Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

6 February 2016

Perjumpaan Ibu Bapa Projek Permata 2016


Program Perjumpaan Ibu Bapa Projek Permata Juara telah diadakan semalam pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi dihadiri 25 ibu bapa. Hampir 55% sasaran ibu bapa yang hadir ke program hari ini dari sasaran 40 ibu bapa. Program dijalankan dengan ucapan aluan oleh puan pengetua Pn Kamariah Bt Abu mengenai program ini dan ucapan terima kasih di atas kerjasama ibu bapa bagi menjayakan projek ini. 

Seterusnya ialah ucapan dari guru cemerlang Puan Sharin Hanum Bt Ab Rahman yang merupakan penyelaras modul akademik untuk menerangkan mengenai modul akademik yang dijalankan. Ibu bapa mendapatkan nombor telefon semua mentor yang terlibat. Akhir sekali barulah saya selaku penyelaras program ini menerangkan mengenai perjalanan program ini di mana murid yang terlibat akan berada di bawah seliaan 3 mentor iaitu mentor kumpulan belajar, mentor mata pelajaran dan mentor kaunseling. dan juga saya menerangkan mengenai pelan tindakan seperti yang pernah saya post di entri blog ini mengenai pelan tindakan program permata 2016. Saya mengingatkan ibu bapa mengenai tarikh penting untuk ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolah agar komitmen murid ini menyertai program Permata. Ibu bapa juga diingatkan agar mengatur jadual tuisyen murid kerana komitmen murid bersama mentor mata pelajaran juga diperlukan. Saya juga mengingatkan ibu bapa mengenai pentingnya emosi yang sihat dalam kalangan murid terutama jika murid ini kemurungan dan kesedihan di rumah . Hampir setiap tahun saya mempunyai kes kemurungan murid yang disebabkan ekspektasi akademik mereka hingga mengakibatkan murid ini bertindak tidak rasional . Oleh itu jika langkah pengesanan lebih awal dikenal pasti, maka langkah pencegahan awal dapat dijalankan sebelum murid mengalami masalah emosi yang parah.

Sesi soal jawab berjalan dengan baik dan ibu bapa diberikan peluang untuk bertanya mengenai apa sahaja yang mereka perlukan untuk diberikan penjelasan lanjut. 

Shopping with siblings
With our dear emak
To our favourite place :)









No comments: