5 March 2016

KPI Inisiatif Perluasan Pelaksanaan Penglibatan Ibu Bapa 2016


Salam Sabtu,
Mesyuarat PIBG diadakan hari ini untuk membincangkan usul Mesyuarat PIBG yang akan dijalankan pada 26 Mac 2016. Saya mengambil kesempatan ini untuk menawarkan aktiviti sukarelawan ahli PIBG dalam program utama sekolah seperti akademik, kokurikulum, keselamatan. Selaras dengan aktiviti PIBK, strategi untuk menarik ahli PIBG dalam kalangan ibu bapa untuk membantu mempromosikan aktiviti kesukarelawan kepada ibu bapa yang hadir sewaktu Mesyuarat Agong PIBG. Walaupun borang sarana diedarkan, namun jika yang membantu mempromosikan ialah dalam kalangan ibu bapa sendiri maka sudah tentu pendekatan yang digunakan berbeza berbanding jika mengharapkan guru kaunseling khususnya dan guru guru lain amnya  yang menggerakkan atau mempromosi aktiviti kesukarelawan ini.

Kaunter sukarela akan dibuka pada Mesyuarat Agong PIBG untuk pendaftaran sukarelawan ini.

Berdasarkan surat siaran BPSH, KPM (rujukan KPMSP.1006/1/44 Jld 2 (46) bertarikh 9 Januari 2016
KPI 1 dan KPI 2 menjadi KPI Pengarah Pendidikan, Timbalan Pengarah Pendidikan, serta Pengetua dan Guru Besar seluruh negara.

Sila klik link di sebelah untuk KPI KPM dan Kaedah Pengiraan 6 aktiviti dan sukarelawan bagi penghantaran data pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di link ini entri 1 Mei 2016 http://nurhaizachemat.blogspot.my/2016/05/kaedah-pengiraan-aktiviti-pibk-dan-kpi.html

KPI 1:
Peratus sekolah yang mencapai skor purata kehadiran ibu bapa dalam enam aktiviti utama sebanyak 75 peratus dan ke atas

KPI 2:
Peratus kehadiran ibu bapa yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG / sekolah mencapai 25% dan ke atas

melaksana penilaian daripada soal selidik 100 responden Sarana Ibu Bapa dan 100 responden sarana sekolah seluruh negara

Pelaksanaan Single Sign On Dalam Sistem e-Sarana
Surat dari BPSH , KPM (Rujukan KPMSP.100-6/1/44 Jld 2 (57) bertarikh 12 Februari 2016
Alamat portal e-Sarana http://sarana.moe.gov.my

tanggungjawab Pengetua/Guru Besar/ GPK Hal Ehwal Murid/ Setiausaha PIBG/PIBK/AJK PIBG untuk memastikan pengisian data 6 aktiviti utama sekolah diisi ke dalam sistem

Seorang admin sekolah akan dilantik oleh PPW iaitu  GPK HEM
Admin sekolah akan melantik seorang admin PIBG, iaitu Setiausaha PIBG /PIBK

Thank you PIBG
Semua projek UBK diluluskan :)

 

Telegram Channel