16 March 2016

Kertas Kerja Program SPOT (Menangani Masalah Disiplin) Untuk Kategori Butterfly SUIT JPWPKL




PELAN TINDAKAN
PROGRAM SUIT KATEGORI BUTTERFLY
 SMK CHERAS 2016
NAMA PROGRAM: SPOT (SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU)


1.0     PENGENALAN
          Program SUIT Sahsiah Unggul Individu Terpuji merupakan satu program di bawah JPWPKL untuk memupuk sahsiah terpuji dalam kalangan murid sekolah. Salah satu dari kategori SPOT ialah kategori ‘the butterfly’ untuk mengenalpasti pelajar yang dapat menunjukkan paling banyak perubahan dari tingkahlaku negatif kepada tingkahlaku yang positif.
          Unit Bimbingan Dan Kaunseling menganjurkan projek SPOT pada awal tahun lagi untuk memantau murid yang ponteng tegar dengan penggunaan kad SPOT. Oleh kerana itu, projek SPOT ini menjadi salah satu dari aktiviti di bawah kategori Butterfly. Terdapat 3 kriteria dalam projek SPOT iaitu memantau ponteng sekolah dan ponteng kelas, memantau kehadiran ke sekolah sama ada lambat atau tidak dan memantau salah laku murid. Murid dipantau dengan penggunaan kad SPOT oleh guru kelas, guru subjek, guru disiplin dan guru kaunseling sendiri.

Murid – murid SPOT ini akan diberi pengiktirafan kepada murid yang bermasalah disiplin tetapi atas daya usaha dan bimbingan yang diberi dapat menonjolkan imej diri yang baru dan positif serta disenangi oleh rakan-rakan dan guru-guru. Penilaian untuk murid dalam kategori ini dibuat setiap tiga bulan berdasarkan kriteria-kriteria iaitu penurunan kes ponteng sekolah dan kelas, penurunan kes lewat ke sekolah dan penurunan kes salah laku disiplin.

2.0     OBJEKTIF
a) Agar dapat memantau tingkah laku murid secara maksimum dengan penggunaan         kad SPOT
b) Agar dapat memberikan ganjaran kepada murid yang telah menunjukkan perubahan yang baik dalam sahsiah mereka


3.0     TARIKH PERLAKSANAAN : Januari  – November 2016
4.0     AHLI JAWATANKUASA
               Pengerusi                  : Puan Kamariah Bt Abu
                                                Pengetua
            Timbalan Pengerusi :  Puan Choong Moi Lian
                                                Penolong Kanan HEM
            Setiausaha                  Puan Nurhaiza Bt Che Mat
                                                Guru Bimbingan & Kaunseling
            AJK                          : Puan Nafsah Bt Mohd Shah (Setiausaha HEM)
                                             : En Mohd Noor Bin Mat Deris (Ketua Guru Disiplin Pagi)
                                             : Puan Noraida Bt Mohamad (Ketua Guru Disiplin Petang)
                                             : Puan Rozinani Awang
                                             : Puan Raudzah Bt Ab Rahman
                                            : En Che Mohamad Padali B Che Mat


5.0       PELAN TINDAKAN                                     :
BIL
AKTIVITI
TINDAKAN

1
Murid mendaftar masuk
Penyelaras tingkatan
2
Sesi kaunseling murid
Guru kaunseling
3
Sesi konsultasi ibu bapa
Guru kaunseling
4
Menyerahkan surat aku janji murid SPOT kepada murid
Guru kaunseling
5
Menyerahkan surat makluman kepada ibu bapa mengenai SPOT
Guru kaunseling
6
Guru kaunseling menyerahkan nama murid kepada guru disiplin dan guru tingkatan
Guru kaunseling
7
Guru kaunseling menyerahkan kad SPOT berwarna merah
Guru kaunseling
8
Murid perlu mendapatkan tandatangan daripada ketua guru disiplin/ guru kaunseling pada masa 1 selama sebulan
Guru disiplin
9
Murid perlu mendapatkan tandatangan pada setiap guru subjek selama sebulan
Guru mata pelajaran
10
Guru subjek bebas mencatat apa sahaja dalam buku catatan sama ada lewat masuk kelas, tidak menyiapkan latihan, atau tidur dalam kelas, atau memuji murid kerana menyiapkan buku latihan.
Guru subjek
11
Guru kaunseling akan meletakkan nama murid sebagai murid SPOT dalam buku kawalan kelas untuk pemantauan bersama guru mata pelajaran
Guru kaunseling
12
Perjumpaan sebulan sekali bersama pentadbir dan kemajuan sahsiah dan disiplin murid bersama maklum balas dari kad SPOT
Pengetua/PK HEM/ PK Petang
13
Murid yang dipantau selama sebulan akan diberikan status berikut untuk bulan berikutnya:
Kad merah:
 jika tidak berpuas hati dengan kehadiran, lewat atau masalah salah laku murid

Kad kuning:
Jika terdapat perubahan yang lebih baik dari aspek kehadiran, lewat atau masalah salah laku

Kad hijau:
Kehadiran ke sekolah yang cemerlang dan lewat ke sekolah kurang 3 kali sebulan dan tiada masalah salah laku.

Guru kaunseling
14
Follow up dengan ibu bapa murid SPOT bagi kes kad merah yang berterusan

Guru kaunseling
15
Ganjaran berbentuk sijil dan hadiah iringan setiap 3 bulan akan diberikan kepada murid yang menerima kad kuning atau kad hijau sahaja.
Setiausaha HEM

6.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil
Senarai Anugerah
Harga
Jumlah
Sumber Kewangan



          


           The Butterfly
-        sesi pagi
-        sesi petang


     


3 x 10 x RM5

3 x 10 x RM5



 RM150.00

RM150.00



 SUWA

SUWA
JUMLAH KESELURUHAN
RM300.00



7.0    PENUTUP

            Program SPOT diharapkan dapat menjadi satu aktiviti bagi mencari murid yang berpotensi untuk murid sasaran kategori Butterfly bagi program Sahsiah Unggul Individu Terpuji iaitu program di bawah Unit HEM JPWPKL.  Melalui aktiviti ini murid yang mempunyai masalah disiplin akan dibimbing dan dipantau agar berubah ke arah yang lebih positif.




Disediakan oleh                                                        


…………………..                                                    
PN. NURHAIZA BT CHE MAT                                      
Guru Kaunseling                                   

Ice skating IOI Mall 
Keriangan anak-anak
Kegusaran hati ibu...









 

Telegram Channel