Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

5 February 2016

Sumbangan ang pow Tahun Baru Cina program Guru Penyayang


Hari terakhir sebelum cuti panjang seminggu untuk Tahun Baru Cina. Di tapak perhimpunan diadakan acara penyampaian sumbanagan kepada murid Cina yang layak menerima sumbangan kewangan. Seramai 37 orang murid yang layak menerima sumbangan angpow hasil sumbangan PIBG dan guru bangsa Cina untuk diagihkan kepada 37 orang murid yang layak. Menjadi tradisi di sekolah ini sejak bertahun -tahun hasil inisiatif AJK Kebajikan diterajui oleh Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh di mana untuk setiap kali perayaan sumbangan kepada murid yang menyambut sesuatu perayaan akan diraikan dengan memberikan sumbangan kewangan dari PIBG dan guru yang menyambut perayaan tersebut. Objektif program ini agar murid rasa dihargai kerana guru juga bersama-sama menjayakan sambutan perayaan murid. Kepada semua warga sekolah yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina, semoga anda manfaatkan perayaan anda bersama keluarga tersayang dan panjangkan silaturrahim dengan menziarahi sanak saudara. 

Selamat bercuti warga sekolah!

Guru bersama-sama membuat persembahan

No comments: