Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

4 March 2016

Kertas Kerja Kem Pengawas Menengah Rendah Di Muzium Telekom Negara


Salam Jumaat yang mulia. Hari ini saya share kertas kerja yang dibuat oleh GBK sesi petang iaitu Cikgu Raudzah. kertas kerja ini perlu dihantar ke Unit Perhubungan hari ini untuk menepati prosedur borang pelancongan ke luar.

1.0          PROGRAM

Kem Pengawas Sesi Petang SMK Cheras


3.0          MATLAMAT PROGRAM
Membantu meningkatkan motivasi murid-murid sesi petang dengan  mendedahkan kepada mereka dengan suasana teknologi yang sentiasa berkembang secara tidak langsung memberikan dimensi celik akal untuk  meningkatkan disiplin diri dan prestasi akademik.

4.0          OBJEKTIF
a)    Memberi  dorongan kepada murid melalui eksplorasi perkembangan dunia telekomunikasi ke era baru teknologi maklumat bagi membentuk murid ke arah pembentukan diri yang positif.
b)    Memberi peluang kepada murid untuk memperolehi pengetahuan dan pengalaman alami latihan penerbangan dengan pengajar professional dan simulator berteknologi tinggi
c)     Mendedahkan murid tentang potensi yang mereka miliki adalah sama dengan orang lain serta meyakinkan mereka bahawa setiap kerja boleh dilaksanakan sekiranya mereka memiliki azam yang kuat dan kukuh.


5.0        PERLAKSANAAN
5.1     TARIKH PERLAKSANAAN
9-10 April 2016 (Sabtu - Ahad)

5.2     ANJURAN
Unit Bimbingan & Kaunseling

5.3    SASARAN
40 orang pengawas sesi petang SMK Cheras

5.4    LOKASI
                    Muzium Telekom Negara

5.5    PENGISIAN
·       Pelbagai Aktiviti
·       Lawatan Muzium Telekom dan Menara Kuala Lumpur
·       Simulasi Penerbangan

5.6     TENTATIF PROGRAM

Aturcara Program
9 April 2016
HARI PERTAMA
04.00 petang
Bertolak  dari SMKTM  Ke Muzium Telekom Negara
05.45 petang
Berkumpul di Muzium Telekom
06.15 petang
Sesi Selamat datang dan Taklimat
07.00 malam
Rehat dan persediaan Solat Maghrib (bagi pelajar muslim)
08.00 malam
Makan malam 
08.30 malam
Aktiviti 1- Percambahan Minda
09.30 malam
Aktiviti 2- Galeri Muzium Telekom
10.30 malam
Aktiviti 3- a) Kerja Berpasukan
                b) Motivasi dan ’Role Play’
                c) Permainan & Riadah
11.45 malam
Kesimpulan Aktiviti
11.55 malam
Rehat dan Selamat Malam
10 April 2016
HARI KEDUA
06.00 pagi
Bangun pagi/mandi/Solat Subuh
06.35 pagi
Sarapan pagi
06.40 pagi
Perhimpunan pagi
06.45 pagi
Bacaan Doa dan Nyanyian Lagu Patriotik
07.10 pagi
Senamrobik
07.30 pagi
Terokai Hutan Bukit Nenas
09.00 pagi
Lawatan ke Galeri Muzium HSBB MomenTM Experience Centre
11.30 pagi
Lawatan ke Menara Kuala Lumpur
11.30 pagi
Ketibaan ke Menara Kuala Lumpur
01.00 petang
Bersurai


6.0    ANGGARAN KOS

6.1     Sumber Kewangan
a.       Bayaran peserta (RM 35 X40orang )                RM    1 400.00
b.       Sumbangan PIBG                                                RM       500.00
          JUMLAH                                                                              RM   1 900.00       

6.2      Perbelanjaan
a.       Bayaran penyertaan (RM 35x40orang )            RM    1 400.00
b.       Pengangkutan (Sewa Bas)                                 RM       500.00
          JUMLAH                                                                              RM   1 900.00       

7.0     JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi               :         Puan Hajah Kamariah bte Abu
(Pengetua SMK Cheras)

N/Pengerusi            :         Encik Raheman b. Ahmad
(GPK  Petang)

                                        En. Mohamed Jamil b. Abdul Samad
(GPK Pentadbiran & Akademik)

Pn. Chong Mei Iian
(GPK Hal Ehwal Murid)

                                        Pn. Maznah bt. Musa
(GPK KO Kurikulum)        
                                       
Setiausaha              :         Pn.Raudzah A. Rahman (Kaunselor Pelajar)
P/Setiausaha          :         En. Balasegar a/l Muniandy
Bendahari               :         Pn. Noraidah bt Mohamed @ Abdullah

7.1     JAWATANKUASA KERJA


Pendaftaran &                   :         Pn. Rozinani bt Awang
AJK Pengangkutan           
AJK Keselamatan              :         En. Ahmad Azran  b. Abd. Rahman
AJK  Dokumentasi             :         Pn. Raudzah bt. A.Rahman
AJK Penilaian Program      :         Pn. Nafsah bt. Mohd. Shah
AJK  Fotografi                   :         Pn. Kamziah bt Md. Yaman
                                                                                     
8.0     PENUTUP
Pihak penganjur mengharapkan semoga program yang dirancang ini akan berjalan dengan lancar.  Pihak kami juga mengharap sokongan dan bantuan           daripada semua pihak supaya program ini dapat dijalankan  dengan sempurna dan mencapai objektif yang disasarkan




Disediakan oleh :

………………………………….                      
(RAUDZAH BT A.RAHMAN)                           
Guru Bimbingan & Kaunseling
 SMK Cheras

                                                      

Diluluskan oleh,


................................................................
(PUAN HAJAH KAMARIAH BT ABU)
Pengetua,
SMK Cheras

Leaders become great
Not because of their power
But because of their abilty
To empower others
-John Maxwell-          

No comments: