Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

18 February 2016

Program RAI: Sambutan Hari Jadi Februari


Sambutan RAI : Raikan Anda Yang Istimewa semalam dijalankan sebelum program persembahan RIMUP Tahun Baru Cina. Selamat Hari Jadi kepada semua penerima hadiah hari jadi yang diraikan. Tidak ramai baby Februari di sesi pagi hanya 45 orang sahaja.  Selamat Hari Jadi juga kepada 5 orang guru yang menyambutnya pada bulan Februari iaitu Pn Zizawani Fauzi, Puan Murni Jali, Ustaz Nasrun Ahmad, Pn Zalilah dan Pn Jasbir Kaur. Kepada murid -murid semoga sukses dalam kehidupan dan kepada para guru yang juga kawan-kawan sekerja saya..semoga dimurahkan rezeki :)

Hari ini pagi-pagi lagi saya bergerak dari barisan kelas ke kelas di tapak perhimpunan mengenalpasti murid-murid yang tidak hadir semalam sewaktu penyampaian hadiah hari jadi untuk diserahkan kek dan kad hari jadi kepada mereka. 


Happy Birthday Zizawani :)

No comments: