10 March 2016

Kepentingan Pendaftaran SPM Ulangan Bulan Jun.

Topik SPM Ulangan hari ini dibincangkan dalam group whatsapp guru kaunseling. Saya juga sibuk melayan pertanyaan student saya sendiri yang ingin mengulang paper tertentu. Memandangkan hari ini saya ke JPWPKL untuk menghadiri satu taklimat peperiksaan, saya bercadang untuk singgah sekejap ke blok unit peperiksaan. Banyak khemah-khemah di blok unit peperiksaan yang meriah seperti ada satu pesta kecil. Rupa-rupanya khemah -khemah yang diatur untuk kemudahan pendaftaran SPM ulangan bulan Jun dan SPM Ulangan Bulan Nov yang dibuka sehingga 31 Mac 2016 Setelah taklimat peperiksaan, saya ke khemah tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran SPM Ulangan jika ada format baru memandangkan murid sekolah saya hampir 30% pelajar SPM layak untuk mengulang semua paper atau paper tertentu kerana  subjek killer BI , Math atau BM yang gagal atau lulus sahaja. Memang ramai yang sudah mendaftar hingga ada pusat peperiksaan tertentu yang telah ditutup kerana penuh.

Mengapa perlu mendaftar untuk SPM Ulangan BM, Sejarah atau Matematik? 

Subjek killer murid ialah Matematik dan BI kerana majoriti murid lulus atau gagal. Jika anda sekadar lulus Matematik, pilihan anda ke IPT malah ke kolej swasta semakin terhad apatah lagi jika gagal Matematik! Oleh itu jika Matematik sahaja yg menyebabkan anda tidak layak ke kursus di laluan bukan kemahiran manakala pakej subjek lain sudah baik, maka lebih baik anda mengulang Matematik agar anda berpeluang ke intake yg berikutnya sama ada Disember atau tahun hadapannya kerana anda akan mendapat result pada bulan Ogos. Jika anda berminat dgn kursus kemahiran pula..anda boleh menggunakan SPM Ulangan untuk mendapatkn kredit Math dan seterusnya ke kursus kemahiran tinggi dengan menceburi diploma. Walaupun terlewat masuk tapi berbanding dgn rakan sebaya yg menceburi kemahiran dgn lulus Math sahaja dan skm tahao 1 dan 2..anda masih lagi boleh melompat ke kursus diploma sebaik sahaja kredit Math. Dan laluan melanjutkn pelajaran dan menjadi tenaga pengajar juga mempunyai prospek yg lebih tinggi.

 Jika anda setakat lulus BM sahaja, sukar mendapat tempat di IPT awam. Malahan syarat kredit adalah wajib. Malahan untuk jawatan tertentu di sektor awam juga inginkan BM yg kredit di peringkat SPM. Begitu juga jika anda ingin melanjutkan pelajaran, BM yg kredit di peringkat SPM diambil kira hampir  di semua peringkat IPT. Lebih baik anda mengulang BM, jika anda tidak mendapat kredit! 
Jika anda batch 2013 , 2014 dan 2015 dan lulus mata pelajaran BM , anda tidak wajib melaksanakan ULKCP/PLBS . Namun jika anda GAGAL atau TIDAK HADIR anda wajib menghadiri ULKCP (UJian Lizan Khusus Calon Persendirian) / Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Begitu juga jika anda menagguhkan hasrat untuk menduduki Bahasa Melayu, bimbang jika format ada yang berubah dari silibus yang sedia ada dan anda memang memerlukan kelas tambahan. Lagipun calon yang mengulang selepas tempoh tiga tahun daripada tarikh akhir menduduki SPM perlu mengulang juga ULKCP walaupun anda lulus BM.Ujian lisan peperiksaan SPM (U) ialah 23 Mei hingga 27 Mei 2016. Hanya calon pekak dan bisu sahaja dikecualikan daripada ULKCP tanpa memohon kelulusan daripada Pengarah Pendidikan. 

Bagi kes BM dan Sejarah ialah unik kerana wajib dua subjek ini lulus di peringkat SPM untuk melayakkan anda mendapat sijil SPM. Kegagalan lulus dua subjek tersebut atau salah satu subjek tersebut menyebabkan anda tidak layak mendapat sijil SPM...dan hanya kursus kemahiran setaraf gagal SPM yg anda layak walaupun memperolehi 6A. 

Oleh itu jangan mudah mengaku kalah dgn mengatakan past is past.. benda ni boleh dibaiki. Ubah markah anda dengan ubah komitmen anda yg lebih komited dan insentif untuk menduduki SPM Ulangan bulan Jun. Masih ada masa! 



SENARAI SEMAK PENDAFTARAN UNTUK CALON SPMU (JUN)
  • DAPATKAN BORANG PENDAFTARAN SPMU(JUN) DI KAUNTER JPN ATAU PPD  LENGKAPKAN MAKLUMAT YANG DIMINTA                                                                                              
  • SEDIAKAN BAYARAN SECUKUPNYA MELALUI KIRIMAN WANG POS ATAU BANK DRAF   Bayaran Asas RM 20.00 tambahan subjek mengikut bayaran berikut BM RM12.00, Matematik RM10.50dan Sejarah RM 12.00    atas nama 'Pengarah Peperiksaan'
  • SERAH BORANG YANG LENGKAP DI JPN ATAU PPD SEBELUM 31 MAC                                            
  • DAPATKAN CETAKAN RESIT RASMI (NO. LOGIN DAN KATALALUAN) DI KAUNTER               
  • DAFTARKAN DIRI ANDA SECARA ATAS TALIAN MELALUI LAMAN WEB LEMBAGA PEPERIKSAAN SEBELUM AKHIR BULAN MAC  . Layari laman web berikut tentang urusan pendaftaran SPM (U) https://spmu.moe.gov.my/daftar/ 
           ## Calon SPM (U) hendaklah membuat pendaftaran sendiri secara online. Nombor pin akan diberi kepada calon-calon selepas membuat membuat bayaran secukupnya ketika menyerahkan borang pendaftaran. Kegagalan mendaftar secara online akan mengakibatkan terbatal permohonan calon menduduki peperiksaan SPM (U) walupun bayaran telah dibuat.

1. Mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPM(U) ialah 1103 Bahasa Melayu, 1449 Matematik dan 1249 Sejarah sahaja.
Tangan yang memberi
Lebih baik dari yang menerima
Ikhlaskan diri 
Agar berkat kpd yg menerima :)


236 comments

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 236   Newer›   Newest»

assalamualaikum admin. Oleh kerana terlalu banyak informasi. saya mohon utk mengambil beberapa maklumat dari blog admin ya. Info yg dikongsi sangat bermanfaat..tahniah atas kerja keras anda..saya juga Guru Bimb. Kaunseling dari Penang.

Selamat berkenalan guru kaunseling penang. 😀. Sila ambil info dr blog ini dan semoga dapat dimanfaatkan.

Bagaimana untuk membatalkan pendaftaran SPM ulangan?

kalau saya tidak hadir untuk ujian lisan khusus calon persendirian itu ( ULKCP ) apakah yang akan terjadi kepada results spm saya ?

Result spm bm dianggap gagal. Walaupun anda menduduki penulisan bm dan mendapat markah yg baik.

Saya telah mnduduki spm 2012 , sekarang sya mengambil ulangan kertas bi 2016 , ada soalan bgi novel 2012 tetap sama ataupun Soalan novel 2016 yg diberi kan?

Novel utk bi spm 2016 ialah mr kilmer. cikgu tak pasti dengan spm ulangan menggunakan novel yg sama atau tidak.

Saya telah mengambil SPM pada 2012..pada tahun ini saya mengambil SPM..saya ingin bertanya, bagaimana untuk saya membatalkan subjek sejarah yang telah saya daftar pada SPMU ini..Sejarah SPM 2012 saya mendapat A..

Harap tuan membantu

Assalammualaikum admin..saya pernah mengambil SPM pada tahun 2012..Pada tahun ini saya telah mendaftar untuk SPMU NOV 2016 untuk semua 9 subjek aliran sains tulen..tetapi untuk kertas sejarah saya tidak dapat hadir ke peperiksaan..Pada SPM 2012 sejarah saya mendapat A..Apakah yang akan terjadi kepada subjek sejarah SPMU saya?? Adakah saya boleh menggunakan keputusan sejarah SPM 2012 untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan??

eizzatul najwa uzma binti ramlo delete November 22, 2016

slm syr ni nk ambil spm blh ker syr bru abis bljr di kolej impirea gambang blh ker syr mengambil spm

Spm ulangan boleh diambil utk tahun hadapan dgn alert tarikh pendaftaran di JPN yg biasanya pendaftaran dibuka sekitar mac

Assalamualaikum, saya ambil spm 2015, malangnya gagal sejarah. Saya ambil spmu 2016, masih gagal kerana kurang tumpuan. Tahun ini saya di giat mara mungkin tidak dapat mengulang semula. Bolehkah saya ambil subjek sejarah pada jun 2018. Tkasih.

Salam
Cikgu tidak pasti jika ada syarat yg bertukar pada tahun 2018 nanti. Tetapi memandangkan subjek sejarah merupakan subjek wajib lulus sepwrti Bahasa Melayu, maka ditawarkan paper ulangan setiap tahun.

Assalamualaikum. Saya pelajar spm 2013. Matematik saya kurang memuaskan menyebabkan saya tak dapat tempat di ipta. Saya nak bertanya soalan. Jika saya mengambil ulangan spm untuk tahun ini. Adakah result spm ulangan saya diambil kira? Walaupun sudah beberapa tahun lalu atau sudah terlambat untuk saya mengulang lagi?

Salam
Belum terlambat untuk mengulang. Jika anda mengambil paper Math ulangan sahaja, attach result Math terkini lagi baik jika mendapat kredit dgn result SPM sebenar untuk membolehkan anda memohon kursus yg meletakkan syarat kredit Math. Permohonan anda ke IPT bukanlah kategori calon spm semasa tetapi kategori yg lain.

Assalamualaikum. Saya pelajar spm 2010. Dalam spm 2010 saya tidak mendapat kredit dalam matematik. Oleh itu, jika saya mengambil spm ulangan boleh ke saya gunakan/lampirkan keputusan spm 2010 saya bersama spm ulangan untuk apa-apa permohonan?

Nak tanya boleh ke jika kita tinggal di negeri sembilan tapi daftar di ppd selangor tolong beri pencerahan

Salam
Boleh jika menepati syarat permohonan. Ada permohonan yg memerlukan sekali pengambilan dan ada yg meletakkan syarat lulus dan mengambilkira spm ulangan. Semoga berjaya

Cikgu tidak pasti tentang perkara ini. Berdasarkan step permohonan spm u mereka perlu mendapatkan borang pendaftaran di JPN dan pada masa itu mereka akan memilih sekolah sbg pusat peperiksaan mereka. Jika pusat peperiksaan penuh, mereka perlu memilih pusat peperiksaan lain. Lebih baik anda merujuk kpd JPN berhampiran untuk maklumat lanjut

Boleh mengulang untuk 3 subjek ini sahaja. Alert dgn iklan pendaftaran spm ulangan seawal mac

Boleh mengulang untuk 3 subjek ini sahaja. Alert dgn iklan pendaftaran spm ulangan seawal mac

Assalamualaikum cgu,sy calon spm2014 kputusan subjek bm sy sekadar lulus sahaja. soalannya,adakah result ulangan tu boleh digabung dgn result spm2014 ?

Ya boleh. Anda akan masuk kategori patching sijil untuk memohon kursus atau sesuatu jawatan yg memerlukan kredit BM

Nak tanya kalau ujian lisan khas calon persendirian kan dalam tempoh tiga tahun . Kalau spm 2014 tempoh tamat 2016 atau 2017?

Anda boleh menghubungi JPN untuk kepastian dan satu lagi sewaktu anda mendaftar sbg calon persendirian ulangan tersebut, pihak pendaftar akan memberikan guideline mengenai ujian lisan valid atau tidak lagi. Cikgu kurang pasti tentang perkara ini

Saya calon spm 2016. Result spm saya ok kecuali matematik. Matematik saya gagal. Saya utk mata pelajaran lain saya dpt gred C dan B. Jadi boleh ke saya ulang spm utk subjek matematik sahaja? Dan berapakah bayaran yg diperlukan utk repeat spm? Tlg saya, sbb saya mmg nk sambung blaja.

Ya boleh repeat untuk satu subjek sahaja. Bayaran mengikut subjek.sila hubungi jabstan pendidikan negeri tempat anda ingin mengambil exam ulangan krn pendaftaran calon spm ulangan dibuka mac

Terima kasih cikgu kerana sudah menjawab soalan saya :)

saya calon spm 2016 tetapi bm , bi dan pdg saya hanya sekadar lulus dan saya akan repeat ketiga - tiga subjek tersebut . soalan saya , Bm dan bi akan menggunakan format yang sama atau mengikut format 2017? dan adakah {novel dan komsas} bm dan bi digunakan yang sama atau {novel dan komsas}2017? saya masih confused dengan spmu kertas 2 bm dan bi TT tolong saya cikgu

sekiraye saya mengambil spmu pada bulan nov , bilakan tarikh saya boleh periksa keputusan spmu saya?

Salam. Cikgu, jika saya mahu mengulang utk english dan math boleh tak saya mengambil secara berasingan. Maksudnya, math utk spmu julai N english spmu november. Boleh tak? Dan sekiranya saya tidak dapat hadir utk exam tu, keputusan yg akan diambil kira yg mana? Yg ulangan (tidak hadir) atau yg lama (spm asal) ?

Salam..sy bru dpt result spm 2016. Math sy stakat ad D je..klau nk ulang subjek tu mcm mne n bila result paper math ulangan tu bleh kluar? N klau nk smbung blajar bleh dlam bulan brapa?

Mohon pencerahan cikgu..:") trima ksih

Salam cikgu..betul kaa saya dengar spm ulangan nii lebih susah sedikit berbanding spm biasa..terima kasih

Jika paper ulangan spm masih lagi format skrg.

Boleh diambil berasingan. Result terbaik yg diambilkira diantara keduanya

Maaf cikgu kurang pasti tentang ini. Anda boleh bertanya pada jabatan pendidikan negeri sewaktu pendaftaran nanti

Maaf cikgu kurang pasti tentang ini. Anda boleh bertanya pada jabatan pendidikan negeri sewaktu pendaftaran nanti

Boleh diambil berasingan. Result terbaik yg diambilkira diantara keduanya

Bukan lebih susah..tapi calon lebih stress krn paper itu peluamg keduanya untuk membaiki markah dan itu yg membuatkn calon merasakan lagi susah krn wajib mendapat kredit iaitu C untuk membaiki grednya

Bukan lebih susah..tapi calon lebih stress krn paper itu peluamg keduanya untuk membaiki markah dan itu yg membuatkn calon merasakan lagi susah krn wajib mendapat kredit iaitu C untuk membaiki grednya

Salam akak, nak tanye saye dpt result spm16, dan saye gagal dalam matapelajaran math. Kalau saya nak ambik periksa ulangan bagi math, bile boleh saye ambil ? Tahun ini ke tahun depan ? Mohon akak dpt reply soalan saye

Jun 2017 atau penghujung thn ni boleh rujuk date sewaktu pendaftaran. Daftar dah buka untuk exam ulamgan bulan mac yg akan berakhir mac.

Jun 2017 atau penghujung thn ni boleh rujuk date sewaktu pendaftaran. Daftar dah buka untuk exam ulamgan bulan mac yg akan berakhir mac.

Salam..sye lepasan spm 2016..harga bgi satu paper subjek BM kne bayar brape ye ckgu?
Kena daftar dkt PPD ke ckgu? @ online?
Sye masih x phm la ckgu.
Mohon pencerahan ckgu..
Terima kasih.

Sy nak tanya...kalau pelajar yg xlayak dapat sijil disebabkan xlulus BM..macam mana nak daftar spm ulangan ye..dah apa yg boleh dijadikan bukti bahawa pelajar tersebut telah menduduki spm.

Klau nk amik spmu utk bi tp subjek lain x amik adkh gred subjek spm yg lain ttp mcm gred sblm ni kcuali bi shj yg nk diulang?

assalamualaikum cikgu saya spm2016
saya ingin bertanya kepada cikgu patutkah saya mengambil spmu sekiranya math saya D dalam spm . tapi subjek lain saya kredit dengan cemerlang . tetapi result math tersebut menyukarkan saya memohon kebanyakn universiti . jadi patutkah saya mengambil spmu math atau patutkan saya menyambung ke universiti yang dapat menerima result math saya

Subjek lain tetap sama gred hanya subjek yg diulang shj akan mendapat penyata baru.

Lebih baik anda mengulang spm u untuk math krn ia menyebabkan byk peluang terbatas. Jika anda menyambung ke ijazah pun..syarat ke ijazah memerlukan pakej spm dlm bi dan math untuk majority kursus di IPT

Boleh daftar di JPN atau PPD berhampiran. Sila ikut arahan spt dinyatakan pada entri ini iaitu selepas mendaftar di kaunter JPN.atau PPD, Anda akan mendapat nombor pin. Gunakan nombor pin itu untuk log in pendaftaran online pula. Baysran asas rm20 plus bm rm12.

Boleh rujuk komen saya untuk pertanyaan diatas dari athirah. Bawa slip keputusan peperiksaan yg menyatakan result anda itu

Sila daftar di kaunter pendaftaran spm ulangan di ppd atau jpn berhampiran. Cikgu tak paasti result keluar bila. Dan jika kursus yg and inginkan mmg memerlukAn MATH sbg kriteria utama..anda boleh menyambung tahun hadapan. Ada juga institusi yg buka tawaran pada oktober dan nov..anda berpeluang untuk memohonnya jika result sudah keluar lebih awal .

Assalamualaikum cikgu,berbaloi tak jika saya mengulang spm bagi Math n bi,dua2 subjk tu saya dpt d, subjek lain saya cemerlang, jika result spmu saya lagi down daripada spm yg saya ambil, adakah ia akan digabungkan juga, berapakah bayaran bagi spmu mate n bi?

Saya lepasan spm 2016, kalau ujian lisan bi sudah dilakukan,pada pringkat spm216, adakah saya perlu mengulang semula ujian lisan itu?

saya sudah menduduki peperiksaan spm persendirian 2016 mengambil subject b.inggeris tetapi mendapat keputusan tidak hadir,minta pencerahan apakah yang seharusnya saya lakukan

Subjek yg diulang sahaja yg akan diberikan penyata untuk subjek tersebut. Berbaloi anda mengulang krn apabila anda ingin melanjutkn pelajaran ditahap yg tertinggi..ada kelayakan pada spm yg diambil kira. Jika gred result tidak lebih baik dari asal, maka tidak perlu digunakan gred tersebut..tetapi jika lebih baik..barulah digunakan kelayakan gred yg baru untuk permohonan sesuatu kursus yg berkaitan

BM dan BI yg diulang dlm masa 3 tahun, tidak perlu mengulang ujian lisan

Jika anda mengambil SPM semua subjek tetapi subjek BI shj tidak hadir anda perlu mendaftar dgn lembaga peperiksaan untuk mengambil subjek tersebut. Pendaftaran masih dibuka dan berbincang dgn pendaftar untuk mendaftarkan subjek ini shj sbg calon persendirian juga.

Assalamualaikum cikgu,saya nak tanya kalau saya nak tambah baik subjek BM n BI (dari B+ ke A)adakah berbaloi untuk ambil ulangan?? Lepas tu,ada perbezaan ke antara slip spm asal dgn yg ulangan? Dari segi penyata diatas kertas atau sebagainya?

salam, dlu sy calon persendirian spm . tpi sy hnya dpt 1kredit iaitu pi. dan manakala mte sy g . jika sy mengulang 5 subjek iaitu subjek yg penting sahaja. cthnya kptusan spm ulangan sy cemerlang ada adakah sy boleh memohon menggunakan spm ulangan untuk sambung ke skolah . tlg jelas kan cikgu hehe

Cikgu , adakah BM dan Bi menggunakan format 2017? jika ya boleh tidak cikgu senaraikan tajuk komsas dan literature 2017? teima kasih

Mengulang biasanya untuk subjek yg gagal dan D atau E untuk mendapat kredit bagi mencapai minima sesuatu kursus. Anda perlu tau mengapa anda perlu mengulang..jika tiada reason adakah berbaloi. Slip ulangan hanya meletakkan result gred yg diulang

Gred spm ulangan boleh digunakan untuk memohon sesuatu kursus. Jika anda scroll kursus ke UPU pun ada menyatakan mengenai syarat untuk sijil SPM ulangan atau gred ulangan.

Ulangan masih guna format lama sbb ada paper yg perlu diambil bulan jun

Salam ckgu.. Sy ambik spm pd tahun 2009 ..reslt bm sy cume lulus saja.. Jika sy abik paper ulangan bm pd 2017 nty, sama tak soalan bm spm pd tahun 2009 tu ye..

Salam. Sy ingin mngmbil ulangan math ttpi jika sy ambl pda bukan jun, sy tdak mmounyai kelapagan pda waktu itu Boleh ka ambil ulangan math pda bulan november? Atau memang perlu ambl pd jun sahaja?

Sudah tertentu berbeza dgn format 8 thn lepas, maka anda perlu mengambil kelas tambahan BM untuk format terkini. Dan anda juga perlu melalui ujian lisan.

Salam puan .Sy pelajar spm 2016 . BM ,Sains Dan Quran sunnah sy mndpt kredit . tpi sejarah Dan BI sy gagal . soalan sy,bolehkah sy ambil spmu bg mata pelajaran sej Dan bi sahaja ? Math kalau lulus tak perlu dah kan mngulang ? Mohon pencerahan

Salam. Sej ada ditawarkan untuk paper jun tetapi BI kamu kena ambil masa nov nanti. Math lulus tetapi bergantung kpd kursus yg anda minat. Jika kursus tersebut memerlukan kredit dlm Math anda boleh mengambil ulangab pada paper jun juga.

Assalamualaikum puan, saya adlh calon spm 2015 dan telah mengulang subjek bahasa arab shj pd spm 2016, ats no angka giliran yg baru, soalan saya bgaimana nk update kputusan bhasa arab sy dlm sistem upu sedangkan di dlm sistem tersebut adlh automatik mngguna pkai no angka giliran dn result spm sy pd tahun 2015 shj?

Assalamualaikum cikgu.. nak tanya.. saya menduduki peperiksaan Spm tahun 2016. Bm lulus , Tapi sejarah gagal.. boleh tak nak mengulang..?

Assalammualaikum cikgu.

hari ini, saya telah membuat pendaftaran SPMU di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Tetapi, mereka tiada memaklumkan mengenai:

***DAFTARKAN DIRI ANDA SECARA ATAS TALIAN MELALUI LAMAN WEB LEMBAGA PEPERIKSAAN SEBELUM AKHIR BULAN MAC . Layari laman web berikut tentang urusan pendaftaran SPM (U) https://spmu.moe.gov.my/daftar/,

Mereka, cuma ambil borang pendaftaran (3 keping salinan), Copy ic (sekeping), copy result spm (sekeping), sampul surat bersetem (5 keping)dan wang pos.

Saya tanya, ada apa-apa lagi yang perlu saya buat?, staff disana kata. Tiada itu sahaja.

Adakah saya patut menghubungi pihak mereka?



Terima kasih.

Bagaimana ingin update di dlm sistem upu menggunakan gred spm ulangan , anda boleh terus menghubungi dgn UPU untuk bantuan

Jika BM lulus tetapi Sejarah gagal..boleh mengulang Sejarah.

Cikgu tidak pasti dgn sistem permohonan di Sabah. Anda mendaftar untuk paper jun atau paper nov. Lebih baik anda menghubungi semula untuk kepastian.

Assalamualaikum , cikgu. Num pin yg kita daftar penting tak masa nak buat spm ulangan?

Nombor pin tu untuk mendaftar permohonan spm ulangan shj.

Assalamualaikum cikgu jika saya
Ambil subjek sejarah dan BM kalau
Saya xlulus sejarah pula sya
Bole dpt sijil spm?

Tak dpt sijil SPM sbb tak cukup syarat. Dapat transkrip je mcm slip untuk subjek lain yg lulus

Bolehkah saya batalkan pendaftarn spmu?

Assalammualaikum cikgu,boleh lagi ke saya membuat pendaftaran sekiranya tarikh telah pun ditutup?maaf terlepas pandang.

Bagi urusan pembatalan pendaftaran anda boleh hubungi direct unit peperiksaan krn cikgu tidak pasti ttg perkara ini.

Jika tarikh tutup untuk student di sekolah, kita daftar untuk daftar lewat. Tapi bagi spm u , memandangkan paper ulangan jun dah hampir..lebih baik anda segera berhubung dgn unit peperiksaan sama ada exam nov nanti boleh diambil untuk calon ulangan yg lewat daftar

jika saya mengulang subjek bi , sej dan math , saya dikira calon persendirian atau calon ulangan ? apa perbezaan antara ulangan dan persendirian ? knpa tarikh bg subjek math dan sej diadakan pda buln november ? saya agak keliru disini ..

jika saya mengulang subjek bi , sej dan math , saya dikira calon persendirian atau calon ulangan ? apa perbezaan antara ulangan dan persendirian ? knpa tarikh bg subjek math dan sej diadakan pda buln november ? saya agak keliru disini ..

Jika anda pernah mengambil paper spm dan mengulang anda dipanggil calon untuk paper ulangan. Jika anda tidak pernah mengambil paper tersebut, dan ingin mengambilnya untuk keperluan kursus tertentu, anda mendaftar bukan sebagai calon sekolah krn mengambil dan mempelajari subjek itu secara persendirian..anda dipanggil calon persendirian. Bulan jun hanya untuk paper yg wajib lulusseperti BM dan Sejarah. Tambagan untuk subjek Math yg mmg samgat tinggi permintaan untuk kelayakan minimum melanjutkan pelajaran. Paper ulamgan diadakan pada bulan jun dan november dan anda boleh memilihnya sewaktu pendaftaran. Tetapi paper yg ditawarkan pada bulan jun untuk ulangan adalah terhad jika anda mengulang untuk dua subjek seperti Math dan Sejarah. Tetapi jika ada paper selain ini yg anda mengulang selain BM,Math dan Sej maka anda perlu menduduki paper ulangan pada Nov.

Maaf bertanya, ujian lisan b. Inggeris dibuat macam mana? Maaf sy tak pernah ambil spm jadi sy tak tahu..

Ujian lisan bi dijalankan oleh guru bi murid itu sendiri sewaktu pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Ujian lisan tu macam mane? Dia ada dua sesi ke?

assalammualaikum cikgu , saya mengambil spmu 2017 pada bulan november . bilakah result tersebut akan keluar?

Salam cikgu. Saya sangat keliru dengan surat yg diberi oleh jabatan pendidikan selangor. Saya sudah mendaftar subjek untuk mengulang iaitu addmath dan kimia. Dalam surat yg jpn bgi, sya perlu membawa slip ujian lisan.
Dalam surat yg saya dapat tulis begini; Slip ujian lisan-calon yang terlibat sahaja yang akan menerima slip ujian lisan.
apa itu UJIAN LISAN? Perlu ke saya ambil ujian lisan?

Dalam surat ini ada menyatakan;
Calon persendirian tidak wajib melaksanakan ULKCP sekiranya calon mengulang dalam tempoh tiga tahun dari tarikh akhir menduduki peperiksaan SPM/SPM (Ulangan) dan LULUS Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Bahasa Cina
Soalan saya, apa itu ULKCP? Adakah saya perlu mengambil? Saya pernah mengambil spm 2015 dan bm bi saya lulus.
Terima kasih untuk pencerahan cikgu 🌷

Ujian lisan untuk calon persendirian akan dimaklumkan oleh lembaga peperiksaan di tempat dan masa yg ditetapkan.

Oleh krn anda mengambil add math dan kimia..arahan tersebut tidak melibatkan anda. Arahan tersebut untuk calon ulangan BM atau BI shj

Assalammualaikum cikgu . Saya ada ambil spm ulangan . Tapi , saya tersilap tengok tarikh . Dan masa exam matematik ulangan , saya tidak hadir sebab salah tengok tarikh . Macam mana dengan keputusan saya nanti yaa ? Boleh ker saya ambil tahun hadapan ?

Keputusan anda ialah TH iaitu tidak hadir. Anda perlu mendaftar semula jika masih ingin mengulang

selamat petang Cikgu..Cikgu kalau kita terlerlepas tarikh permohonan spmu sekitar Mac ,ada x cara lain utk daftar paper November...tq

Assalamualaikum cikgu. Saya calon spm 2016 dan ingin mengambil spm ulangan bagi matematik. Jika saya mengambil spmu pada bulan jun tahun 2018, adakah keputusan spmu saya akan keluar pada ogos 2018 juga?

Salam cikgu, tingkatan 6 dibenarkan tak ambil ujian spm ulangan? Contohnya saya lower 6 tahun ni dan nak ambil spm u tahun depan?

ting 6 dibenarkan ambil spm ulangan. boleh sahja untuk persediaan ke ijazah nanti bagi subjek tertentu di peringkat spm yang tidak menepati syarat minimum untuk ke kursus yang anda inginkan di peringkat ijazah nanti.

Ya jika ambil spm u bulan jun, result akan dapat pada bulan ogos

Buat Rst,
Jika anda terlepas pendaftaran spm u bulan mac lepas, anda tidak dapat menduduki exam untuk spmu nov. anda perlu memohon tahun hadapan dan jangan lewat lagi ye. 1 Mac sahaja anda perlu alert

Assalamualaikum puan.. saya ingin tahu tentang Ujian Lisan Khas Calon Persendirian ... apakah yg akan oleh calon dihadapi ketika ULKCP nnti ?

Salam puan, SPMU sekarang hanya pada bulan Jun dan November, adakah bermaksud Kertas Julai dimansuhkan, kerana Uni Awam hanya mahu keputusan SPM atau SPM Kertas Julai, tak jumpa lagi Uni Awam yg mahu keputusan SPM kertas Jun? Adakah format dan soalan SPM berbeza dengan format dan soalan SPMU?

Salam
Kertas Julai ialah nama gelaran yg diberikan untuk SPM ulangan yg diadakan pada setiap bulan Julai tahun semasa. Hingga ia sinonim dipanggil Kertas Julai. Namun demikian utk dua tiga tahun kebelakangan ni yg sy sedari spm ulangan dijalankan pada bulan Jun. Jika syarat pd universiti mengkehendaki juga spm ulangan yg perlu kredit atau lulus dlm subjek tertentu, itulah yg dimaksudkan dgn kertas Julai atau Jun itu. Format SPM madih dikekalkan utk SPM ulangan.

nak tanye saya hadir unjian lisan bm tapi saya tidak hadir unjin lisan bi adakah semua mata belajaran saya gagal

Tidak. Kerana BI bukan syarat wajib memperolehi sijil SPM.


Saya pelajar spm tahun 2007.Saya hanya mendapat lulus (D7)pada subjek matematik tetapi kredit dan cemerlang bagi subjek teras yang lain.Hal ini menyebabkan saya sukar mendapat jawatan dalam sektor kerajaan.Soalan saya,adakah saya masih boleh ambil SPMU bagi subjek matematik walaupun saya mengambil spm 10 tahun yang lalu?

Saya nak tanya,If I don't want to retake spm already but I already apply,then I didn't attend so it will effect my first result?

Saya nak tanya,If I don't want to retake spm already but I already apply,then I didn't attend so it will effect my first result?

Not effect..you can still use your previous result.

Ya..anda boleh mendaftar untuk SPM U walaupun anda telah mengambilnya 10 tahun yg lalu.

Assalamualaikum, cikgu. Saya calon SPM 2013 dan telah mengulang keseluruhan subjek dalam SPMU 2016. Keputusan yg saya dapat utk sesetengah subjek ada yg improve and ada yg menurun. Jadi bagaimanakah keputusan saya akan dinilai? Adakah dgn sijil SPM yg lagi bagus ataupun dinilai mengikut subjek? Mohon pencerahan. Terima kasih. Assalamualaikum.

Assalamualaikum Cikgu saya ingin bertanya kailau saya dapat A dalam mata pelajaran spm ulangan adakah result spm saya akan digabungkan dengan result spm yang asal. Mohon pencerahan.

Assalamualaikum cikgu, saya dah ambil spm ulangan untuk bm. apa yang saye perlu buat selepas mendapat keputusan? bagaimana nak mohon ipta? mohon pencerahan~

Salam Amy
Kamu perlu rujuk IPT samaada awam atau swasta yg menerima sijil ulangan untuk BM. Ada IPT yg mengambil murid yg tidak mendapat kredit dalam BM tetapi boleh menceburi kursus tertentu di peringkat diploma dgn syarat sblm bergraduan perlu kredit BM dlm SPM Ulangam

Hi Cikgu .. Saya dapat kredit dalam Mathematics and lulus Bahasa Melayu .. Saya ambil retake Jun paper untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan mathematik .Mathematik Saya mengambil untuk menambah baik gred saya .. Tetapi saya sekarang takut Kalau saya gagal maths dalam spm ulangam .. Adakah itu akan bagi affect gred sebenar spm saya ..

Assalammualaikum, sy terlepas tarikh pendaftaran SPMU. saya ingin mengambil pada tahun ini juga. Apa yang perlu saya buat? Saya betul2 ingin ambil pada tahun ini. Sesiapa tolong bantu saya😭😭😭

Selamat Sejahtera Cikgu . Saya mengambil Spm Ulangan untuk Mata Pelajaran Mathematics dan Bahasa Melayu .Dua -Dua subjek saya cuma dapat kredit dalam SPM .Saya mengambil untuk tambah baik gred saya . Jika saya gagal dalam Spm Ulangan .Adakah itu akan bagi effect bagi gred asal saya ?

Selamat Sejahtera Cikgu .Saya Mengambil Mata Pelajaran Bm dan Maths bagi Spm Ulangan 2017 .Saya mendapat kredit dalam SPM Sebenar .Adakah akan bagi effect jika saya gagal spm ulangan dalam mata pelajaran ini ? Harap dapat jawab soalan ini .. Berasa takut cikgu ..

Salam Tyra
Jika BM telah pun ujian lisan dijalankan, mmg permohonan spm ulangan ditutup. Anda boleh merujuk kpd lembaga pepwriksaan jika anda ingin mengambilnya pada bulan Nov ini.

Salam
Jika result ulangan lagi merosot dari gred asal, maka anda tidak perlu menggunkan gred spm ulangan iti untuk permohonan yg meminta kelulusan menggunakan SPM. Anda gunakan result asal anda

salam . adakah sy akan gagal sekiranya sy tidak hadir ujian lisan bi?

cikgu saya dapat D dalam BM SPMU 2017 ni, tapi kenapa dia tulis lulus. Dan kalau saya nak ambik pada bulan NOV boleh tak cikgu.

Salam, cikgu. Saya spm 2012, tapi nak ulang semua subjek dan tambah satu subjek baru. Adakah saya di bawah calon spmu atau persendirian? Dan untuk calon persendirian, ujian lisan dan kerja kursus perlu submit kepada siapa dan ada tempat khusus tak untuk menduduki ujian lisan? Terima kasih.

Benithunder,

Ujian lisan BI adalah satu dari komponen wajib untuk peperiksaan BI SPM. Kegagalan membuat ujian lisan akan menjejaskan kelulusan BI anda

Salam Haikal
Gred D mmg untuk lulus. Jika C ke atas baru kredit. Pendaftaran untuk paper ulangan semasa Mac tahun semasa dan telah ditutup untuk ambil Jun atau Nov. Anda boleh menghubungi Lembaga Peperiksaan untuk maklumat lanjut.

Bagi SPM 2012, ujian lisan perlu dibuat semula. Jabatan pendidikan negeri akan menghubungi anda setelah pendaftaran dibuat untuk memaklumkan mengenai tempat dan masa ujian lisan diadakan. Ada yg dibuat di Jabatan Pendidikan Negeri dan ada juga di sekolah tempat penemuduga ujian lisan itu bertugas untuk kes tertentu. Jika anda mengambil paper ini pada tahun 2018 iaitu selepas 6 tahun dari SPM anda sebenar dgn penambahan subjek baru, anda boleh memohon calon SPM persendirian. Walaubagaimanapun, sewaktu pendaftaran Mac 2018 tersebut, anda nyatakan situasi anda untuk lebih menyakinkan kedudukan anda. Anda akan menjawab SPM pada Nov 2018 krn paper Jun 2018 hanyalah terhad kpd paper tertentu shj.

Assalamualaikum...saya pelajar spm2016 akan mengambil spmu nov ini..saya mengambil subjek ekonomi asas,agama dah math . saya hendak membatal subjek ekonomi asas..bagaimana cara untuk membatalnya atau saya hanya perlu tidak hadir pads hari ekonomi asas dijalankan?jika saya tidak menghadirkan diri adakah nnti subjek ekonomi asas saya menjadi TH atau mereka akan mengambil gred saya ketika spm 2016 ketika hendak memohon upu untuk sambung belajar..?harap cikgu dapat reply..

Assalamualaikum...saya pelajar spm2016 akan mengambil spmu nov ini..saya mengambil subjek ekonomi asas,agama dah math . saya hendak membatal subjek ekonomi asas..bagaimana cara untuk membatalnya atau saya hanya perlu tidak hadir pads hari ekonomi asas dijalankan?jika saya tidak menghadirkan diri adakah nnti subjek ekonomi asas saya menjadi TH atau mereka akan mengambil gred saya ketika spm 2016 ketika hendak memohon upu untuk sambung belajar..?harap cikgu dapat reply..

Salam Aryshah
Jika kamu tidak hadir SPM ulangan maka gred kamu ialah Tidak Hadir dan kamu boleh gunakan gred SPM asal kamu untuk memohon universiti.

Salam cikgu , adakah soalan sejarah bagi calon ulangan pada bulan Nov nanti sama soalan spm 2017 ?

Tentulah tidak. Aras kesukaran masih sama walau soalan berbeza

Assalamualaikum. Sya student politeknik. Adakah sya boleh ambil peperiksaan spm ulangan. Sya ingin baiki subjek math and bi sya D.

hi kaunselor saya tahun lepas mengambil spm di sekolah..sekarang masalahnya saya layak mendapat sijil tetapi saya tidak dapat sijil hanya dapat kertas warna putih iaitu slip...bm dan sejarah saya hanya lulus adakah saya perlu minta sijil di sekolah????

Assalamualaikum, hi saya pelajar spm 2013 aliran sastera. Namun saya berminat untuk mengambil spmu berkaitan aliran sains. adakah dibenarkan? dan adakah saya akan diterima masuk ke ipta memandangkan pada asalnya saya aliran sastera bukan sains. bagaimana dengan kerja kursus untuk subjek aliran sains yang saya tak pernah ambil sewaktu sekolah? atau patutkah saya ambil spmu subjek sastera sahaja? saya juga bercadang untuk mengambil semula bm, bi dan sej memandangkan spm saya dah melebihi tiga tahun. saya nak tahu dengan lebih lanjut mengenai ujian lisan bm dan bi. kebiasaan dijalankan dimana? dan soalan ujian lisan berkaitan dengan apa dan adakah diberikan semasa ujian tersebut atau sebelum? Bagaimana pula dengan novel dan komsas bagi bm dan novel and poem bagi bi, adakah formatnya masih sama dengan tahun 2013? terima kasih banyak2 cikgu sudi jawab pertanyaan saya.

Assalamualaikum,saya mengambil spm tahun 2017 tapi saya tidak hadir langsung…adakah saya boleh mengambil spm tahun hadapan dan kalau boleh saya kena mengambil spm ulangan atau spm persendirian?

Assalamualaikum,saya mengambil spm tahun 2017 tapi saya tidak hadir langsung…adakah saya boleh mengambil spm tahun hadapan dan kalau boleh saya kena mengambil spm ulangan atau spm persendirian?

Assalamualaikum/salam sejahtera cikgu. Sy ad 1 soalan. Result BM spm sya B dan ingin mengambil paper spm(u) untuk dapatkan A. Sekiranya result spm(u) dlm BM mndapat C adakah ia akan dikira result yg terbaru. Mohon pencerahan cikgu. Tkasih.

Kpd mohd farid,
Jika anda tidak hadir spm tahun ini, anda boleh mengambil spm thn hadapan sbg calon persendirian. Spm ulangan untuk org yg pernah mengambil spm dan ingin mengulang untuk membaiki gred result subjek.

Result yg terbaik dikira untuk memohon sesiatu suatu jawatan atau ipt

Salam
Walaupun anda student politeknik, anda lauak mengulang subjek spm tertentu untuk spm ulangan.

Kepada zero eight,
Slip peperiksaan mmg diberikan sewaktu result spm keluar. Bm dan sejarah lulus masih melayakkan anda menerima sijil spm. Sijil spm dikeluarkn oleh lembaga peperiksaan bukan pada tarikh spm diumumkan itu. Kamu perlu mengamvil sijil spm asal di pejabat sekolah

Salam

Jika aliran sastera ingin mengambil aliran sains, anda boleh mendaftar spm persendirian. Ujian lisan bm dan bi dijlnkan sebelum peperiksaan ditentukan tpt oral pada surat yg akan kamu perolehi beberapa bulan sblm pepwriksaan spm ulangan berlangsung. Oral adalah komunikasi lisan ygmempunyai tema tertentu.
Komsas cikgu tidak pasti tajuk apa cumaa tajuk komsas seiring dgn tahun semasa pengajaran bm.

salam cikgu , ujian lisan english saya tak hadir . esok adalah ujian bertulis bagi subjek english , adakah saya tetap gagal walaupun ujian bertulis dapat markah tinggi ?

salam , maaf lain tajuk , just nak kepastian je , pakaian bagi perempuan boleh ke pakai baju muslimah dengan kain ? ?

Salam cikgu.. boleh ke saya mengambil paper kimia dan add math pada bulan jun ? Harap result paper tersebut dapat keluar sebelum pengambilan degree (september)

Paper ulangan Kimia dan Add Math tidak ditawarkan pada bulan Jun

Salam Cikgu, maaf jika soalan saya pernah ditanya dan dijawab diruangan komen ini. Soalan saya, [1] adakah keputusan spm dan spmu akan disatukan (merge) dalam satu sijil atau sebaliknya? [2] Adakah gred mengikut tahun mangambil spm (saya spm batch 2008) atau mengikut gred terkini? Terima kasih.

Salam cikgu..saya ingin bertanya saya ingin mengulang paper jun subjek matematik dan sejarah..
klau gagal adakah masih boleh mengulang bulan nov pula di dalam tahun
yang sama. maksud saya daftar kedua dua subjek di dalam bulan jun dan nov...

Salam ckg..saya ada bbp soalan nak tanya.sya spm 2015,sekrang dah 2018,dekat 2 tahun saya tidak punya kerja tetap.tetiba niat nak sambung belajar tahun depan,tetapi ada ke ipta@ipts nak ambil umur 21 keats.
Sya juga hanya lulus maths jer,ingat nak ambil spmu thun nie,dan juga dapt ke ambil subjek yg belum pernh di ambil masa skh dulu,cth,sya pelajar sasatera ingat nak ambil bio and kimia.satu lagi soalan,sya pernh mohon ke mjii tapi tiada maklum balas,mungkin disebab maths hanya lulus,jadi sya nak cuba memohon mjii sekali lagi dgn ambil maths spmu,masalahnya,adakan spmu diterima bagi memohon ke kktm,mjii n ikm??

Salam Faris
Respon kpd soalan anda
1) sijil spm dan sijil spm ulangan dlm sijil yg berasingan
2) penilaian gred peperiksaan mengikut gred dan sukatan peperiksaan terkini.
Result spm ulangan boleh digunakan untuk memohon sesuatu kursus yg menerima sijil spm ulangan jika result lebih baik dari result spm sebenar. Jika tidak, anda boleh menggunakan result spm asal semula

Salam nurwalif
Pendaftaran spm ulangan hanyalah pada bulan mac untuk exam jun dan nov. Oleh itu sewaktu memohon utk pendaftaran spm ulangan kamu terus mendaftar subjek tersebut terus untuk exam mac dan nov.

salam, saya nak tanya, saya bercadang untuk mengulang matematik pada bulan november tetapi saya berasa keliru, saya telah rujuk borang pendaftaran secara online dan spm ulangan hanya dinyatakan berlangsung pada bulan jun, bukan november, hanya spm persendirian sahaja dinyatakan berlangsung pada bulan november. Adakah ulangan sesi november dikira sebagai spm persendirian? dan bolehkah saya mengambil matematik sahaja untuk spm persendirian?

Mengulang sesi november dianggap calon persendirian.Ya anda boleh mengambil math sahaja untuk ulangan.

Salam cikgu..saya ingin mengulan subjek bahasa english..sebab spm bahasa english cuma lulus sahaja (2007).jadi tahun ni saya nak kredit kan bahasa english..adakah saya perlu mengambulin ujiqn lisan sekali? Harap cikgu boleh jawab.

Salam Syafiza
Kena ambil lisan BI juga dan patuhi tarikh yg ditetapkan kerana ujian lisan adalah wajib. Ia akan menjejaskan keputusan BI anda jika tidak menghadiri lisan BI

Salam, Cikgu.

Boleh ambil 1 subjek sahaja iaitu Bahasa Inggeris semasa bulan Nov nanti ?

Salam Azie
Boleh ambil 1 subjek BI masa nov nanti

Assalamualaikum admin sya baru lepas ambil result SPM 2017.. kalau sya nak ambil spm ulangan BI perlu buat ujian lisan lagi ker??

Slam sejahtera, saya mahu tanya kalau keputusan spmu bagi mata pelajaran BI tidak berubah, perlu lagi ambil result spm ka? Saya mahu tanya sebab nombor angkah giliran yang saya dapat masa ulangan BI berbez dari spm yang saya duduki dahulu.Adakah ianya mempengaruhi permohonan kemasukan ke Universiti kerana semasa saya memohon Universiti, dalam borang online tersebut diminta untuk mengisi nombor angkah giliran spm. Saya telah memasukkan nombor angkah giliran lama saya, adakah ianya mempengaruhi permohonan saya?

Slam sejahtera, saya mahu tanya kalau keputusan spmu bagi mata pelajaran BI tidak berubah, perlu lagi ambil result spm ka? Saya mahu tanya sebab nombor angkah giliran yang saya dapat masa ulangan BI berbez dari spm yang saya duduki dahulu.Adakah ianya mempengaruhi permohonan kemasukan ke Universiti kerana semasa saya memohon Universiti, dalam borang online tersebut diminta untuk mengisi nombor angkah giliran spm. Saya telah memasukkan nombor angkah giliran lama saya, adakah ianya mempengaruhi permohonan saya?

Slam sejahtera, saya mahu tanya kalau keputusan spmu bagi mata pelajaran BI tidak berubah, perlu lagi ambil result spm ka? Saya mahu tanya sebab nombor angkah giliran yang saya dapat masa ulangan BI berbez dari spm yang saya duduki dahulu.Adakah ianya mempengaruhi permohonan kemasukan ke Universiti kerana semasa saya memohon Universiti, dalam borang online tersebut diminta untuk mengisi nombor angkah giliran spm. Saya telah memasukkan nombor angkah giliran lama saya, adakah ianya mempengaruhi permohonan saya?

Salam Fenny
Apabila anda menduduki SPM ulangan, anda akan menerima keputusan slip peperiksaan yg tercatat subjek yg diulang shj. Apabila anda meletakkan nombor giliran SPM terdahulu, maka keputusan untuk subjek tersebut akan dirujuk. Cikgu mencadangkan anda menghantar slip keputusan spm ulangan dan berbincang dengan pegawai tempat kursua yg dipohon.

salam cikgu

cikgu saya mengulang semua subjek tahun lepas,tahun 2016 saya gagal 1 tapi spm 2017 ini saya gagal 4 dan x hadir 1 sujek tapi saya dapat surat semak semula.cikgu saya nak tanya apa patut saya lakukan?adakah saya abaikan result spm tahun lepas dan menggunakan result spm tahun 2016 untuk sambung belajar.




Assalamualaikum puan..anak saya baru shj mendpt result spm thn ini.Malang nye subjek sejarah dia gagal...blh ke dia mengambil spm ulangan untuk subjek sejarah shj..

Assalamualaikum , maaf mengganggu, saya nak tanya utk subjek prinsip akaun punya kerja kursus, Pelajar spm Persendirian disediakan utk buat atau tidak? Ke hanya exam bulan 11 je sahaja?

Ya nur said
Gunakan result yg lebih baik. Maknanya 2016 utk sambung belajar

Ya pn ummi
Bolrh mengulang utk subjek sejarah shj pada bulan jun. Daftar di unit peperiksaan jpn sblm 31 mac

Klau tahun 2018 dpt result,blh kah menggambil ulangan paper bi dan maths tahun 2020..
















Assalamualaikum cg, nak tanya sikit untuk lelaki pakaian apa yg perlu dipakai semasa peperiksaan ulangan tersebut?

Lelaki pakai pakaian yg kemas, jika tiada tali leher pun takpe. Berseluar panjang dan slack.

Salam...sye dh daftar spm ulangan untk sesi november.. Paper BI..pihak ppd kate dlm bln 4 akn dpt penyata yg menyatakan permohonan spm ulangan diterima berserta nombor pin.. Tpi sampai sekarang masih belum dpt khabar berita

Salam...sye dh daftar spm ulangan untk sesi november.. Paper BI..pihak ppd kate dlm bln 4 akn dpt penyata yg menyatakan permohonan spm ulangan diterima berserta nombor pin.. Tpi sampai sekarang masih belum dpt khabar berita

Salam.. Nk dpt no. Pin tu kt mana?.. Dh dftr untk paper BI..?

Salam. Saya spm 2014 math sy tak credit. Dan skrg saya ambik paper julai. Saya menyesal tak ambik awal2 2015 haritu. Skrg sy dah lupa yg cikgu ajar dulu. Rasa mcm nak nangis je. Baru tau susahnya tak ada pertolongan dari sorg guru.

Salam
Sewaktu mendaftar spm ulangan, akan diterangkan mengenai nombor pin untuk daftar secara online pula. Jika tidak dapat lagi, anda perlu segera bertanya ttg maklumat lanjut.

Salam
Sempat lagi ambil tuisyen dan fokus subjek tersebut sahaja. Buat latih tubi untuk subjek tersebut sahaja dan semoga dipermudahkan urusan kamu. Cari guru tuisyen persendirian one to one atau pusat tuisyen kumpulan kecil dua hingga tiga org untuk fokus dgn apa yg kamu perlukan bimbingan

Salam saya nak tanya pasal pakaian untuk ambil spmu nnt...

Pakaian adalah kemas dan formal umpama anda ingin menghadiri interview.

Asalamualaikum...saya calon mengulang .saya nak tanya kita menggunakan angak giliran yang terdahulu kah atau angka giliran yg baru

Salam, bagaimana saya nak dpt angka giliran yg baru. Saya belum menerima sebarang panggilan ataupun surat.

Assalamualaikum. Nk tanya. Pada 2010 saya telah menduduki ujian spm. Jika saya ingn mengambil spm ulangan untuk Bi, sejarah, dan matematik kerana saya hnya skadar lulus dan tak kredit. Adakah saya dapat mnduduki spmu lg pada tahun ini.? Dan bagaimana caranya kalau saya dapat mnduduki spmu

Salam Yusri
Pendaftaran spm u adalah pada bulan Mac setiap tahun. Anda perli alert iklan pendaftaran pada bulan Mac tahun hadapan. Bi dan matematik ditawarkan pada bulan Nov dan sej pula ada ditawarkan pada bulan Jun. Sewaktu pendaftaran anda akan memilih pusat peperiksaan yg berhampiran tempat tinggal anda. Anda akan diberikan taklimat sewaktu pendaftaran di PPD atau JPN

Salam
Anda perlu mendapatkan pengesahan dgn menghubungi unit peperiksaan tempat anda mendaftar untuk menduduki spm ulangan ini untuk mengetahui status anda.

Salaam.... Saya pelajar spm 2015 . Saya mendapat A dan B dlm peperiksaan.. Tahun 2019 saya ingin mengulang pada bulan jun untuk subjek math dan B. English.. Saya pelajar stpm dan kputusan sem 2 bru2 ini mnjdpt 3.60PNJK . Namun saya risau math saya. Saya ingin mengulang dan lulus A dlm math. Tapi adakah sy mgulang spmu math dan bi dapat mengubah result sebenar saya? Kerana pengetahuan sy result spmu untuk bulan jun akan kluar pada bulan 8 ogos.. Dimana keputusan upu juga turut keluar. Bole kah sy mahu disemak awal?

Salam
Tahniah kerana ingin meningkatkan diri dalam memperbaiki keputusan peperiksaan anda. Memang benar result spm ulangan anda akan terima dalam bulan ogos. Tetapi result spm u tidak boleh dimohin untuk dipercepatkan pemeriksaanya. Anda sudah memounyai 2 tahun sebenarnya untuk mengambil spm ulangan dan anda memilih selepas 3 thn. Result spm ulangan dapat dijadikan back up anda apabila permohinan peringkat ijazah untuk kursus tertentu masih memerlukan pakej spm matematik atau BI dgn gred tertentu untuk membolehkan anda memohon kursus ijazah tersebut. Oleh itu anda akan kepilkan result spm ulangan yg terkini bagi melayakkan anda memohin kursus tertentu peringkat ijazah.

HI Cikgu, nak bertanya kalau SPM Sejarah mendapat D, BM D dan SPM ulangan sejarah gagal dan BM B. Keputusan adalah berdasarkan SPMU atau yang mana yang lebih baik (dalam kes ini BM -B dan Sejarah D)?

Salam...saya ambik spm masa tahun 2015...semua result saya dapat credit kecuali maths saya fail..lpstu saya sambung ke tingkatan 6 dan memperoleh 3.25 masa stpm....

salam saya amik spm 2006 boleh ke saya nak amik paper bi sebab saya hanya lulus.. masalah yang saya hadapi walaupun saya ada ijazah saya selalu gagal dalam spa8 even interview pun tak dapat .. bila tengok balik salah satu sebab saya xdapat credit dalam bi...

Salam Nurul Farah
Anda boleh memohon mengulang BI sahaja dan paper ulangan BI diambil NOv dan didaftarkan pada bulan Mac. Jangan terlepas ye.

Assalamualaikum cikgu.. kalau spm ulangan hanya layak untuk ambil diploma je ye? Tak berpeluang untuk ambil Asasi?

Assalamualaikum cikgu.. kalau spm ulangan hanya layak untuk ambil diploma je ye? Tak berpeluang untuk ambil Asasi?

Salam
Asasi memperuntukkan ambilan murid bagi sekali pengambilan SPM yang cemerlang dan mempunyai had umur berbanding diploma yang mempunyai had umur hingga 30an dan kemasukan diploma boleh menerima sijil SPM dan sijil SPM yang mengulang.

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 236   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel