Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

25 March 2016

Cakna Mac Kedua

Menjadi guru kaunseling mempunyai waktu bekerja yang fleksibel . Anda tidak terikat untuk berada sahaja di sekolah malahan anda perlu ke sana ke mari membina hubungan dengan agensi luar, engagement dengan ibu bapa dan salah satu lagi ialah menjaga kebajikan murid sama ada lawatan ke rumah atau membawa murid untuk kes tertentu . Hari Isnin lepas saya membawa murid sekolah yang memerlukan pembiayaan cermin mata dari pihak sekolah kerana kurang bernasib baik dari aspek kewangan keluarga. Di sekolah ini, murid akan dibantu dari segi pembiayaan untuk membuat cermin mata bagi yang kurang bernasib baik oleh Jawatankuasa Kebajikan Sekolah. Biasanya tugas saya membawa murid -murid ini ke HUKM untuk berjumpa doktor mata dan mengenalpasti masalah mata mereka sudah tentu dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga mereka. Ini kerana murid -murid ini biasanya dari kategori anak yatim atau dari keluarga yang susah dan bermasalah untuk berurusan dengan pihak hospital. Murid ini memerlukan orang tengah iaitu guru untuk berurusan dengan pihak hospital dalam urusan memeriksa mata untuk membuat cermin mata baru, deposit dan pembayaran cermin mata. Setelah itu, tempahan cermin mata akan terus dibuat dan dalam masa 3 hari murid ini akan terus mendapat cermin mata yang baru :)


Kesayuan yang menggamit
Kampung halaman...




No comments: