Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

13 March 2016

Cakna Mac Lawatan Ke Rumah

Menjadi viral dalam whatsapp guru apabila murid terlibat dengan kemalangan jalan raya sewaktu selepas solat sembahyang Jumaat. Memandangkan saya terlibat dengan Kursus PRS dari Jumaat hingga Sabtu, saya berpeluang melawatnya pada hari Ahad untuk meninjau lebih dekat keadaan murid ini. Alhamdulillah dah boleh keluar wad dan tinggal di rumah . Apabila murid ini terlibat dengan kemalangan, guru hampir tidak mengenali murid tingkatan 1 ini kerana wajahnya yang bengkak. Tetapi saya amat mengenalinya kerana murid kelas 1 Imtiyaz iaitu kelas aliran agama merupakan satu-satunya kelas tingkatan 1 yang diletakkan di sesi pagi kerana masa pembelajaran mereka yang panjang. Oleh itu orientasi bagi murid kelas ini dan urusan biasiswa dan kebajikan awal tahun dijaga oleh saya menyebabkan saya kenal hampir semua murid tingkatan 1 Imtiyaz. Memandangkan keretakan pada tulang dan pendarahan dalaman , doktor menyarankan cuti sakit selama 6 minggu iaitu 2 minggu yang bersambung sambung untuk memastikan murid ini cukup berehat dan tidak terlibat dengan aktiviti lasak. Alhamdulillah melihatkan keadaannya yang cepat sedar dan boleh bercakap dan mengingati saya sebagai gurunya sudah cukup mmebuatkan saya bersyukur.

#prayforzulfan


No comments: