23 March 2016

Insentif Ganjaran Kehadiran Terbaik Ke SekolahTing 3

Hari ini saya mengiringi murid kelas 3 Imtiyaz ke Kolej Yayasan Pendidikan Cheras IT Web untuk seminar PT3 Math dan Sains dari pukul 7.30 pagi hingga 1.10 tengah hari. Bagaimana saya memilih peserta yg layak untuk dibawa dalam ramai ramai murid ting 3? Seperti yg pernah saya katakan di tapak perhimpunan bahawa kelas yg menunjukkan kehadiran yg terbaik sepanjang tahun ini akan mendapat ganjaran lawatan di akhir tahun. Tetapi dalam masa yg sama..dlm bulanan jika ada projek yg melibatkan tingkatan tertentu, kelas yg terbaik kehadiran ke sekolah akan dipilih dahulu. Well..memang rezeki murid kelas 3 Imtiyaz hari ini.

When the going gets tough
The tough get going
 

Telegram Channel