rumusan kecil dengan menerangkan tentang falsafah                    di sebalik aktiviti fasa 3 dengan mengaitkan Hirarki Keperluan Manusia berdasarkan Teori Maslow. Fokus kepada keperluan Penghargaan Kendiri           di mana manusia biasa akan berasa perlu  dihargai, dihormati dan merasakan bahawa diri mereka bernilai dan berharga kepada orang lain.Falsafah lain yang boleh dihuraikan ialah :
                           i.          Setiap manusia ada kehendak dan keperluan yang perlu dicapai untuk menruskan kehidupan dengan harmoni dan sejahtera.
                          ii.          Setelah keperluan fisiologi, keselamatan dan kasih saying dipenuhi, manusia memerlukan kepada keperluan penghargaan kendiri sebelum mencapai tahap kesempurnaan kendiri.
                        iii.          Rasa dihormati, dihargai dan diiktiraf mampu meningkatkan motivasi dan prestasi diri seseorang.
                        iv.          Setiap manusia adalah penting dan berharga kepada orang lain. Mereka ada peranan dan tanggungjawab tersendiri dan menyumbang kepada keberkesanan sesebuah organisasi.
                         v.          Manusia kebiasaannya susah untuk memuji dan menghargai orang lain ketika orang itu berada dekat dengan kita tetapi akan terasa kehilangannya setelah orang itu tiada di depan mata atau telah meninggalkannya sama ada ke tempat lain lain atau meninggal dunia.

RUMUSAN BESAR

Sebelum menamatkan ice breaking, fasilitator perlu membuat rumusan besar (binding) terhadap apa yang telah dilalui dan dialami oleh guru-guru.

1.     Bermula dengan fasa jelekit, matlamat utama adalah untuk merapatkan silaturrahim dalam kalangan guru. Selain itu, tujuan utama fasa ini adalah mewujudkan suasana yang ceria dan santai serta mengikis sifat malu yang keterlaluan dan memecah bending perkara-perkara yang menghalang guru-guru daripada mewujudkan hubungan interpersonal yang mantap melalui interaksi, tindakan psikomotor dan penerapan semangat kerja berpasukan.

2.     Fasa penerokaan dan pendedahan kendiri bertujuan untuk guru-guru mengenal dengan lebih dekat rakan-rakan sekerja mereka tentang beberapa perkara dari aspek latar belakang dan personality mereka. Fasa ini member peluang guru-guru untuk mengetahui tentang rakan sekerja mereka yang selama ini mungkin mereka tidak tahu walaupun beekerja di bawah satu bumbung. Pengalaman mengenali rakan sekerja dengan lebih mendalam diharap dapat membantu guru-guru untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih baik daslam kalangan rakan sekerja mereka selain mewujudkan semangat bekerjasama antara satu sama lain.

3.     Fasa penghargaan kendiri adalah untuk menghormati, mengiktiraf dan menghargai sumbangan dan peranan guru-guru. Selain itu, fasa ini juga ingin menerapkan sifat rasa bangga, rasa penting diri guru-guru terhadap sekolah. Masing-masing ada peranan dan fungsi tersendiri dan setiap orang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dan kecemerlangan pelajar-pelajar.

Fasilitator akhirnya meninggalkan beberapa persoalan kepada guru-guru untuk sama-sama difikirkan dan mencari jawapan kepada persoalan itu. Persoalan-persoalannya adalah :

       i.          Selama ini, berapa kerap dalam sehari kita menegur dan bertanya khabar rakan sekerja di dalam bilik guru?
      ii.          Selama ini, berapa banyak dalam sehari kita mengucapkan terima kasih kepada rakan sekerja di atas peranannya di sekolah?
    iii.          Selama ini berapa ramai rakan sekerja yang sudah kita nyatakan rasa bangga kita kerana mempunyai rakan sepertinya dan menyatakan bahawa mereka penting kepada kita?
    iv.          Selama ini berapa kerap kita telah memohon maaf di atas kesalahan yang pernah dilakukan sama ada secara disedari atau tidak? Atau kita sebenarnya menunggu orang tersebut untuk meminta maaf dari kita terlebih dahulu?Persoalannya ialah adakah kita sentiasa berkesempatan menunggu orang itu memohon maaf dari kita atau kita yang memohon maaf daripadanya?Atau kita amat yakin sempat meminta maaf pada hari raya akan datang?bagaimana jika orang itu pergi meninggalkan kita dahulu atau kita yang meninggalkannya terlebih dahulu…ambillah kesempatan dan peluang yang diberikan oleh tuhan untuk saling bermaafan antara satu sama lain sementara orang itu masih berada di depan mata. Jika mereka telah meninggalkan kita sama ada berpindah, nazak di hospital atau meninggalkan dunia maka segalanya sudah tidak bermakna. Memang resmi manusia, jika orang itu sudah tiada , baru rasa menyesal dan terasa kehilangannya..

(Jika ada kesempatan masa, di akhir slot mainkan lagu dan para guru bermaafan dan berpelukan antara satu sama lain (sama jantina sahaja) dari satu orang ke satu orang lain sehingga selesai kesemuanya)


Salam Hari Sahabat
Buat semua sahabat saya
Yeah..kamu, kamu, kamu dan kamu :)



No comments: